Friday, September 28, 2012

Nikmat beb

Hmmm...alahai. Ishk! Tak baik mengeluh. Kita sepatutnya lebih banyak bersyukur ye tak? OK. Alhamdullillah. Segala puji-pujian kepada Allah swt di atas segala malah semua nikmat yang kita dapat. Nikmat bernafas, nikmat suap nasi bryani sebelum solat Jumaat tadi, nikmat dapat peluk anak bini pagi tadi sebelum keluar rumah & berbagai-bagai nikmat lain lah. Nikmat-nikmat. Subhanallah.

Ishk! Lama bebenor aku tak menulis ni. Memang hasrat di hati tu sentiasa ada tapi bila dok depan pc terus takde feel. Chewah! Macam nak gubah lagu pulak.

Actually & basically aku banyak mem-blogging pun berlandaskan aktiviti sukan yang aku gemar buat pada hujung-hujung minggu tu. Dah la hampir 3 purnama aku tak beriadah, maka blog pun mula lah mandom. Apa lah sangat aku nak gebang. Kalau setakat start motor pi kedai beli susu pekat chap junjung tak yah aaa...

Anyway, la ni aku tengah ada feel. Tak kisah lah nak gebang apa pun. Janji otak & jari jemari ku ini tengah synchronize untuk mengalirkan buah fikiran yang tengah laju mengalir.

OK. Sejak bulan posa yang off-season tu (konon...), honestly aku memang dah hilang feel nak beriadah especially kayuh basikal. Lari jauh sekali. Swim? Lagi laaaa. Aku pun tak tau kenapa. Maybe badan aku kata nak berehat lama sikit. Or maybe otak malas nak fikir. Maybe jugak antara faktor utama sebab aku nak fokus kat exam kaklong. Yes. Aku rasa yang itu. Al-maklum aku ni bukan multi tasking, maka aku lebih selesa concentrate kat satu perkara demi satu perkara. Tambah lagi dengan demand kerja yang boleh kata meningkat. Maka langsung lah minda aku ni tak larat dah nak fikir pasal event sana sini. Mengadap facebook wall kawan-kawan pun bukan main laju aku scroll atas bawah. Lari sana sini. Kayuh sana sini. Berenang. Pergh! Aku tengok pun dah penat beb.

Alhamdullillah, kaklong pun dah settle exam. Ingat nak bernafas sikit, tapi ada exam sekolah agama pulak. Takpe, layan aje since aku pun takde nak rush untuk training apa-apa event. Walaupun awal-awal dulu dalam list dah masuk tapi aku asyik tangguh nak register (symptom malas nak masuk la tu). Ended up early bird lepas, angry bird lepas & sampai lah ke dead bird. Ku follow...

Stamina wise, aduhai...sungguh menyedihkan. Sebak dada ni masa aku kejor si Umar kat taman tasik rumah kami. Baru 20 langkah aku berlari, penyesalan tak terhingga singgah di setiap otot terutama otot jantung ni. Seminggu yang lalu aku try gak pusing Putrajaya dengan Alwin, Ziff and Azmar bersama-sama cangkuk geng Chap Ayam simulasi Powerman. Nak maintain speed sembang pun aku dah cecah level speed menyampah. Takpe, janji kayuh...

Disebabkan event mountainbike yang aku dah sign hujung minggu ni boleh dikatakan agak menarik minat aku, maka aku kuatkan semangat juga untuk bertenggek atas trainer sepanjang minggu ni. Ada hari layan lah jugak, ada hari masuk 15 minit pun dah meluat. Camner tu?!

Ku jangka berlambak lagi event yang akan berlangsung sampai ke hujung tahun. Aku juga yakin kawan-kawan akan terus sign & terus beriadah or berlumba or what ever target lah. Semoga berjaya. And jangan lupa supaya senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah swt bagi ye. As-salam.

3 comments:

  1. I, mana yang update psl larian ke apa ke kat FB, I buat donno je.
    Paling kuat pun I like je.
    Pertahanan jiwa namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo...cenggitu ye? Pertahanan jiwa skill baru tu. Maybe kena gak skill tu sikit-sikit kot.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.