Tuesday, April 19, 2011

Gebang low milage

Aisey...stepback week dah jadi macam lagu New Kids on the Block - Step by Step. Dua weekend menggondolkan low milage...satu official yang memang ikut training schedule, and weekend yang baru ni disebabkan hidung yang serabut tahap kronik. Kononnya ngelat ENR sebab nak cangkuk PCC buat long ride from Genting Sempah to Gap tapi tepat kul 11.00 malam dengan separuh hati meng-text Alwin memaklumkan kegagalan aku untuk meneruskan kayuhan. I don't think the 169km will do me good, while Interstate is just two stones throw away, adding stress wouldn't do any justice. Selalu jugak beringat & fikir pasal jaga makan dan minum, cuaca sejuk & panas tapi apa kan daya, sekali-sekala badan kena jugak berehat extra sikit.

Malam tu jugak, alih-alih aku terima text dari Det. "Nasib baik lu tak lari malam ni bai. Memang hampeh betul organiser. Wa lari 16km je lepas tu malas dah...". Bahaya ayat Det ni, selaku pelari tegar zon kampung aku, statement ini dag macam hilang semangat. Ini sudah tentu memerlukan cerita lebih lanjut. Lantas aku melambung Det untuk counter larian tak cukup milage malam tu dengan kayuhan esok pagi masuk Langat. SIGN!

Aku text jugak kaum lain tapi non responded. Takpe lah, kayuhan santai masuk kampung sambil layan angin sejuk berdua je dengan Det.

Det pun mula lah bercerita. Nampak gaya encik bateri dah mula lemau. Kalau tahun lepas aku ada gak tak puas hati dengan kualiti penganjuran depa, nampak gaya tahun ni depa langsung tak amik iktibar dan yang paling utama, depa langsung tak hormat peserta...eeeew simpaaaang. Adik beradik, mak lain dengan Otakgon ler ni. Tak guna aku nak berleter, let's just hope pihak-pihak lain menjadikan tragedi ni sebagai sempadan. Lagi pun, serik dah aku nak berlari malam. Cukup la setakat orang Malaysia main bola malam-malam, tapi kalau event sukan lain nak buat malam gak memang kena banyak pertimbangan, baik penganjur mahupun peserta.

OK. Menu kami pagi tu, kayuh sampai Simpang Peres pastu decide untuk route seterusnya. Det mengorak kayuhan bertenaga sedangkan aku hanya akur dengan pace sebegitu dengan tiada attempt untuk mencangkuk. Laluan masih jugak terdapat lopak-lopak air hasil dari hujan sehari suntuk Sabtu nya. Kompom balik ni aku kena basuh beskal.

Masuk je laluan kampung Sungai Lui, Det & aku kayuh seiringan meneruskan sembang sambil mata aku menjeling sekali-sekala dia cuba untuk tingkatkan speed. Eceh...ceh...ceh. Ada jugak part yang aku terpaksa telan air liur sebesar jeruk cermai sambil nak berkata-kata tapi aku cuba jugak keep up. Macam-macam la jugak kami citer, dari perihal domestik sampai la ke peringkat kebangsaan.

Sebelum sampai simpang, kami dah decide untuk naik Bukit Hantu instead of mendaki Peres tanpa kelihatan sekelibat pun cyclist. Pelik. Ke mana la pulak cyclists yang selalu berkunjung macam pesta setiap Ahad kat sini? Takkan ler boikot Expose Media sampai tak nak kayuh?

Dah lama aku tak naik Bukit Hantu ni. Asyik dok bedal belakang Peres je. Bukit Hantu selalunya aku jadikan kayu pengukur sama ada kaki aku lemau or tidak. Kalau lemau, aku akan mula menyesal selepas panjat 300m dan mula headbanging ala lagu Nirvana. Akan tetapi, pagi tu aku mampu untuk kayuh sebelah cyclist tegar kampung aku (lagi sekali lambung) sambil bersembang. Alhamdullillah kaki tak lemau.

Tapi part turun, alih-alih pulak aku seriau pagi tu. Selalunya aku dok tap brek sikit-sikit sambil membiarkan graviti menarik mencecah kelajuan Space Cop Gaban, tapi kali ni aku genggam dua-dua brek beb! Apa hal aku pun tak tau. Bila dah genggam, mula la lenguh lengan dan mula ler berkira bila nak sampai bawah. Uish! Simpaaaang!

Sampai bawah, aku layan je follow Det sampai kedai runcit. Dia mengidam Coke katanya. Ada bunyi-bunyi masih tak puas hati dari semalam. Nasib baik tak mengidam air bateri. Hehe. Aku layan.

Dari Batu 14 aku selitkan sikit tempo interval, saja nak test level LT boleh bertahan sejauh/selama mana. Kalau ikut jarak, ada lebih kurang 5 batu (8km) nak sampai balik ke Batu 9. Masa, kurang pasti. Pelan-pelan aku naik kan speed sambil sekali-sekala aku menoleh untuk memastikan Det ada kat belakang. Aku perasan Det menjaga jarak yang selamat, and bukan cangkuk macam besi berani. Maybe dia masih phobia tragedi tempoh hari buat maintenance longkang.

30kph naik ke 34-35kph all the way. Ada la jugak cecah 7km sebelum kami terpaksa stop bila ternampak ada sorang cyclist tepi jalan gaya-gaya ditimpa kesusahan. Dia ni familiar, ada gak jumpa dia kayuh dengan group Jami.

