Wednesday, December 31, 2014

East Coast Monsoon Revisit

Aku telah diberi peluang untuk ke Pantai Timur sehari dua yang lepas. Allah izinkan. In fact, aku dikehendaki untuk melaksanakan tugas pejabat di Kuala Terengganu. Semuanya amanat last minute sebaik aku pulang dari bercuti di kampung halaman, dan masih mood cuti menjelang cuti umum Krismas. Tapi, asal dapat travel dan melihat tempat orang, aku redha dan OK.

Sudah semestinya tugasan pejabat, maka tiket penerbangan ditaja oleh syarikat, termasuk penginapan dan kereta sewa yang merupakan imbuhan balik. Pejabat menempah Air Asia, ironically-nya sebaik tempahan dibuat, berita kehilangan pesawat syarikat penerbangan tersebut dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubingi. Namun, oleh kerana ia mungkin satu kejutan tapi tragedi yang kedua kalinya terjadi kepada Malaysia, aku tidak begitu kaget. Aku terima dengan redha akan berita tersebut dan yakin perjalanan aku kelak akan dilindungi.

Pertama kalinya juga aku menjejakkan kaki di KLIA2, yang selama ini hanya aku dengar dengan kehebatan kemudahan membeli belah di dalam 'airport' atau sebaliknya. Aku naik ERL Transit dari Stesen Putrajaya, kadar tambang RM6.20 untuk perjalanan selama 15 minit sahaja. Cukup nyaman.

Sebaik aku melangkahkan kaki keluar dari tren, kedai Uniqlo telah menyambut ketibaan. Agak keliru dan buntu seketika. Langkah-langkah yang seterusnya hanya membawa aku masuk ke dalam sebuah kompleks membeli belah terkemuka seperti di ibukota. Mata juga meracau membaca setiap papan maklumat dan arah untuk ke Balai Perlepasan. Aku tidak pedulikan kedai-kedai apa yang ada, yang penting, aku mesti berada di Balai Ketibaan pada waktu yang sepatutnya. 

Penerbangan berlepas tepat pada waktunya, namun cuaca di luar masih hujan. Kapten pesawat memaklumkan cuaca di Kuala Terengganu juga begitu dan kehadiran awan-awan tebal akan menyebabkan penerbangan sedikit tidak selesa.

Syarikat penerbangan ini bukan menjadi kegemaran aku, tapi aku tiada pilihan. Mujur penerbangan hanya satu jam, maka posisi duduk yang tidak selesa tidak lama sangat. Jika lebih dari satu jam, aku pasti memilih syarikat lain.

Walaupun telah banyak kali sampai di KT tapi kali pertama dengan penerbangan. Binaan 'airport' KT (Sultan Mahmud Airport) sungguh tradisional dan suasana tidak semeriah KLIA atau KLIA2. Mungkin bukan musim puncak. Kereta terus disewa di 'airport' dan terus ke TH Hotel hanya 3 minit pemanduan. Sebuah hotel baru yang menawarkan kemudahan bilik serba lengkap pada kadar yang mungkin sedikit tinggi untuk aku 'budget traveller'. Tapi asal boleh 'claim' takpe. Kalau untuk bercuti, aku pilih 'homestay'.

Hujan masih gerimis sejak kami mendarat sehinggalah 2-3 jam ke petang bercampur angin yang semakin mendinginkan. Perut mula berkeroncong, mungkin kerana 'skip lunch' dan cuaca sejuk (alasan). Ex-roomate sewaktu di kolej telah aku hubungi tapi tidak berkelapangan untuk menjadi 'food guide' minum petang. Inshaa Allah, dengan sedikit ilmu memandu di KT, aku redah arah ke pusat bandar, lebih kurang 15 minit perjalanan. Tidak sukar untuk mencari tempat makan. Nasi kerabu sebagai hidangan minum petang mungkin agak 'overkill' tapi oleh kerana sudah menjadi santapan qadha' tengahari, aku terkam.

Aku kembali ke Gong Badak untuk bertemu dengan sahabat lama yang sudah bertugas di sini selama 14 tahun dan beristerikan orang Seberang Takir. Kami bersembang panjang, kembali mengikat silaturrahim yang telah lama terputus sambil dihidangi Kopi 'O' panas ketika hujan tiba-tiba menjadi sangat lebat. 

