Monday, August 15, 2011

Kebaikan dan kemungkaran

Malam ni Ustadz Kamaruzaman dari Ganu. Pekat betul loghat dia, tu yang menambah perisa pada tazkirah malam Senin. Syok layan hampir 45 minutes selepas Isya' sebelum tarawih.

Berkembangnya Islam dari tanah suci Mekah ke setiap pelusuk dunia adalah hasil dari perjuangan sahabat Rasullullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Allah s.w.t.  Perjuangan sahabat adalah berteraskan kebaikan Islam & mencegah kemungkaran Allah s.w.t. Dengan berbekalkan keyakinan pada Allah & sifat zuhud, para sahabat telah berjaya. Zuhud antara sifat yang meletakkan keduniaan hanya sekadar di tangan & tidak di hati dan agama pendorong kehidupan. Selepas hampir 11 tahun 6 bulan baru lah Rasullullah s.a.w. berhijrah dari Mekah dan dalam masa 11 tahun itu, Rasullullah s.a.w. telah menghabiskan masa tersebut untuk polish jiwa para sahabat dengan sifat zuhud. Lama beb Rasullullah s.a.w.nak settlekan. Polish dengan input solat & al-Quran selama 11 tahun! Tu je keje dia hari-hari selama 11 tahun.

Hence, dalam perjuangan tersebut, Rasullullah s.a.w. pernah berpesan dalam hadithnya bahawa sahabat akan bertemu dengan 3 fenomena:

1.  Orang yang kedekut dengan tenaganya, dengan hartanya dan dengan masanya untuk ke jalan Allah s.w.t.  Malah lebih teruk dari itu, dia menghasut orang supaya menjauhi Islam. Contoh orang sebegini ialah orang yang ada kuasa & kekayaan, yang sangat mudah mempengaruhi jiwa yang lemah.

2.  Orang yang berqiblatkan dunia sebagai perjuangan hidupnya. Setiap yang dilakukan adalah kerana dunia sehingga menyebabkan dunia masuk ke dalam hatinya.

3.  Orang yang dicengkam dunia. Dunia mengawal dia. Segalanya dunia. Langsung tidak memikirkan tentang akhirat & agama. Subhanallah.

Dua contoh sahabat Nabi yang bertentangan:

Pertama: Seorang sahabat tidak pernah tinggal solat berjemaah berdiri di belakang Nabi pada setiap waktu Nabi menjadi imam. Tapi sejurus Nabi memberi salam, sahabat ni akan terus bangun menuju ke pasar untuk berniaga sambil berzikir dalam perjalanan. Dia berusaha untuk menjalani kehidupan dunia sebaik mungkin dia menunaikan kewajipan akhirat.

Kedua : Seorang sahabat yang lain dari selesai solat Subuh di masjid bersama Nabi, dia akan terus duduk di dalam masjid untuk bersolat sunat & membaca al-Quran sehingga Nabi jumpa dia semula untuk solat Zohor. Nabi menegur sahabat tersebut, "Hari ini, kau lebih hina dari isteri mu yang berada di pasar menjual roti".

Dalam hadith yang sama jugak, Rasullullah s.a.w. juga berpesan demi mengejar kebaikan dan menghindar kemungkaran, beberapa tips telah diriwayatkan untuk kita:

1.  Hadiri lah majlis ilmu sebanyak or sekerap mungkin kerana majlis ilmu sahaja lah yang boleh membersihkan jiwa dari kekotoran dunia. Ustadz amik contoh kenduri kahwin kalau kat Tganu, selalunya kawah kenduri tu akan di rezabkan untuk pengantin cuci esok paginya. So apa yang orang akan buat is biorkan kawah-kawah tu di bawah laluan air bukit (air free dari bukit tak payah bayor). By the time esok pagi pengantin nak cuci, kawah dah bersih sebab air yang mengalir dah cuci kerak-kerak.  Gitu ler jiwa or hati kita ni if selalu attend majlis agama, insyaAllah ler kita cerdik beragama & tak berlandaskan ikut-ikutan semata-mata. Lebih elok lagi, bab-bab dunia ni kita akan slow down sikit excited...ye dok?

2.  Selalu lah ziarah orang mati kerana itu sahaja yang mengingatkan kita tentang mati kerana mati itu adalah titik permulaan perjalanan atau pintu gerbang ke alam akhirat.

3.  Selalu lah menziarah orang yang sedang nazak. Memang susah sikit nak jumpa sebab selalunya dah mati baru kita terima perkhabaran. Tapi ustadz ada sebut pasal satu kitab yang menceritakan tentang saat-saat kewafatan Rasullullah s.a.w. yang memang sangat digalakkan kita membacanya. Ustadz ada share trailer dia sikit dalam tazkirah. Masing-masing melopong dengar citer ustadz. Kalah ler Harry Potter. Kalau kita dapat or pernah membaca kitab or kisah ni, boleh ler share link or nama kitab tu. Aku tak dapat tangkap nama kitab tu sebab faham-faham jer ler...complicated nama bahasa Arab tu. Hehe.

6 comments:

  1. bai..semalam betul layan, 45minit rasa jap je..kalau ada kopok kompom habis sebalang :)

    http://tayibah.com/eIslam/Detik-detik_terakhir.htm

    ReplyDelete
  2. Melopong mulut sorang2 layan ustadz berciter beb. Patut kau hidang bubur lambuk masa tazkirah bai, kompom tulang lembu seketul dalam mulut pun tak sedor :D

    thanks for the link. mesti kena baca :]

    p/s. bubur lambuk layan masa sahur tadi dari chef Det memang terbaek. Boleh lawan Chef Ian. keh keh keh

    ReplyDelete
  3. Kampung kome memang hebat yob...
    Tak pernoh teman dengor lagi bubur lambok letok tulang lembu yob...

    ReplyDelete
  4. Hahaha.Recipe tu kena tanya master chef kampung teman. Bukan aje dia terer secret training, memasak pun ada secret ingredient :]

    ReplyDelete
  5. Good reminders bro, thank you.
    Bubur lambuk tulang lembu plus? Ini orang Muor kena buat nih...

    ReplyDelete
  6. Aku tak sure modified recipe ke tak tapi memang berebut ler tulang lembu kalau nolong kat dapur tu utk packing. Keh keh keh :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.