Monday, September 5, 2011

Beraye kite...

Tu diaaa...dah masuk Syawal ke-6 sudah. Diyem-diyem hari raya yang kita tunggu-tunggu cepat ajer berlalu. Bertakbir dan bertahmid pun belum puas, dah pun kita selesai seminggu bercoti-coti kan? Dan sekarang teraso macam kita perlukan cuti lagi untuk recover dari seminggu bercoti. Coti yang penuh dengan travelling menjalankan tanggungjawab ziarah menziarahi. 

Macam orang lain yang bergegas menyahut seruan fenomena balik kampung, aku pun sama-sama gak. Ahad, lepas zohor aku dah masuk highway, setelah selesai berkemas rumah apa yang patut, target sampai timing untuk berbuka. Alhamdullillah trafik agak waras & dapat aku berbuka posa lauk ibu.

Senin lepas asar, aku dedicate kan tahlil untuk arwah ayah, seperti mana yang aku pernah came across hadith yang mengatakan waktu paling afdal untuk sedekahkan doa untuk ayah adalah lepas asar. Kalau hari raya baru nak pi, agak dah kelewatan sebab ayah telah pun kembali.

Setibanya Syawal, ternyata ianya tidak seperti dulu. Ibu sudah tidak sekuat dulu untuk rally memasak dari malam raya. Ketiadaan ayah untuk raya tahun ke-2 ni semakin aku rasai. Kalau tidak, ayah la yang remind aku untuk make sure berbaju melayu lengkap bersamping & songkok hitam siap gosok buang habuk (apa taknya pakai setahun sekali je). In fact mula-mula aku plan hanya untuk berpakaian macam aku pi tarawih aje ke solat raya. Tapi aku kuatkan jugak semangat untuk beli sepasang baju melayu baru (last beli pun 5 tahun dulu!) & ibu pass kat aku samping hitam yang pakai masa grad diploma dulu. Nasib baik perut Ramadhan masih membolehkan aku menyarung samping ramping 1992.

Masjid Pasir Pelangi lah tempat kami sekeluarga akan berkunjung setahun sekali untuk berjemaah bersama di kala Aidilfitri. Tapi lagi sekali juga aku merindui suasana yang telah hilang setahun dua yang lalu. Jemaah masjid yang seangkatan dengan arwah ayah juga telah tiada. Sama ada telah sama-sama kembali ke Rahmatullah & manakala pak imam & bilal telah di transfer ke masjid lain. Laungan khatib yang membaca khutbah di atas mimbar dengan suara lantangnya juga tak seperti dulu. Tapi aku tetap menghalusi setiap rangkap takbir dan tahmid yang kami lafazkan dengan harapan Aidilfitri ini mendapat keberkatan.

Yang telah pergi kita rindui. Yang masih hidup, kita eratkan ikatan silaturrahim. Maka bermula lah aktiviti ziarah sambil menambah ukurlilit saiz pinggang aku semula. Sebaik pulang dari masjid sampai le ayam dah masuk tidur kat reban, kami masih lagi tekun menyuap ketupat. Begitulah berlangsungnya routine raya kami keluarga BTHO untuk raya kedua, ketiga, keempat dan kelima. Perut pun dah tak berapa nak hensem semula :]

To justify things, kayuhan geli-geli lenggang perut telah berlangsung ke Simpang Peres dengan Det, Zakuan & Bahri Sabtu pagi. Sejuk aje rasa Hulu Langat, menggigil pulak aku atas basikal. Legs : checked; Bike : checked; Cardio : tak berapa nak perfect.  Maka ramai lah cyclists kami jumpa semula setelah hampir sebulan tak berkeringat dahi. Lepaih ni, if ada kesempatan, aku nak berlari pulak, tengok macam mana respon kaki. Kot la ada peluang nak melanun kat me-mana event short races this coming weekends, boleh gak di-consider. Salomon x-trail macam sesedap kuih sampret...hmmm.

Tidak juga lupa untuk bersua kembali dengan jemaah al-Ansar bila sampai peluang untuk solat bersama. Agak happy jugak bila seminggu tak jumpa selepas last tarawih sebelum masing-masing balik ke kampung. Password kami bila berjabat tangan sambil mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya was "istiqamah". Sign :]

9 comments:

  1. Oooo Masjid Pasir Pelangi... tempat otai tu bro!

    Waktu aku bertaraweh kat sana, otai2 lah yg setia sampai 20 rakaat, dgn Pak Imam baca surah panjang2. Respek!
     
    Al-fatihah untuk arwah ayah.

    ...so syawal pun dah mengensot pelan2 habis ni, masuk zulqaedah kena pulun lah ye utk hensemkan six pack tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Masjid tu sekarang dah tak berapa nak otai la Deo. Imam & bilal muda-mudi. Imam & bilal otai kena transfer pi masjid Kg Melayu. Next raya aku plan nak pi cari depa.

    Aku pun dah slow2 mengensot nak sarung kasut lari balik ni. Six pack tu idak ler, maintain one pack pun cun dah :]

    Thanks bro!

    ReplyDelete
  3. Yelah, Syawal taklama lagi mengesot hilang dari pandangan... Kasut lari aku mana ntah letaknya... hehe

    SHRMZB bro!

    ReplyDelete
  4. Mekasih ZY. Puas aku nak fahamkan SHRMZB tu. Ku ingatkan nama sekolah kat Muor :D

    ReplyDelete
  5. SHRMZB tu maksudnya "Sekolah Harian Runners Memang Zoom Berdesup". Geng2 hardcore runners mcm korang je yg layak masuk sekolah tu... memang terletak di Muor (hahaa.. pandai2 aku je)

    Selamat makan kuih sampret geng!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya maaf zahir batin bro...moh teman aku merempit kat UPM

    ReplyDelete
  7. Selamat bersolomon Xtrail. Kami pun lari main-main je. Lemang ngan ketupat dok berkocak dalam perut lai.

    ReplyDelete
  8. Nik, adik beradik sekolah sukan la tu agaknya ye? Kau bila nak bukak SRJG (Sekolah Runner Jadik Golfer) pulak?

    Hancik, merempit kat Solomon ke? Aku ni tak berapa nak merempit sangat dah sekarang ni, enjin disel beb :]

    Mekasih JJ! Awat lambat sangat hadam lemang ngan ketupat raya pertama tu? Dok berkocak biskut pandan kooot...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.