Monday, May 23, 2011

Keluh kesah Mak Esah

Tu la dia. Kalau tak berpeluh hujung minggu hari tu, macam ni la jadi dia...mengeluh. Tapi orang tua-tua cakap tak baik mengeluh, malah kita sepatutnya lebih banyak bersyukur...kan? Manusia, macam tu la...mudah lupa, apatah lagi bersyukur. OK chop! Aku bukan mengeluh tapi saja amik tajuk tu dari koleksi majalah Gila-Gila zaman aku dulu.

Weekend lepas memang bukan hari-hari yang meletup untuk aku bak kata Katy Perry. Ye la, kalau tiap-tiap minggu meletup, lenguh leher nak mendongak ngadap langit tengok bunga api beb. Tak bagus jugak. Ada kala kita kena slowdown sikit, masuk gear cruising and biorkan masa berlalu dengan benda-benda yang lebih diperlukan.

Mungkin aku terbawak-bawak semangat kecekalan untuk rembat 2-3 event kononnya aku mampu. Al-maklum la, dulu-dulu boleh. Tapi tu bila ye? 5 tahun dulu? Kalau umur masih 25, bermaksud 5 tahun dulu baru 15 tahun...celah gigi aje. Kalau dibanding dengan 5 tahun abad umur aku sekarang, uiiii semangat jauh beza kederat ni macam nyanyian Amy Search - Langit dan Bumi beb.

Adakala kita kena dengar cakap badan kita. Adakala juga kita kena dengar lagu Roxette - Listen to Your Heart jugak. Kalau nak dirembat training siang-malam, hujan-panas, guruh-petir dan tekan klik butang mouse untuk SIGN apa jua event depa buat, aku rasa THOR pun boleh gadai tukul dia kat pajak ar-Rahnu Bank Rakyat beb.

Aku ada gak terfikir (hari ni la) pasal keupayaan kita untuk berbelanja besor hanya untuk menguji limit kita. Of course aku kena mula fikir dari sekarang sebab periuk nasik aku bukan semakin besor untuk menambah kerak nasik. Nak bayor RM50 untuk lari sejauh 16km kat NPE, baik aku bawak family pi tengok Kung Fu Panda ye tak. Apatah lagi kalau aku nak bayor sampai RM300 untuk berlari keluar masuk hutan kat Temasek. Even yuran Powerman pun dah naik ke RM170! Apa ke hae semua naik ni beb?

Kalau nak hutan, kayuh dari rumah ke Langat pun dah terbentang luas Gunung Nuang boleh rembat sampai Janda Baik. Kalau aku nak test power or push my limit (menyusahkan diri)...alamak Mak Esah oiii...tak puas-puas naik Gunung Tahan 4 kali? Layan tangga ke puncak Gunung Kinabalu? Lepak tepi Air Terjun Jelawang kat Gunung Setong? 10 hari berhujan kat Gunung Rabung? 3 hari canoeing dari Tasik Chini ke Sungai Pahang? Naik Gunung Nuang tiap-tiap minggu? Segala ceruk air terjun satu Malaysia diredah? Pikul basikal naik Banjaran Titiwangsa? Segala ceruk off-road hutan aku kayuh? Kayuh 3 hari merentas dua negeri (interstate)? Apa lagi? Puas dah kot.

Aku dah puas merasa susah. Kepuasan tanpa batasan. Dah puas otot peha, betis, pinggang ni pikul 30kg Karrimor 10 hari. Dah puas mandi peluh. Dah puas minum kopi panas & makan maggi tatap pemandangan indah Sungai Teku yang mengalirkan tadahan dari puncak Tahan. Dah puas bergayut (absailing) ke dalam gaung 60 kaki pukul 12.00 tengah malam. Maybe semua tu aku tak dapat medal je la.

Tu la dia. Maybe dah sampai masa untuk aku amik biskut rendam kopi-O, naik bukit kasi pelan-pelan kayuh, baru ngam orang panggil hero! Saper la sangka peloton hidup ni terpaksa buat detour macam Giro Italia Stage 14 tak jadi naik puncak Tualis ye tak? Terasa jugak macam Cruel Summer tapi apa la sangat kemampuan kita ni? Kita hanya merancang, ketentuanNya itu ada sebab musababnya. OK la tu, sekali aku cast my line, belum tentu setiap kali umpan nak mengena ye tak? Kadang-kadang kita kena gak tebar jala terus. Muahaha. Or sit back and relax enjoying the time.