Disebabkan makan tengahari menjelang lewat petang, kami berjanji untuk makan malam lewat sedikit. Aku kembali ke hotel untuk berehat, hujan sudah kembali gerimis tetapi masih tetap hujan. Ini pengalaman kedua tengkujuh di Terengganu. Sekitar awal 2000, aku berada di sini dan Dungun untuk menziarah sahabat ini sewaktu dia mula bertugas. Fenomena cuaca yang cukup dramatik.

Beliau memperkenalkan hidangan makan malam di Pulau Duyung dan berjumpa seorang lagi sahabat kolej lama. Keadaan masih gerimis dan kelihatan kereta penduduk Pulau Duyung sudah diletakkan di pinggir jambatan untuk kedudukan yang lebih tinggi. Perasaan sedikit cemas tatkala kami menghampiri kedai makan yang terletak di tepi sungai, dan paras air sungai sudah hampir mencecah tebingnya. Begitu juga beberapa kapal yang ditambat di jeti kelihatan sudah begitu hampir dan lebih tinggi dari struktur bangunan kedai makan.

Untuk tempoh kami menjamu selera, kelebatan hujan silih berganti dari gerimis ke lebat dan kembali gerimis buat beberapa kali. Sesekali perbualan terhenti tatkala air takungan dari bumbung kedai melimpah ke tanah dengan dentuman yang agak kuat. 

Sahabat sempat membawa melihat beberapa kawasan banjir di Manir, yang kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Dalam sejuk dan gelap lewat malam itu, aku cuma mampu berdoa tatkala melihat beberapa rumah yang sudah ditenggelami air. Namun mungkin, keadaan lebih kritikal di kawasan-kawasan terjejas seperti yang diberitakan.

Berdasarkan info-sembang kami, juga maklumat dari sahabat, terdapat beberapa sebab musabab yang secara langsung menyumbang kepada keadaan cuaca yang sebegitu, hampir setiap tahun. Antaranya perlepasan air dari empangan Kenyir yang menghampiri tahap bahaya ke rangkaian sungai-sungai yang mengalir ke arah laut, dan juga kerja-kerja persisiran pantai yang sedikit sebanyak mengubah keadaan geografi pantai.

Namun, sepanjang aku berada di sini bukan untuk bercuti, aku lebih berpeluang menyaksikan suasana kehidupan yang lebih perlahan tanpa kehadiran sibuk dan huru hara kotaraya. Agak cukup sesuai untuk suasana berkeluarga.

Monday, December 29, 2014

Musim

Bulan Disember memang musim segala musim yang disatukan ke dalam satu bulan. Musim yang menyajikan berbagai kerenah manusia dan alam. Dilihat secara menyeluruh, kita ada:
  1. Musim cuti sekolah
  2. Musim berkhatan
  3. Musim keputusan peperiksaan
  4. Musim walimatul urus
  5. Musim cuti-cuti Malaysia
  6. Musim tengkujuh
  7. Musim kembali ke sekolah
Banyak tak? Kalau nak disumbatkan ke dalam 31 hari memang padat. Maka segalanya bercampur aduk di antara suasana, keadaan dan emosi. Siapa kata Malaysia cuma ada 1 musim aje? Kalau negara lain ada 4 musim, kita lebih dari tu.

Aku tidak ketinggalan untuk mengisi beberapa perisian dalam hampir 6 minggu cuti sekolah ini, terutamanya perisian untuk anak-anak. Seberapa boleh, aku ingin menjadikan cuti panjang ini sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk kami sekeluarga dari membiarkan masa terbazir begitu aje. Contoh paling lumrah, membiarkan anak-anak melekat di kaca TV sama ada mengkayakan Astro ataupun bermain PS atau Xbox. Atau lebih tenat lagi, melekat dengan 'smartphone'. Penghujungnya mereka 'berjaya' dalam setiap aspek komunikasi dan sosial. Bangga?


Beberapa perancangan juga telah kami atur terutama belanjawan dan perjalanan ke luar kawasan (bercuti). Perancangan belanjawan paling penting kerana hampir semua melibatkan kos, dan tanpa perancangan, menjelang hujung tahun akan mengakibatkan huru hara. Yang mana menjadi keperluan utama kami dahulukan seperti perbelanjaan untuk kembali ke sekolah. 

