Thursday, July 17, 2014

Ramadhan 1435H Ansari-an Style

Sudah 19 hari kita menjalani ibadah puasa untuk Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Menjelang esok, akan berakhir 2 peringkat bulan al-mubarak ini. Dan kita akan masuk ke peringkat terakhir, iaitu peringkat yang dikenali dengan perlepasan diri kita dari seksa api neraka. Mudah-mudahan kita semua telah lengkapkan dua peringkat yang telah berlalu pergi dengan penuh rahmatNya dan pengampunan dosa dariNya. If not, agak jauh sekali kita nak meletakkan atau melayakkan diri untuk ke peringkat terakhir.

Aku akui iman ini bagaikan yo-yo. Kejap ia melonjak tinggi dengan ketaqwaan. Kejap dia turun dengan kemungkaran. Inilah kita yang bergelar manusia akhir zaman, yang jauh sangat perbezaannya dengan golongan para Ambia' dan Syuhada. Tapi aku tak akan berputus asa untuk terus berdoa semoga iman dan aqidah ini terpelihara olehNya dari terpesong membawa kepada kefasikan.

Syukur Alhamdulillah di panjangkan umur dan rezki dapat berjumpa lagi Ramadhan pada tahun ni bersama keluarga. Aku tak tertanggung sedih dan simpati aku pada my brothers and sisters Islam ku yang telah di uji olehNya seperti anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalanraya sebelum Ramadhan.  Dan kini kita juga sedang di uji dengan penindasan saudara Islam kita di Palestin, Iraq, Mesir dan serata dunia. Inilah masanya untuk kita terus menerus berdoa untuk mereka, in a serious note, yes, keep on praying. Selain menginfak-kan harta kita untuk membela mereka. 

Aku cadangnya nak buat penambahbaikan dari yang tahun lepas. Tak dapat banyak, sikit pun Alhamdulillah. Kita ni hanya hamba biasa, bukan golongan Nabi. Sikit-sikit la kita upgrade. Bukan apa, aku sekadar berfikiran secara realistik dengan kemampuan diri. Allah maha mengetahui.

Secara automatik, lifestyle kami di bulan Ramadhan ni di adjust mana yang patut untuk adapt dengan environment. Al-maklum lah kita dengan keadaan cuaca akhir zaman yang semakin tak keruan, segala makan dan minum kena bersederhana. Dah masuk tahun ke-3 kami sekeluarga ber-iftar di surau qariah kami. Alhamdulillah. 

Aku tak kisah segelintir manusia yang berfikiran bongkak kononnya ber-iftar di surau atau masjid ni hanyalah mereka yang setaraf bangla atau yang sewaktu dengannya. Ada yang geli nak makan sedulang dengan tangan orang-orang lain. Ada yang tak selesa dengan duduk di lantai. Ada yang kononnya lebih selesa ber-iftar di rumah dengan sajian lebih enak baik di masak sendiri atau import dari PaRam. Common lah bro. Itu semua pemikiran kolot untuk umat Islam zaman silam. 

Daripada aku membazir dan membuang duit di PaRam dengan kualiti makanan yang belum tentu enak dan sihat, adalah lebih baik aku ber-iftar sekeluarga di rumah Allah swt, yang sudah pasti lebih barakah selain menjalin ukhwah sesama qariah. Tiada perbezaan pangkat di antara kami, duduk sama rendah di lantai, makan sama sedulang. Yang banyak sama-sama kami habiskan. Yang sedikit pun kami turut berkongsi barakah. Tidak pernah sekali kami mengeluh dengan apa yang terhidang. Dan tidak pula juadah berbuka puasa tak cukup. Itu lah namanya barakah.

Ber-iftar di surau atau masjid juga mendidik kami sekeluarga untuk lebih meletakkan solat berjemaah Maghrib dan Isya' itu sebagai priority. Lebih banyak masa kami habiskan di malam hari di rumah Allah swt, ternyata lebih dekat  hati kami ini untuk mengingatiNya. Kalau tak percaya, cuba lah. Allah swt telah berjanji, takkan kalian tak percaya?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.