Thursday, September 22, 2011

Huh?! Latihan?

Dah nak masuk Q4 2011, perjalanan beriadah tidak menampakkan tanda-tanda nak bersungguh-sungguh. Tatkala jerebu menyelubungi, faktor kesihatan diutamakan dengan alasan kalau batuk-batuk nanti boleh memudaratkan sesi latihan yang akan bermula kelak. La ni, hujan tiba bagaikan musim tengkujuh yang sampai awal sikit than usual. Terus duduk diam layan karipap panas or saki baki kuih raya dalam balang atas meja dengan air kosong. Idea untuk kayuh ka, lari ka, swim ka...hanya setakat terapung-apung di dalam kotak fikiran yang tak berapa nak fokus ni.

Genap 12 bulan yang lalu, aku training yang boleh dikatakan intensif jugak. Sebaik puas beraya (yang disingkatkan atas sebab nak training), almost setiap hari aku bekerja keras untuk improve kat Powerman. Hasilnya agak memuaskan. Alhamdullillah. Malah, teori program latihan endurance Powerman tu, yang peak dekat Gentingg Trailblazer sungguh menakjubkan.

Adakah aku dah jadik malas? Or lack of motivation? Or simply lost interest? No idea. Aku masih cuba mencari rasional di sebaliknya. Errr...dah cecah 4 series memang macam ni ke? Hehe.

Last Sunday second attempt aku berlari (dah bunyi macam non-ritual pulak). Sebaik selesai Suboh di surau, aku terpinga-pinga tak tau nak buat apa. Hantar mesej kat pelari-pelari kampung semua tak berbalas. Last attempt, aku join Bahri & Sepol berlari kat Taman Tasik Pemaisuri. It was a good decision. Slow pace with these guys was all I need to shave the lazy thoughts.

Aku test idea baru. Hehe. Lari pakai track bottom macam Doc Julin...bukan yang kelabu tu! Akhirnya jumpa gak kat kedai Adidas. Tak senang gak nak cari sebab mostly yang jual semua saiz besau untuk football or jual complete set dengan windbreaker. Cecah RM200+. Mampuih! Yang comel-comel untuk aku jarang ada. Kononnya akan digunakan untuk larian di kampung, al-maklum la cover line & cover aurat. Nak berlari separuh togel or berseluar ketat kat kampung dah tak berapa nak relevant pulak rasanya.

Bahri & Sepol agak melopong seketika bila melihatkan attire aku pagi tu. "Ni mesti ada dapat ayat-ayat bagus agaknya lu dressing macam ni bai." Keh keh keh. Macam biasa Sepol punya lambung memang selalunya tak hengat.

Alhamdullillah larian OK. Selagi tak kena bengkok lutut lebih-lebih, seluar tak akan sangkut tatkala peluh dah mula kuyup. And tak jugak rasa panas macam sauna. Hmmm...boleh cuba try test kat event kendian & perhaps larian yang lebih panjang seperti route BA to Seri Hartamas. Huhu! Kalau Abang Yim boleh siapkan wardrobe larian dia dengan baju Melayu siap samping & kain pelekat yang tutup aurat, kenapa aku tak boleh ye tak?

Lagi sekali aku ber-alah untuk tidak join latihan KOM Cameron weekend ni. Kaum akan kayuh ke Titi pada hari Sabtu. Perasaan ni dok bermain-main antara nak join kayuh or nak assist wife aku babysit the kids. Aku decide untuk let go of Titi. Ahad pun sama. Weekend 1-2 Oktober akan digunakan sepenuhnya untuk persediaan apa yang patut bagi mengelak "nangesss..." di Simpang Pulai. Lepas tu KOM 9.10.11. Sebulan lepas tu baru Powerman. Lama lagi...keh keh keh.

Saturday, September 17, 2011

Pemain Import

Dua bulan tak berlari pagi semalam aku sarung kasut. Itu pun sebab nak teman anak buah berlari, hari ni ada interview kat UiTM untuk pengajian sains sukan. Aku jeling je Adizero Mana dia yang berkilau hijau. Aku punya Adizero CS yang dah tak berapa melentur ni taat melayan setiap langkah. Hasil daripada larian 20 minit 30 saat, hari ni betis aku dah terasa macam tiang kelong Pulau Ketam. Walaupun keras semacam, rasa macam nak lagi. Maybe esok pagi aku repeat slow-slow.