Kami selesaikan pembelian buku dan pakaian sekolah sebaik memasuki Disember. Sementara kewangan masih kukuh dan stok buku masih ada dan saiz baju masih banyak pilihan. Baru tahun ni kami memilih untuk sedikit perubahan. Belajar dari kekurangan perancangan yang lepas-lepas.

Dah selesai bab sekolah, perancangan bercuti juga telah diatur beberapa bulan yang lalu bagi merebut tawaran tiket penerbangan yang berpatutan. Menjelang Disember kami cuma perlu berbelanja sedikit sahaja untuk 'ground arrangement'. Alhamdulillah dapat merasa bawa sekeluarga dan bonda naik kapalterbang bercuti. Antara tujuan utama ialah membawa dan mendidik keluarga mengembara melihat ciptaan Allah s.w.t. yang sungguh luar biasa.

Dalam pada itu, terkait juga dengan bahang peperiksaan UPSR dan PT3 yang sedikit masa dulu sungguh kontroversi. Keputusan diumumkan pada bulan Disember. Maka bersaksilah kami dengan pelbagai emosi di seluruh tanahair. Masa kami belum tiba tapi 2015 didoakan segala urusan anak-anak dipermudahkan-Nya dengan memperoleh kejayaan.

Dalam bulan ini jugak, setiap hari yang terluang dengan cuti hujung minggu mahupun cuti umum akan direbut untuk melangsungkan perkahwinan. Fenomena yang semakin menjadi isu perbualan terutama topik berbelanja. Aku cukup ngeri melihat kos yang dibelanjakan oleh setiap mereka yang berkahwin pada zaman ni. Cukup gerun. Diibaratkan berbelanja macam hendak hidup sehari tu je, sedangkan kehidupan selepas kenduri tu yang patut disediakan. Aku dah kerap sangat dengar pesan ustadz pasal isu ni tapi malang sekali konsep kesederhaan telah dipejamkan oleh kegemilangan 'glamour' dalam konsep 'raja sehari'. Bangga?


Dalam kita sibuk bersuka ria menyambut menantu, menyambut mempelai di atas pelamin sewaan beribu ringgit, saudara kita telah diuji oleh-Nya dengan kehadiran musim tengkujuh yang sudah lama tidak melanda kawasan-kawasan popular seperti pantai timur. Ujian kali ni agak lebih serius dan melibatkan ribuan mangsa. Observasi aku juga menyaksikan mereka yang berkemampuan tidak akan melepaskan peluang ini untuk terus berinfak harta, wang, masa dan tenaga kerana ganjaran yang telah dijanjikan Allah s.w.t. Sesuatu yang fenomenal. Kesedaran berinfak sudah menjadi sesuatu yang dikejar. Alhamdulillah. Tapi tetap masih ada segelintir yang langsung tidak ambil peduli malah lebih teruk lagi mengambil kesempatan di atas kesusahan sesama saudara.

Jika aku senaraikan kesemua kejadian dan dilihat secara holistik untuk 2014, mungkin ia membantu untuk memotivasikan diri kita dalam memuhasabahkan diri untuk mengenali diri kita dan Yang Maha Pencipta. Antaranya:
  1. Kehilangan pesawat MH370
  2. Kemusnahan pesawat MH17
  3. Kertas soalan UPSR bocor
  4. Konflik mengadakan PMR atau PT3?
  5. Konflik harga minyak yang tidak menentu
  6. Kematian 6 pengunjung konsert akibat 'over-dose' dadah
  7. Konflik penolakan hukum Allah secara terang-terangan
  8. Konflik coklat tidak halal
  9. Pengumuman GST
  10. Pencabulan hak rakyat Palestin oleh Yahudi ketika Piala Dunia
  11. Pemboikotan produk Yahudi
  12. Keputusan PT3 yang teruk
  13. Banjir besar di beberapa negeri terutama Pantai Timur
  14. Yang paling terkini...kehilangan pesawat Air Asia QZ8501
Cuba lihat. Adakah kita sedang menuju ke arah merapatkan diri dengan Allah s.w.t. atau sebaliknya (Na'uzubillah)? Adakah gambarannya kita sedang mendapat rahmat Allah atau sebaliknya?

