Thursday, September 4, 2014

Life vs cycle

Secara lahiriahnya semua dah macam tersusun setelah berakhirnya Ramadhan, Syawal dan sampai ke Hari Kemerdekaan. Alhamdulillah. Segala puji-pujian kepada Allah swt dan salawat & salam ke atas Rasulullah.

Segala urusan bajet & perbelanjaan menjelang raya pun dah sorted out & back on track semula. Insyaa Allah. Al-maklum musafir kotaraya yang kais pagi makan pagi. 

Segala urusan perancangan program letihan juga basically dah tersusun sehingga ke at least Malacca Century Ride end of October nanti. Target training on weekends aje. Tiada kemampuan nak komit training atau riadah on weekdays. Lebih selesa fokus pada urusan keluarga & yang sewaktu denganNya.

Planning untuk selepas dari MCR macam dah ada tapi nothing is confirm. Semuanya boleh di ubah, kecuali tarikh-tarikh yang dah komit untuk aktiviti kekeluargaan.

Apa yang maybe aku nak gebang sikit hari ni sedikit sebanyak berkaitan dengan cara pemikiran kita berbelanja secara 'berhemah'. As for me yang agak extreme sikit or shall I say, passionate dengan hobi berbasikal ni, portion perbelanjaan aku maybe agak biaise ke arah kecintaan aku tu. Antara perbandingan paling selekeh or sometimes aku sendiri gelak memikirkannya adalah seperti:

Senario 1: Apparel

Rasa-rasanya dah sampai waktu & ketikanya untuk aku menukar ke wardrobe jersey basikal yang baru. 4-5 helai dari musim lalu (1-2 tahun) dah boleh di let go dengan harga lelong. Masa untuk mencari jersey dan bibs dari jenama dan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Lingkungan harga dari RM100-300 tu kira OK sangat dah. Performance wear memang tak boleh compromise kualiti dan comfort. Nak kayuh 3-4 jam tuh, walaupun hanya dipakai seminggu sekali.

Baju hujan motor. Zip dah rosak. Underlayer netting pun dah serabai. Tatkala cuaca cerah & terang benderang, condition baju hujan langsung tak dihiraukan. Ignorance bertukau menjadi penyesalan apabila berhenti kecemasan di tepi MRR2 di dalam hujan dan cuba menyarungkan baju hujan. Nasib baik ada velcro yang boleh tampal aje baju mengganti zip rosak. Tatkala ku sarungkan tangan ke lengan baju hujan, seluruh netting di lengan terkeluar di hujung. Adeh... harga sepasang RM60-100.

Seluar slack kerja dan jatuh kategori 'slack betul la brader ni'. Tanda-tanda dimamah usia telah jelas kelihatan seperti di lutut, celah peha dan punggung. Seluar standard color hitam, dah mirip-mirip keperangan hasil proses luluhawa. Usia seluar hampir mencecah 5 tahun. Harga sehelai kalau sale di AEON selepas 50-70% diskaun, RM40-50 sahaja.

Senario 2: Kenderaan

Roadbike dah kira takde apa nak upgrade. Sedang elok dah tu. Tapi masih juga gatal pi merisik (konon) kat the newest local bike shop in town. Merisik aje. Beli belum mampu tapi dah pasang angan-angan. Frame dari jenama legendary Cannondale dengan bahan unik CAAD, iaitu material aluminium peringkat tertinggi sehingga boleh menghasilkan ketumpatan jirim dan kekuatan dan lebih ringan dari karbon! Harga...biarlah rahsia.

Mountain bike, maybe ada beberapa plan nak upgrade seperti blog post yang sebelum ni. Antaranya seperti tayar dan groupset. Tapi kayuhan kemerdekaan di dalam hutan Bukit Kiara ternyata sudah cukup mantap prestasi Niner aku tu. Setiap kali lepas kayuh, mesti basuh terus sebab nak simpan dalam rumah dan elak kekotoran yang boleh menjejaskan prestasi. 

Motorsikal Yamaha LC aku ni selagi boleh sampai pejabat setiap hari, boleh ke surau, kedai, hantar anak tuition, syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya banyak jasa dan menjadi keperluan dan kemudahan paling praktikal dan penyelesaian mujarab untuk isu berjimat wang dan masa especially di KL ni. Cover plastik seat yang asalnya merekah dah mula koyak sepanjang 5-6 inci. Nasib baik ada jaring yang berfungsi sebagai lapisan perantaraan supaya seluar tak basah jika padding seat belum kering dari hujan lebat semalam. Speedo meter dan odometer dah berzaman kaput. Masih boleh tangguh asalkan meter minyak masih OK. Kelajuan tak perlu difikirkan sangat, pakai feel je. Janji kelajuan selamat. Basuh motor 2-3 bulan sekali or mana yang sempat.

Itu antara contoh-contoh senario yang aku rasa paling obvious buat masa ni. Banyak lagi yang lain yang boleh dibincangkan seperti pengagihan ruang rumah, pemakanan, peruntukan masa berfikir, hubungan sosial dan sebagainya. 

Tapi! Walau macam mana extreme nya nampak di sini, aku masih lagi memegang pada polisi konsep kesederhanaan dan kemampuan. Tepuk dada tanya selera tapi check juga poketnya. Segala kekuatan aku, kemampuanku berbelanja, kesihatanku dan keselamatan aku dan keluarga hanya dari Allah swt yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Ingatan itu yang sentiasa membatasi pemikiran aku dari terus melayan nafsu untuk bermegah dengan kemewahan dunia. Tapi tak salah untuk aku terus berangan-angan kan? :]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.