Aku tanya apa sudah jadi? Looks like just another selfish and ignorant driver yang jumped depan cyclist tu untuk belok ke simpang. Brader ni dok belek-belek beskal Pinarello dia, sambil merungut bahasa apa entah aku pun tak dengar, but I was sure it was Malay language. Bahasa istana agaknya. Bila aku tanya OK ke tak? Dia terus gak merungut. Luka kat badan takde pulak aku nampak. Anak makcik tu dua orang remaja pompuan dok berdiri belakang mak dia. Salah sorang tu yang drive Kancil oren & muka masing-masing suspen je. Mak dia yang dok merayu mintak maaf kat brader ni sambil menghulurkan note 10 ringgit untuk kesusahan yang disebabkan oleh anak dia. Yang aku confuse sikit, makcik ni mata dia juling sikit. Tangan yang ada duit tu dihulurkan antara aku & brader tu tapi mata dia aku kurang pasti pandang kat saper. Adoii aiii...

Tak alih-alih, brader tu terus je kayuh beredar meninggalkan aku dengan makcik tu. Lerrr...apa ler punya perangai? Dah makcik tu dok nak bagi aku duit tu untuk pass kat mamat tu. Aku cakap takpe, cuma sebelum beredar, aku pesan supaya lebih berhati-hati dan prihatin sikit sebab jalan ni ramai cyclist.

Yang mamat ni pulak menonong kayuh, laju pulak tu. Det sempat jugak lambung suruh aku amik aje duit tu, lepas gak teh tarik & roti canai. Lol. Semput la jugak aku nak ngejor mamat ni, ada gak 8 tiang baru dapat. Dalam nada semput, aku tanya dia OK ke tak. Dia pun nampak macam masih sengal. Takpe lah. Mungkin dia terlalu kecewa sebab basikal mahal dia ditimpa kemalangan. Apa kan daya aku nak lebih-lebih pulak concern ye tak? Dia pun macam lebih besorkan basikal dia daripada mengucapkan terima kasih. Tu pasal la aku tak nak bermanja dengan kemewahan dunia (alasan tak mampu). Sebab, nanti free-free je aku akan mula hilang ilmu yang aku belajar masa sekolah agama Kampung Melayu Majidee dulu...subjek Alif-Dal-ba. 

13 comments:

  1. Tapi aku rasa, Alif-dal-ba la bro, tak gitu?! Brader tu tak skolah agama macam kau, itu pasal dia lupa skit. Beskal lak mahal, kena calar skit tentu kecoh. Budak muda kot, takpe satu masa nanti dia akan sedar jugak.

    ReplyDelete
  2. Aiseymen. Betul la Zack. Ustadz jawi aku attend kursus lanjutan sebelum aku khatam. Thanks for the correction ya ustadz. Aku buat pembetulan terus.

    Idak ler muda sangat. 30-an kompom. Tua dah tu. Takpe la, harap dia dapat muhasabah diri.

    ReplyDelete
  3. ha ha kelakau entri ni ...kirim salam Dett. Tapi betul la kalau ambik RM10 dah lepas buat minum (kira mcm brader Pinarello belanja lah)..

    ReplyDelete
  4. ishh..banyak bebenor nama teman disebutnya.. bole ngigau tido malam ni :)
    se-sekali kayuh 2 orang best gak bai..bole bercumbu atas beskal kat Bukit Hantu..auff

    Ray, sori le masa ENR tak dapat nyembang lama, teman tengah cari headlamp yang di rembat organiser..hampeh

    ReplyDelete
  5. Aku dah sampai kan salam kau Ray. Dia tengah lunch kat Lorong Tikus tadi kata dia, guna 10 hingget makcik tu.

    Nak bercumbu amende nya Det oii? Naik bukit hantu pun dah nafas kobauuu...

    ReplyDelete
  6. det det det det..saje nak menyelit.
    tumpang kesian kat makcik juling tu..aduu

    ReplyDelete
  7. sengalnya mamat tu, kalau aku orang nak tolong 10 tolong 10 kali aku terima kasih. Mesti orang baru ni tak reti nak berkawan dan buat kawan.

    Beskal je mahal dan bagus tapi perangai tak bagus pun tak guna gak. Sengal....

    ReplyDelete
  8. orang tepen nak melambung gak nampak ye. hehe.
    kalau ler makcik tu & anak dara dia set2 mak datin, kompom mamat tu buang basikal dalam longkang teruih.

    idak ler orang baru nya zul. rider season dah. pi'el je tak berubah. biasa ler, ingat dah power.

    ReplyDelete
  9. Doc Julin..nak masuk share nampak..kompom malam ni teman kena histeria..

    ZulH..brader tu rider otai, biasak la kalu bawak pangkat masa kayuh orang nak nolong pun jual mahal..

    err..wa ni balas komen orang macam blog ni wa punya lak..sori ye Diket, gatai tangan :)

    ReplyDelete
  10. muahaha...no hal det. hari ni lu orang yang di-rai kan. ayahanda tak marah. dansing la sampai pagi...

    ReplyDelete
  11. alamak, aku tersengih lak part makcik mata juling tu bagi duit tu. ooops. tak sengaja. hehehe

    sian brader tu kan? kalau takat 10 ringgit, tu yang dia tensen tu.

    ReplyDelete
  12. agak nye pasaran saham merundum jatuh sehingga menyebabkan mamat tu terpesong jap akidah nye, hahaha

    lama tak buek entri kelakor, saya bagi 10markah!!!

    ReplyDelete
  13. pasaran saham pinarello yang merudum agaknya kot kak pah. tu yang brader tu mandom.

    waaa...10 markah dipulangkan balik kat saya, dari race repot kenyir ler ni :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.