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ ٱلنَّاسَ شَيۡـًٔ۬ا وَلَـٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَہُمۡ يَظۡلِمُونَ (٤٤)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi 
manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri (44) - Surah Yunus

Wallahu'alam

Tuesday, December 16, 2014

Borneo Trip

Asal hujung tahun aje, mesti nak jalan. Asal nak jalan aje, mesti kena hujung tahun. Sebabnya, tak tau. Mungkin sebab cuti sekolah lebih panjang, jadi kesesakan dapat diimbangkan jika berbanding dengan kesesakan yang dimampatkan akibat cuti sekolah pendek. Tapi untuk aku, cuti hujung tahun membolehkan aku untuk mengumpul sedikit dana dan merancang dengan lebih teliti supaya perjalanan percutian lebih teratur. Nama pun nak bercuti, jadi kita tak mahu keadaan yang kelam kabut dan 'adhoc'. Kalau masih muda dan bujang, tak mengapa.

Tahun ni, kami pilih Sabah, negeri di bawah bayu. Pembelian tiket penerbangan telah dibuat seawal bulan April. Tempahan homestay pula dibuat pada bulan Oktober. Kami telah memilih Malaysia Airlines untuk menikmati perkhidmatan yang selesa, dengan harga tiket yang agak berbaloi. Kami memilih 'homestay' kerana bilangan kami ramai di mana penginapan di bilik hotel tidak praktikal dan mahal.

Untuk aku, Sabah memang berbaloi untuk mereka yang pandai menghargai keindahan dan keunikan alam semulajadi. Untuk yang bermatlamat untuk membeli belah, mungkin tidak praktikal kerana harga barangan mahal sedikit dari Semenanjung. Melainkan anda berkehendakan dan meminati mutiara dan ikan masin.

Percutian kami sepanjang 4 hari 3 malam. Jadual penerbangan ditempah pada jam 8.30 pagi dari KLIA untuk memberi sedikit kelegaan dari terkocoh-kocoh dan kontinjensi.

Tapi, sesungguhnya Allah swt memberi ujian tidak mengira masa. Pengajaran untuk kami sekeluarga. Nak pergi ke Sabah, dan mungkin Sarawak juga, setiap ahli diwajibkan membawa dokumen pengenalan diri yang asal. Anak aku yang kedua belum ada mykad mahupun mykid. Kami hanya membawa salinan imbasan sijil kelahirannya. Setibanya di kaunter KLIA, salinan imbasan tidak diterima. Lantas, kecekapan aku memandu kenderaan selaju 180 km/j telah teruji apabila kami terpaksa pulang ke Cheras untuk mengambil dokumen asal. Alhamdulillah, kami selamat sampai semula di KLIA 30 minit sebelum berlepas.

Setelah dikira-kira, kos meletak kereta di Medan Letak Kereta A, KLIA jauh lebih murah untuk 4 hari, jika dibandingkan dengan kos menyewa teksi dan menggunakan tren ERL. Dengan hanya bayaran RM144 cukup berpatutan.

Aku jarang-jarang menggunakan penerbangan, jadi setiap detik dinikmati secukupnya. Begitu juga kelihatan di raut muka anak-anak dan keluarga yang nampak gembira. Jika mereka gembira, maka gembira lah aku. Alhamdulillah.

Lawatan terakhir dan terulung aku ke Sabah pada tahun 2007. Hanya berobjektif untuk memanjat Gunung Kinabalu dan pulang. Tapi sebaik menapakkan kaki di KKIA, suasana dan persekitaran di bandar Kota Kinabalu ternyata telah berubah. Kesesakan dan pembangunan sudah mirip KL. Pembinaan bangunan-bangunan baru di sekitar bandar memaparkan imej pembangunan sejagat. Cuma iklimnya masih kekal panas dan nyaman kerana kedudukan bandar KK dipinggir laut. Hampir serupa dengan Penang.

Ketika berada di KL lagi aku telah mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkenaan Sabah dan tempat-tempat lawatan. Senarai maklumat memudahkan aku merancang jadual perjalanan dan masa. Antara yang disenarai pendekkan ialah:

  • Sunset di Tanjung Aru
  • Musical Fountain di Perdana Park
  • Tuanku Abdul Rahman Marine Park
  • Rumah Terbalik di Tamparuli
  • Jambatan Tamparuli
  • Kinabalu National Park
  • Desa Cattle Farm di Kundasang
  • Luanti Fish Spa di Tagal Moroli
  • Poring Hot Spring dan Canopy Walk

Senarai pendek sedemekian juga sudah kami rasakan kesuntukan masa 4 hari. Tapi Alhamdulillah kami dapat menikmat setiap lawatan secukupnya.

