Saturday, September 17, 2011

Pemain Import

Dua bulan tak berlari pagi semalam aku sarung kasut. Itu pun sebab nak teman anak buah berlari, hari ni ada interview kat UiTM untuk pengajian sains sukan. Aku jeling je Adizero Mana dia yang berkilau hijau. Aku punya Adizero CS yang dah tak berapa melentur ni taat melayan setiap langkah. Hasil daripada larian 20 minit 30 saat, hari ni betis aku dah terasa macam tiang kelong Pulau Ketam. Walaupun keras semacam, rasa macam nak lagi. Maybe esok pagi aku repeat slow-slow.

Mengayuh dah 2 weekend terkubur & di substitute kan dengan selimut & bantal. Alasan cuaca jerebu & diselang seli dengan tropical thunderstorm cukup perfect untuk meneruskan aktiviti gusti bantal. Priority untuk menziarah sanak saudara & handai taulan bersama family aku utamakan. Sedikit perubahan berbanding tahun-tahun yang lalu. Kalau dulu 2 minggu raya dah kurang terasa bahang raya, malah bahang race seperti Powerman (yang memang hangat pun) dah membuatkan segala urat & sendi menggigil. Maybe sebab kali ni Powerman lama lagi, dan KOM Cameron pun nak melanun (takde komitmen langsung) dan register race lari-lari dah pun terlepas sebelum posa lagi. Sama ada faktor pendorong paling kuat untuk tak berlatih atau ini peluang untuk aku aktif menziarah. 

Macam biasa, pergi menziarah & open house menghasilkan kesan sampingan. Perut puh dah mula rendang sikit. Status dah kembali daaa...layan.

Khamis malam aku tertarik untuk mendengar tazkirah dari ustadz jemputan khas dari Yemen, Sheikh Ali Al-Hauri. Kuliah Maghrib actually & aku hampir terlepas sebab berada di Jusco. Mungkin takde rezki aku nak menatap muka Sheikh ni. Berkumandang azan Isya' bergegas aku ke surau, test market kot kuliah belum habis. Allah Maha Besar. Sekali ustaz ter-delay sampai. Sementara tunggu, kami dengar Ustaz Shakirin, geng Sheikh Ali dulu. Mukaddimah kepada kuliah sebenar, Ust Shakirin bergebang pasal kehebatan mukjizat al-Quran.

Mukjizat al-Quran adalah salah satu mukjizat yang masih ada bersama kita hingga kini. Kalau mukjizat nabi-nabi telah hilang bersama kewafatan mereka. Beberapa contoh cerita or kejadian di kalangan tokoh-tokoh bijak pandai kafir dunia yang terlalu kagum dengan kehebatan al-Quran telah memeluk Islam. Saintis Jepun, German dan sebagainya. 

Akhirnya Sheikh Ali sampai kul 9.20 p.m. Sesat sikit cari jalan ke Al-Ansar. Dia lead solat Isya' sambung dengan solat sunat hajat & kami melopong dengar dia bagi trailer mengaji kejap.  Mantap beb. Meletup! Melopong sorang-sorang. Ada part dia tarik, memang kalah ler Nash Lefthanded or Amy Search. Dah macam DTS surround sound kat TGV or GSC. Tapi dia ngaji kejap je, saja trailer bagi kami semua gigil. Hehehe.

Lepas tu sheikh sambung dengan kuliah. Dah tentu la ada translator Ustadz Imran, orang kita gak. Kalau tidak dah tentu la kami semua akan terus melopong tak faham sepatah haram. Sheikh sambung citer pasal al-Quran. Dia cakap pastu ust. Imran terjemah. 

Sheikh mengibaratkan al-Quran tu seperti sahabat karib kita. Kalau kita ni memuliakan dan menghormati sahabat kita, begitulah balasan yang kita akan dapat dari sahabat kita. Kalau di dunia ni kita kerab berinteraksi dengan sahabat kita i.e. chatting contohnya, maka semakin akrab lah hubungan persahabatan tu.

3 golongan yang menjadi ahli al-Quran. Yang mana satu kita?  (1) Yang sentiasa membaca al-Quran (2) Yang memahami al-Quran dan mengamalkannya  (3) Yang mengkaji al-Quran. 

4 comments:

  1. Terima kasih Diket sbb sharing and caring mcm biasa.
    Tu la tu... ana pun tgh cuba sambung training Ramadan ni. Takkan nak hangat2 taik ayam kan? Ramadan tahun dpn pun tak tentu jumpa lagi

    ReplyDelete
  2. Most welcome Tsar. Hanya menyampaikan apa yang patut. Serupa macam LSD gak, kami kat surau ada geng kaki lambung. Happy je bila dapat jumpa tiap-tiap hari untuk melambung :D

    ReplyDelete
  3. paling suka yang bab kekalkan interaksi tu, thanks for sharing this

    ReplyDelete
  4. double meaning ke tu DC? silaturrahim pun kena maintain ye tak? hehe. thanks for reminding also :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.