Mengayuh dah 2 weekend terkubur & di substitute kan dengan selimut & bantal. Alasan cuaca jerebu & diselang seli dengan tropical thunderstorm cukup perfect untuk meneruskan aktiviti gusti bantal. Priority untuk menziarah sanak saudara & handai taulan bersama family aku utamakan. Sedikit perubahan berbanding tahun-tahun yang lalu. Kalau dulu 2 minggu raya dah kurang terasa bahang raya, malah bahang race seperti Powerman (yang memang hangat pun) dah membuatkan segala urat & sendi menggigil. Maybe sebab kali ni Powerman lama lagi, dan KOM Cameron pun nak melanun (takde komitmen langsung) dan register race lari-lari dah pun terlepas sebelum posa lagi. Sama ada faktor pendorong paling kuat untuk tak berlatih atau ini peluang untuk aku aktif menziarah. 

Macam biasa, pergi menziarah & open house menghasilkan kesan sampingan. Perut puh dah mula rendang sikit. Status dah kembali daaa...layan.

Khamis malam aku tertarik untuk mendengar tazkirah dari ustadz jemputan khas dari Yemen, Sheikh Ali Al-Hauri. Kuliah Maghrib actually & aku hampir terlepas sebab berada di Jusco. Mungkin takde rezki aku nak menatap muka Sheikh ni. Berkumandang azan Isya' bergegas aku ke surau, test market kot kuliah belum habis. Allah Maha Besar. Sekali ustaz ter-delay sampai. Sementara tunggu, kami dengar Ustaz Shakirin, geng Sheikh Ali dulu. Mukaddimah kepada kuliah sebenar, Ust Shakirin bergebang pasal kehebatan mukjizat al-Quran.

Mukjizat al-Quran adalah salah satu mukjizat yang masih ada bersama kita hingga kini. Kalau mukjizat nabi-nabi telah hilang bersama kewafatan mereka. Beberapa contoh cerita or kejadian di kalangan tokoh-tokoh bijak pandai kafir dunia yang terlalu kagum dengan kehebatan al-Quran telah memeluk Islam. Saintis Jepun, German dan sebagainya. 

Akhirnya Sheikh Ali sampai kul 9.20 p.m. Sesat sikit cari jalan ke Al-Ansar. Dia lead solat Isya' sambung dengan solat sunat hajat & kami melopong dengar dia bagi trailer mengaji kejap.  Mantap beb. Meletup! Melopong sorang-sorang. Ada part dia tarik, memang kalah ler Nash Lefthanded or Amy Search. Dah macam DTS surround sound kat TGV or GSC. Tapi dia ngaji kejap je, saja trailer bagi kami semua gigil. Hehehe.

Lepas tu sheikh sambung dengan kuliah. Dah tentu la ada translator Ustadz Imran, orang kita gak. Kalau tidak dah tentu la kami semua akan terus melopong tak faham sepatah haram. Sheikh sambung citer pasal al-Quran. Dia cakap pastu ust. Imran terjemah. 

Sheikh mengibaratkan al-Quran tu seperti sahabat karib kita. Kalau kita ni memuliakan dan menghormati sahabat kita, begitulah balasan yang kita akan dapat dari sahabat kita. Kalau di dunia ni kita kerab berinteraksi dengan sahabat kita i.e. chatting contohnya, maka semakin akrab lah hubungan persahabatan tu.

3 golongan yang menjadi ahli al-Quran. Yang mana satu kita?  (1) Yang sentiasa membaca al-Quran (2) Yang memahami al-Quran dan mengamalkannya  (3) Yang mengkaji al-Quran. 

Monday, September 5, 2011

Beraye kite...