Macam minggu lepas tengah aku dok melayan Amir buat science revision, dia tanya berapa tinggi gajah tu ayah? Giraffe tu berapa pulak tinggi nya? Puas la jugak aku bagi gambaran kat dia. Terus cuti Wesak Day aku bawak satu rumah pi Zoo Negara. Tu dia aih! Fuiyo! Ni first time abang tengok depan mata beb! Kata dia. Eleh....padahal umur 2 tahun dia pernah gak datang. Ye la masa tu bukan dia tau apa pun.

Macam pagi semalam. Saper nak ikut ayah cycling pi beli paper? Nak! Nak! So amik extra milage sikit untuk Kaklong and Amir naik turun bukit sebelum sampai kat kedai. Ayah slowly grinding kat belakang pakai crank besar masak kicap, buat leg press sikit la sambil dengar bunyi hub Zipp yang garing itu. Bising la bunyi basikal ayah ni! Kata Kaklong. Muahaha!

Macam untuk upcoming Ipoh Century Ride nanti. Aku akan angkut satu rumah pi lepak kat hotel Tower Regency tu. Dah la dapat special rate untuk peserta, boleh la anak-anak aku berdebus dalam pool hotel tu. Nasik Wanggey untuk aku dan laksa Padang Polo untuk wifey sudah semestinya. Maybe untuk Powerman pun nanti aku rembat cara sama. Boleh la wifey borong ikan bilis. Coti-coti berlumba nama dia. Silap-silap masuk Pangkor pun best jugak.

So tu la dia. Mak Esah dah bercakap. Ni semua pasal aku dan aku only. Aku Menulis pun Bukan Kerna Nama. Hanya untuk aku semata-mata. Kita tengok lah nanti macam mana keadaannya bila sampai masa. Alamak! Dah bunyi macam orang tua pulak cakap macam tu kan? Walau apa pun, pujangga pernah berkata, I Still Got the Blues untuk kehebatan aktiviti weekend warrior stuff. Tapi weekday warrior, aku sekadar supir tuition & kelas Iqra untuk training petang, dan iron-board man untuk training Subuh Shafie. Terbaeek!

10 comments:

  1. Bro, kalau race fee naik boleh tak kita komplen kat Menteri Hal-Ehwal Pengguna? Atau menteri sukan?
    12.3km - RM50. Gilo!
    Selamat berjuang ya!

    ReplyDelete
  2. Yo! Khairul. Itu aku tak sure la bro. Normally it will go back to our choices whether to pay or not. Lari tetap lari! Hehe. Thanks bro! Same to you la.

    ReplyDelete
  3. setuju setuju! good choice too, sambil menyelam minum air

    dulu bujang,sekarang dah kawin
    dulu sorang, sekarang dah bala tentera
    kalau tak betul2 adjust takwim
    satu rumah mogok ayah merana sengsara tak terbela

    alahai...

    ReplyDelete
  4. hahaah cik tipah kelakar .. i like this sempoi entry diket .. mana boleh bawak family tarik aje ..

    ReplyDelete
  5. Bila umur dah meningkat, masa dah nak time, kena adjust mana2 patut. Aku pon dah nk rehat kt gumah jer lepas nih... enjoy biskut rendam kopi O..

    ReplyDelete
  6. yelah...he he apa2 pun happy kan, tk happy jgn buat

    ReplyDelete
  7. Emmm..alahai la DC. Bala tentera nya pun every year ada promotion naik pangkat. Yang prebet, jadik sarjan, yang sarjan jadi leftenan muda. so, kena lah tukar tema ke "nobody gets left behind." Nanti rekrut semua rebel, habis :D

    Thanks Kak June. pening kepala nak melayan banyak sangat event kan? buat derk je lagi bagus :)

    Zack, masa layan biskut rendam kopi-o pakai compression tight gak ke?

    Sempoi KR! Tak happy or ragu-ragu or terpaksa...dok diem-diem ajer :)

    ReplyDelete
  8. Hmmm...pelik. Kenapa tuan punya blog pun kena word verification ye? And tak boleh nak komen guna ID sendiri? :]

    ReplyDelete
  9. encik diket: laksa padang polo tak best pun? bes ke? ke kami singgah kedai salah. Tapi nasi vanggey tu mmg tip top la..saya bab makan2 ni mmg terel
    p/s kadang2 terpikir jugak ek bayar mahal2 utk race padehal kat keliling taman pun leh dapat lari 21K..nak ke jamban pun bes sebab dapat singgah rumah.

    ReplyDelete
  10. puan julin, isteri saya suka laksa. nak bagi dia test dulu. last time saya tapau untuk dia yg kat situ, dia suka. seingat saya, makcik dengan lori yang jual. nasik vanggey jangan citer sekarang, tak jadik kerja nanti :)

    p/s. race sekali sekala utk test power takpe. kalau keliling taman ada geng berlumba, memang miskin la race organiser.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.