Sunset di Tanjung Aru sungguh mempersonakan

Aktiviti Para Sailing dengan kadar paling murah sukar untuk kata 'Tidak'

Himpunan kepulauan

Jeti Pulau Manukan menyambut ketibaan

Penginapan eksklusif untuk yang istimewa

Pengamatan Kampung Pasir Putih (kampung terapung), Pulau Gaya

Jambatan Tamparuli

Pekan Nabalu untuk onde-onde

Tipohon Gate, Kinabalu National Park untuk yang lasak

Desa Cattle Farm, Kundasang mirip New Zealand

Mt Kinabalu dari anjung D'izz Homestay selepas subuh ciptaan Ilahi

Canopy Walk di Poring Hot Spring National Park


Monday, December 8, 2014

Stuff

OK, this is linear stuff. Weekend warrior stuff equals blog updates. Hence, I was on my bike yesterday, in an event. It was the PKNS Bernam Jaya Mountain Bike Jamboree. Without proper preparation, it was regrets upon regrets. 

The wet season provides tonnes of soggy and sticky stuff on the trail and on to my bike. My zero stamina adds up to the difficult situation. The outcome was devastation. I was 'crawling' inch by inch at every undulation in that palm oil estate. And the very last effort back to the finish line almost emptied me.

Never underestimate things. Never take things for granted.

Honestly, when I woke up at 4.00 that morning for the rendezvous and travelling to Tanjung Malim, my mind simply can't digest the effort. It was kind of crazy. Logically, I should be waking up a bit later for the usual, or shall I say the 'newer'/modified kind of morning chores. Like morning breeze walking or neighbourhood cycling followed by family breakfast. 

I think it is no more my kind of thing. My days have passed. At this era, I could use a different kind of useful things approaching my later years. Perhaps I had enough of rugged and adrenaline stuff. It is almost time to slow down the pace. 

But, I will try my best to update the blog. Maybe different kind of activities and perspectives. But, cycling is still my passion, only is, the gentler kind of cycling for now. 

Tuesday, December 2, 2014

Rest

Oh my goodness! I've been away far too long and there was not a glitch of guilt across my heart for not updating this. Perhaps I've been busy? Sometimes. Or perhaps due to the absence of weekend warrior stuff. That should be the strongest reason.

I've been away from my bike for almost a month now. As schedules and plans dropped by each and every weekend, keeping me occupied for what seems like a switch of priorities now. Work plans, outstation, family matters and of course emergencies adds up to the colour.

I've been building 'muscle' mass from the absence, and walking up to the weight scale have been my greatest fear. This is the opposite of my previous weight gaining programme. Now it's about maintaining it and not gain any more. I can feel the surplus-ness, and it is not something I should be proud of. As a matter of fact, I felt lousy. 

More sleep. More lazy. Body reacts to the slightest of climate change and food intake. Reacts negatively I mean. Heart rate jumble sporadically without any reason. It is so uncool.

I took my best effort to invest an hour everyday cycling leisurely. No, I don't chase the sweat and train hard like I used to. It is moderate now. Just enjoying the companionship of fellow newbies cycling between housing areas while chit chatting.

This coming Sunday completes the 4 weekends zero warrior stuff, which I don't plan to pursue further with the same manner for the coming week.

OK I did modify the work out a bit. Instead of the usual cycling stuff, I went hiking up Bukit Broga. With fellow neighbours and my kid, which have the best slower pace that I expected. Love coming back to the outdoor, I missed it.

At least it adds to the variety rather than stuck with the same cycling stuff. With more family plans coming up along the school break heading to the end of 2014, I don't plan for anything big but just to stay loose with maintenance exercise regularly. 

Tuesday, October 14, 2014

Kayuh dengan GeKaMaChePe

Hujung minggu yang baru lepas aku decide untuk mengurangkan intensiti sesi letihan memandangkan minggu raya Qurban agak hectic untuk badan yang berusia ni. Sahabat dari Sri Gandos pun masih dalam mood raya agaknya & ada yang menghadiri kenduri di kampung.

Untuk kayuhan yang lebih sederhana tanpa perlu fokus 100%, aku cangkuk kenalan baru, GeKaMaChePe. Depa nak kayuh di Mardi, Serdang. Cantek sangat tu. Since aku tak pernah kayuh di sana, boleh la recce sekali trail yang ditawarkan.