Tu diaaa...dah masuk Syawal ke-6 sudah. Diyem-diyem hari raya yang kita tunggu-tunggu cepat ajer berlalu. Bertakbir dan bertahmid pun belum puas, dah pun kita selesai seminggu bercoti-coti kan? Dan sekarang teraso macam kita perlukan cuti lagi untuk recover dari seminggu bercoti. Coti yang penuh dengan travelling menjalankan tanggungjawab ziarah menziarahi. 

Macam orang lain yang bergegas menyahut seruan fenomena balik kampung, aku pun sama-sama gak. Ahad, lepas zohor aku dah masuk highway, setelah selesai berkemas rumah apa yang patut, target sampai timing untuk berbuka. Alhamdullillah trafik agak waras & dapat aku berbuka posa lauk ibu.

Senin lepas asar, aku dedicate kan tahlil untuk arwah ayah, seperti mana yang aku pernah came across hadith yang mengatakan waktu paling afdal untuk sedekahkan doa untuk ayah adalah lepas asar. Kalau hari raya baru nak pi, agak dah kelewatan sebab ayah telah pun kembali.

Setibanya Syawal, ternyata ianya tidak seperti dulu. Ibu sudah tidak sekuat dulu untuk rally memasak dari malam raya. Ketiadaan ayah untuk raya tahun ke-2 ni semakin aku rasai. Kalau tidak, ayah la yang remind aku untuk make sure berbaju melayu lengkap bersamping & songkok hitam siap gosok buang habuk (apa taknya pakai setahun sekali je). In fact mula-mula aku plan hanya untuk berpakaian macam aku pi tarawih aje ke solat raya. Tapi aku kuatkan jugak semangat untuk beli sepasang baju melayu baru (last beli pun 5 tahun dulu!) & ibu pass kat aku samping hitam yang pakai masa grad diploma dulu. Nasib baik perut Ramadhan masih membolehkan aku menyarung samping ramping 1992.

Masjid Pasir Pelangi lah tempat kami sekeluarga akan berkunjung setahun sekali untuk berjemaah bersama di kala Aidilfitri. Tapi lagi sekali juga aku merindui suasana yang telah hilang setahun dua yang lalu. Jemaah masjid yang seangkatan dengan arwah ayah juga telah tiada. Sama ada telah sama-sama kembali ke Rahmatullah & manakala pak imam & bilal telah di transfer ke masjid lain. Laungan khatib yang membaca khutbah di atas mimbar dengan suara lantangnya juga tak seperti dulu. Tapi aku tetap menghalusi setiap rangkap takbir dan tahmid yang kami lafazkan dengan harapan Aidilfitri ini mendapat keberkatan.

Yang telah pergi kita rindui. Yang masih hidup, kita eratkan ikatan silaturrahim. Maka bermula lah aktiviti ziarah sambil menambah ukurlilit saiz pinggang aku semula. Sebaik pulang dari masjid sampai le ayam dah masuk tidur kat reban, kami masih lagi tekun menyuap ketupat. Begitulah berlangsungnya routine raya kami keluarga BTHO untuk raya kedua, ketiga, keempat dan kelima. Perut pun dah tak berapa nak hensem semula :]

To justify things, kayuhan geli-geli lenggang perut telah berlangsung ke Simpang Peres dengan Det, Zakuan & Bahri Sabtu pagi. Sejuk aje rasa Hulu Langat, menggigil pulak aku atas basikal. Legs : checked; Bike : checked; Cardio : tak berapa nak perfect.  Maka ramai lah cyclists kami jumpa semula setelah hampir sebulan tak berkeringat dahi. Lepaih ni, if ada kesempatan, aku nak berlari pulak, tengok macam mana respon kaki. Kot la ada peluang nak melanun kat me-mana event short races this coming weekends, boleh gak di-consider. Salomon x-trail macam sesedap kuih sampret...hmmm.

Tidak juga lupa untuk bersua kembali dengan jemaah al-Ansar bila sampai peluang untuk solat bersama. Agak happy jugak bila seminggu tak jumpa selepas last tarawih sebelum masing-masing balik ke kampung. Password kami bila berjabat tangan sambil mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya was "istiqamah". Sign :]