Thursday, May 3, 2012

Ijok oooo Ijok - Labour Day Ride

Agak aku ni dah kemaruk la kot. Asal nampak peluang aje, akal ligat aje mencari helah untuk projek ngayuh. Ishk! Padahal baru aje Sabtu 28-April pi kerabat sampai Kuala Pilah, selang 2 hari dah nak bertenggek lagi.

OK. Plan asal supposedly tarak kayuhan. Sebab seperti tentatif asal jugak, wifey bertugas, so tugas aku sebagai ayahanda harus dipikul. Out of nowhere, Monday evening wife asked me a favor untuk drive her to work. Dalam masa yang sama, kaums dok ligat jugak untuk plan kayuhan Hari Buruh. Aku setakat buat derk aje bila dengar ketika di meja persidangan teh tarik. Menjelang event LeTua 100 dua minggu lagi, Ziff & Shuk ada gak bercadang mau kayuh route belah-belah situ pada Hari Buruh jugak. Aku rasa tertarik untuk mencangkuk depa. Lantas, request wife untuk chauffeur her perlu di adjust towards kayuhan di Shah Alam. I'll send her to Jalan Klang Lama, drop the kids at their cousin's and mohon jasa baik kaum start kayuh lewat sikit at 8.00 a.m. Voila!

Lama bebenor aku tak kayuh dengan dua orang penting ni. Al-maklum masing-masing sibuk. Tambahan lagi lokasi GPS kami terlampau berbeda dipisahkan oleh kepadatan Lembah Klang. Tapi, kalau nak seribu daya, ye tak? Lantas segelintir kaum TOK telah berpaling arah untuk sama-sama join kayuhan Jalan Paip ini.

Sampai di DeBayu, Bukit Jelutong, tempat parkir dah penuh! Rupanya geng LeTua pun kayuh gak hari ni. Route depa aku tak sure tapi kami bergerak sekali menuju ke GCE sebelum split up di Persimpangan Subang. Sempat la jugak aku menyapa sorang dua yang dikenali.

Ziff membawa kami sampai ke hujung GCE dan cilok masuk LATAR Highway pulak. Kat GCE masih dalam keadaan kayuhan siuman disebabkam laluan sikal yang tersedia senantiasa membuat rasa segan silu. Tapi tidak di LATAR. Ia diibaratkan seperti 'no speed limit' road atau dengan bahasa ibunda yang lebih brutal...'macam kambing lepas kandang'. Terlalu mudah cyclist akan membesit tak hengat dunia di sini disebabkan bahu jalan terbentang luas & kapasiti trafik yang kurang. Bahaya untuk cyclist yang mempunyai enjin berkapasiti kecil seperti aku. Ngeh ngeh ngeh.


Sampai hujung jumpa Jalan Kuala Selangor, lalu depan Kota Puteri (ooo...sini rupanya) dan berehat sebentar di Petronas Ijok (port biasa cyclist jugak macam Petronas Kuala Klawang). Kebangetan cuaca sudah mula terasa, lantas setiap teguk Coca Cola melalui kerongkong mengatasi segala nikmat dunia tatkala itu.

Mesyuarat Coke mencongak saki baki distance yang tinggal untuk menghabiskan kayuhan. Iyo lah tu. Tadi dah puas kayuh laluan tanah pamah, next half ialah kayuhan pecah buah pinggang menawan Dragonback & bukit bukau Alam Budiman.

Sejurus kami khatam Jalan Kuala Selangor hingga ke simpang Jalan Puncak Alam, headwind menanti. Memang sebijik kenangan letua100 tahun lepas berulang kembali. Then masuk Jalan Bukit Cherakah atau dikenali dengan nama Dragonback itu. Naik dan turun di jalan yang luruuuus Pak! Sayup mata memandang bukit bukau nuuun jauh di hadapan yang bakal di kerabat. Pelan-pelan aku rezab kan minyak gearbox jangan sampai overheat. It's all about zoning.

Macam biasa, sesi photoshoot ahli bandboy Junction tak boleh belah. Yang tadi muka senget macam kena sawan, dah boleh senyum kambing depan camera. Ishk! Belum habis lagi. Aku rasa bukit Alam Budiman itu lebih demanding.


Benar sangat. Ilmu geografi benar menyatakan bukit-bukau tersebut lebih menyayat hati. Boleh bikin hati sebak cuba memikirkan keringat yang bakal ditempuh. Paneh ateh kepalo dah tak boleh dijangkau dek akal. Aku terpaksa juga rev-up RPM untuk kawtim kan bukau bukau tersebut dengan sekali hadap. Sriaaap! Pap! Maka tercungap-cungap lah aku setibanya di persimpangan Jalan Batu Arang - Sungai Buloh tanda kepuasan.

Setibanya di parkir, masa tersangat elok untuk aku memunggah segalanya ke dalam kereta, membersihkan diri & bersedia untuk fetch wife & kids & bergegas untuk agenda selanjutnya bersama famili. Rehat?! Mana ada jalan bro! Selagi pinggang ni tak berlabuh atas tilam di rumah, selagi tu ler definasi Hari Buruh diisi.

Posing memang tak boleh belah
Junction - Akan Ku Kenang :]
Cyclist dari 'Langit' dengan perwatakan berbeza.
Sorang tu teringat zaman KISS :P

6 comments:

  1. lain kali nak membesit, besit je pakai cota tu pada orang2 yang nak breakaway, hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha. sebab tu kena bawak mini pam yg sepanjang top tube buat ganti cota. tapi takpe, kat LATAR tak boleh breakaway jauh2 pun :]

    ReplyDelete
  3. Entri dah nak jadik pekasam baru aku nk komen... jgn marah eh? Hikhik
    Terbaekk kayuhan uolls ni! Kipidap! :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hal bro. InsyaAllah tak jadik pekasam. Silaturrahim kita utamakan dari berdiam diri tanpa khabar berita. Take care dude! Den tumpang kayuh je kat dragonback tu. Den tak buat benda tak elok pun :]

      Delete
  4. Entry dah lama macam pekasam ni yang amat lazaaaaaaat hehe. Halfway kat Latar aku dah surrender nak cangkok kaum, mak oit cam pelesit melesit. Kalau korang tak join hari tu, aku dengan shuk hanya mampu kayuhan romantika di'amor ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo lazat macam pekasam cecah kuah asam la ye?
      kira kayuhan ramai-ramai dengan kami hari tu bertukar dari romantika d'amor ke sepultura la ek?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.