Since fork di Niner masih di woksyop, aku terpaksa membuat rancangan kontinjensi. Terpaksa ‘pinjam’ balik basikal touring/mtb aku yang tuan imam kami pinjam beberapa bulan yang lalu...maafkan saya tuan imam. Oleh kerana tuan imam dah pasang balik suspension fork & tayar off-road, maka kerja aku nak convert balik dari basikal touring ke mountain bike tidak memerlukan banyak kerja. Aku cuma perlu turunkan ketinggian stem dan buka pannier rack untuk geometri dan berat basikal yang lebih sesuai untuk off-road. Kerja-kerja modifikasi siap dalam 30 minit. Alhamdulilllah.

Walaupun badan agak lemau tatkala aku tamat kelas pada petang Sabtu tersebut, aku kuatkan semangat untuk kayuh jugak esoknya. Jangan sampai menyesal jika tak kayuh ye. Sebaik aku tiba di lokasi rendevouz, sepantas kilat aku menggelungsur kembali ke zaman aku mula-mula kayuh dulu. Begini lah senarionya, cukup similar sekali.

Dengan attendance yang casual dalam menepati masa (tak tepat masa ler tu), ada yang baru nak pam tayar, ada yang baru nak adjust seat post, ada yang baru nak pi isi minyak kereta. Ada pulak yang terbawak abang punya wallet dalam kereta. Aduuuuh...nak nanges campur ketawa pun ada gak.

Janji 7.45 a.m., kul 8.15 a.m. jugak kami baru bergerak menuju ke Mardi. Layan kan aje. Dalam perjalanan tu pun, sempat lagi sebijik kereta tak alih-alih hilang...masuk segitiga bermuda agaknya. Tapi konvoi beramai-ramai macam ni lah yang aku dulu duk kerabat hampir setiap minggu ke seluruh pelusuk Lembah Klang mencari trail kayuh.

Sampai di Mardi, kami disambut oleh satu group lagi yang sepatutnya menjadi guide kami di dalam trail. Total rider semua dah hampir 20 orang. Cukup meriah. Iklan sat...ada member tertinggal kasut. Nasib baik member lain bagi pinjam Crocs.

Untuk 5km yang pertama kami menuju ke trail head yang masih maya. Puas jugak aktiviti ‘follow-the-leader’ mencari trail head ni. Dah masuk semak, keluar semula. Masuk yang lain, pun salah. Ada gak 3-4 cobaan, tapi cobaan terakhir membuahkan hasil. Tapi memang mesti jugak yang terakhir sebab sebelah tu dah Lebuhraya Selatan Lembah Klang.

Awal-awal dah bagi bukit ammah, so kena tolak basikal. Sikit je buat tegang otot & pecah peluh. Lepas tu kami dah mula off-road di lebuh hutan belakang Mardi ni. Ternyata banyak jaringan denai yang ada kat sini. Kami Cuma ikut aje orang depan, walaupun ada juga terkedu bila terjumpa persimpangan dan beberapa argument di kalangan leaders berlaku. Aku perati kan aje.

Separuh masa kedua kayuhan, kami dihidangkan oleh bukit yang lebih teruk dari ammah. Maybe aku kena panggil hat ni...ammmmaaah! Bukan aje bukit tapi bukit bukau, turun naik macam roller coaster kat Gold Coast. Skill tonggek atas basikal sangat significant untuk berjaya di setiap pendakian.

Hat yang muda-muda belaka, dah attack awal-awal bukit pertama dan kedua. Hat yang otai-otai macam aku, chill dulu sebab enjin disel memang lambat panas. Depa attack macam tiada esok bagi mu. Aku sedar aku siapa, sebab hari ni aku bawak kuda 7 speed aje...memang boleh jatuh kategori pecah gasket enjin kalau silap rammed.

Total semunya kalau tak silap ada 4 bukit. Serangan dari pejuang-pejuang terawal dah mula menampakkan casualties. Masing-masing dah mula menghembus nafas kerbau dan terkaku di tepi-tepi denai.

Bukit ketiga memang yang paling tinggi dan paling curam. Tak mampu aku nak memanjangkan dengung dan harakat perkataan ‘ammah’ di sini sebab tersangkut nafas bila tengok. Dari kakinya aku dah mula shift ke gear yang paling hujung dan tiada gunanya jika aku attack. Itu bukan strategi yang bagus.

