Tuesday, August 16, 2016

Tekanan Sistem Pendidikan...

Ramadhan dan Syawal dah berlalu. La ni masuk Zulkaedah. Tak lama lagi masuk pulak Zulhijjah. Mood Raya Haji pulak untuk mereka yang sambut or take part dalam majlis korban di surau-surau dan masjid. 

Tapi buat masa ni tengah season mood exam especially untuk student UPSR. The big day will be on 5th September which is lagi 2-3 minggu. Parents dah mula menggelabah tapi students masih nampak cool, at least on the surface nampak muka tenang. 

Lately memang trend parents gelabah bila anak dah nak sit exam memang agak obvious. Expectation parents agak tinggi. Gelabah is one thing, the worse part is panic mode attack mula lah semua orang kena tempias. Kelas tambahan sekolah kena pressure, cikgu tuisyen dan pusat tuisyen pun kena sekali. Fenomena dah macam solat Tarawih cuma penuh di hujung-hujung dah nak dekat exam instead of penuh dari mula.

Though people duk bicara that UPSR is not the end of the world, and so does PT3 nanti tapi mood dan climate exam dia memang lain macam. Punyalah caring parents ni. Adakah sebab susah sangat silibus UPSR ni? Adakah sebab susah sangat soalan-soalan UPSR ni especially yang melibatkan KBAT tu?

Kalau hang tanya aku, memang SUSAH! Aku pun tak tau apa yang kementerian duk letak level tinggi sangat scale pendidikan budak sekolah rendah ni sampaikan Matematik Darjah 4 dah kena pandai kira diskaun 10% beli baju di kedai. Dan ada juga soalan yang sampaikan melibatkan production line kilang kek yang mensasarkan target pengeluaran sebulan!

Aku tau memang ada ramai budak cerdik pandai di Malaysia ni. Tapi pernahkah yang membuat polisi ni kaji tentang jumlah pelajar yang dalam tahap average? Ni lah level yang paling ramai. Nampak gaya proses segrigasi dah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Apakah matlamat mereka?

Mereka akan melahirkan golongan bijak pandai tapi hanyalah golongan bijak pandai yang cuma mampu menjawap soalan exam. Akhlak, adab, disiplin all gone. Zero. Bijak pandai dalam berbicara tapi adab berbicara takde. Bijak dalam bina karangan atau soalan matematik yang kompleks tapi keluar aje sekolah selamba buang sampah tanpa rasa bersalah tentang penjagaan akhlak yang bagus. Boleh jawap soalan UPSR dengan cemerlang tapi displin masa bila berjanji langsung takde.

Adakah ini semua yang dikejar? Bila tekanan untuk memenuhi keperluan sistem akademik semakin dirasai oleh parents, maka segala didikan dan bimbingan akhlak, adab, disiplin dan hormat yang sepatutnya dipikul oleh parents sendiri terpaksa diabaikan. Sebab parents sibuk sangat nak anak tu dapat straight A.

No comments:

Post a Comment