Tuesday, February 23, 2016

Litterbugs

Aku rasa by this time, blog mungkin dah takde dalam tatabahasa masyarakat. Cuma dengar orang sebut Insta dan Facebook aje. Blog pun sekali sekala bila aku Google untuk rujukan religious material. Itu pun sometimes agak outdated. Memang orang dah jarang membaca dan blogging. On the other side, aku notice di Facebook dah semakin ramai penulis buku dan followers depa. Ramai. Dah ada tribes. Baguih naaa...

Well at least I now have a peaceful mind to write about anything. Subject matters can be a wide variety of topics.

And the first for this 2016, that had just crossed my mind moments ago is about mentality, mindset, akhlak. The biggest issue and it is becoming cancerous in our community.


The thing that I saw just now was sick. Seorang pelajar sekolah menengah yang baru aje keluar pagar sekolah lantas dengan tanpa rasa bersalah, and in fact nampak bangga, buang botol minuman terus ke dalam longkang tepi jalan. Sakit mata memandang, sakit lagi hati ni. Instinct aku rasa macam nak berhentikan kereta & starlet budak tu suruh dia kutip balik botol tu.

The first thing that I wish to blame is no other than the parents. Aku tak blame this kid sebab pendidikan akhlak dia ialah tanggungjawab parents dia, bermula di rumah. But then again, perhaps dia takde parents. Tapi dia masih di bawah tanggungjawab sekolah sebab supposed ada pendidikan sivik dalam silibus.

It is the most common scenario di luar pagar sekolah. Dalam sekolah memang bersih. Tip top. But the akhlak dan disiplin was left only within the fence. Once keluar, bumi yang Allah pinjamkan ni takde nilai untuk dijaga. Tapi balik rumah, tidak pulak dibuangnya sampah di atas lantai ruang tamu, kan?

And the second most common scenario yang lately jadi viral bila our hutan, waterfall, taman, laut pun tak dijaga adab tu. How can one do not have conscience for this? Kalau dalam Islam, manusia yang sebegini belum sampai level mumayyiz. Tak boleh beza antara yang baik & buruk, yang suci & yang najis. 

Dan mungkin mereka ni ingat ada kontraktor mai kutip sampah dalam hutan or atas gunung tu. Or nanti ada sukarelawan mai anjur aktiviti kutip sampah jebon-jebon ni. Akal ada tapi tak pernah kisah nak guna. Remeh mungkin untuk mereka sebab akal tu lebih senang & selesa disimpan di rumah, and ikut nafsu instead.

Perhaps akhlak manusia semakin nipis akibat terlalu berputar di dalam dunia dia sendiri. Dunia makhluk lain, tidak dipeduli.  Sick people.

Full of hope that parents will open their eyes and hearts for the sake of future generations, this generation Y or Z or whatever huruf hangpa nak pakai. You can be rich and bold, or strong and religiously driven, tapi without good conscience, akhlak, adab dan segala silibus tuk nenek kita dulu ajar, jangan panggil diri tu berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.