Tuesday, March 1, 2016

Trail Running Shoes

Aku pun tak pasti kenapa jiwa aku dah kembali dirasuk oleh alam hutan. Sejak kembali aktif dengan sahabat-sahabat kejiranan dalam aktiviti hutan ni, mula dah hilang feel nak kayuh basikal. Akal Bujal ni sentiasa aje memikirkan plan outdoor.

After our trip up Mt. Kinabalu, I injured myself. Due to the level of injury and aging factor, the recovery was slow. Now dah masuk hampir sebulan tapi ankle kiri masih sengal akibat terseliuh kat Kinabalu Summit Trail. Masa nak balik turun ke Timpohon Gate, aku terkelendat kaki kiri sewaktu pijak salah satu boulder yang agak licin.

Last two weeks aku hiked to Kem Lolo with my kids and neighbours. The gripping uppersole of Salomon membuatkan kaki kiri aku menjerit. If I want to keep on hiking in the future, I need to replace the Salomon.

So the homework and recon works pun bermula. Kembali membaca trail running shoes review dan window shopping. Dah lama aku tinggalkan kerja ni. Dan dah macam-macam jenis kasut trail run yang tak pernah aku jumpa. 

To cut short the story, aku rasa dah boleh shortlist the options.
  • Aku tak pilih New Balance sebab rasanya design dah tak sejiwa dengan aku. Design dan pilihan warna yang agak pelik untuk usia aku. Aku tak tengok harga sebab astetik pun dah awal kena strike out.
  • Aku revisit Brooks Cascadia. Aku pernah ada Cascadia Pure Grit. Antara yang pernah aku belasah sebagai all rounder dari trail running, hiking, bike touring dan sneakers buat jalan-jalan. Disebabkan multi function, aku bagi thumbs up, tambah pulak aku beli di warehouse sale semurah RM150 sahaja. Tapi sekarang Cascadia 10 dah RM400+. Aku cancel.
  • Salomon? Price too steep. Selepas aku lenjan XA Pro 3D ke Pine Tree Trail, Gunung Datuk, Gunung Bunga dan eventually Mt. Kinabalu, aku rasa aku pernah pakai kasut yang lebih selesa dari Salomon dan jauh lebih murah.
  • Nike. Antara jenama dan design yang paling aku minat tapi tak pernah bertemu jodoh, walaupun running shoes dia. Aku pernah ada Nike ACG dan memang puas hati. Kasut tu juga terkubur di tong sampah Stesen Keretapi Dabong sebaik aku tamatkan misi Gunung Stong. Kali ni aku terpikat dengan Nike Terra Kiger 3. Design yang habis minimalist dengan pilihan warna yang simple but yet attractive. Puas hati aku tawaf separuh kedai Nike dan Stadium di KL mencari size, cuma ada beberapa outlet yang availabe. 
Nike Terra Kiger 3
  • Eventually aku came across sepasang kasut yang agak pelik di kedai Adidas. Dah banyak outlet aku menerubus tapi boleh pulak outlet ni aje yang aku jumpa Response TR Boost ni. Aku ada jumpa di Mitsui sebelum ni tapi sebabkan takde saiz, jadi aku abaikan pencarian. Tapi kali ni aku test sarung sepasang. Mantop gak feel dia. Balik terus baca online review. Setakat yang aku baca, majoriti bagi good review walaupun tak semua kata perfect. Biasa lah tu.
Adidas Response TR Boost

Pre-conclusion aku belum buat tapi setakat ni aku berat kepada Response TR Boost. Nike Terra Kiger 3 mungkin aku kena abaikan sebab penggunaan aku bukan setakat trail run aje. Aku akan lenjan juga untuk hiking dan daki gunung, just like the old days. Hence, the minimalist concept yang ada pada TK3 aku rasa tak cukup untuk beri protection pada kaki aku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.