Memang keluar manik-manik peluh di lengan dan dahi setiap kali pusingan crank dijana oleh kedua-dua kaki. Misi ialah untuk menghabiskan kayuhan sehingga ke puncak.

Aksi ketap gigi berakhir di puncak bukit ketiga. Memang kaki meronta & menjerit-jerit dengan beban kayuhan. Aku ambil 5 saat break sementara mengkaji bukit yang terakhir terbentang di atas dan menyambung semula pendakian. Hanya dua orang yang sampai dulu di atas. Hampir 15 minit selepas kami puas bersembang sambil berehat dan menunggu yang lain, tapi tak muncul-muncul. Pelik, sorang pun tak menjelma. Depa patah balik ke?

Nak puaskan hati, aku kayuh turun balik. Tu dia, semua duk berkelah sakan kat puncak bukit ketiga. Nasib baik aku jerkah awal sikit, if not aku rasa ada yang dah bentang toto atau tanak nasik. Adeh...

Suasana dah memang sebijik macam kenduri. Kecoh masing-masing sembang walaupun hidung dah bukak injap pelepas maksima. Tambah meriah lagi bila ada satu lagi group baru sampai. Tu dia. Pasar tani Mardi dah jadi macam pasar borong. Like.

Macam-macam kerenah, perangai, keluhan, luahan, sharing, pesanan, tazkirah...semua ada. Sampai kan tak alih-alih, ada sorang sedare pesan kat aku suruh aku bukak bar-end, dengan alasan merbahaya. Eh?! Beriya-iya dia suruh aku bukak. Dah satu abad aku kayuh dengan bar-end, dia pulak bagitau merbahaya. Memang la berisiko jika kayuh di tengah-tengah hutan tebal yang boleh terrrr-sangkut pokok, tapi jalan kat Mardi ni, kereta lembu pun boleh memotong. Tapi takpe, terima kasih dengan reminder. Nampak dari gaya, brader ni memang dah berusia tapi masih noobie dalam kayuhan. Maybe ada la 2-3 jamboree up his sleeves, tu yang merak semacam pagi tu. Kena plak ada makcik kat sebelah yang ride sama dalam group dia. Kelllass kau nyah!

Berakhirnya semua bukit, kami mendapat ganjaran downhill sejauh hampir 20 minit. Aku tak layan sangat sebab basikal guna v-brek dan suspension fork keras macam buluh lemang. Kalau ada niner, aku rasa aku pun akan merak macam brader tadi.

Tengah duk layan sentimental konar lipat, sorang geng MaChePe tayar bocor. Aku stop untuk bertanya khabar. Malang sekali, dia tak bawak spare tube dan spare tube aku tak menepati saiz wheel dia. Tak dapek den nak menolong. Sambil slow-slow aku continue kayuh meninggalkan dia, aku berasa pelik kenapa dia tak bawak spare tube sedangkan persiapan self-support dalam aktiviti kayuhan ni dah jatuh kategori mandatory.

Berakhirnya downhill, maka berakhirlah kayuhan kami pada hari tu. Kami singgah la kejap kat air terjun yang tersangat comel di situ sebelum kayuh balik ke parkir.


Jam masih awal, so kami menjamu selera untuk late breakfast di kedai mamak Seri Serdang sambil aku cuba mengenali lebih rapat sahabat-sahabat baru aku ni.

Monday, October 13, 2014

Nilai Murni dan Ilmu

Hari silih berganti. Minggu datang dan pergi. Aku kembali menghadiri kelas pengajian hujung minggu setelah beberapa kelas ditangguh akibat cuti umum. Mungkin bagiku topik pengajian pada minggu ini banyak kepada ulangan yang lepas, akan tetapi pengalaman tenaga pengajar yang dikongsikan sungguh luarbiasa. 

Pengalaman beliau hampir 50 tahun sangat berharga dan patut aku rakamkan demi penambahbaikan budaya dan bangsa kita.

Segalanya berhubung kait dengan nilai sejarah bangsa kita. Sudah tentu, topik sejarah merupakan salah satu bidang yang semakin menjadi 'sejarah'. Kita yang berada dalam jajaran 'main stream' sudah tentu lebih alpa dan terdorong dengan budaya moden dan siber, yang lebih laju membebaskan maklumat di seluruh jaringan (network) sesama sahabat handai dan kenalan. Dalam masa yang sama, kita semakin meninggalkan langkah-langkah lesu dan 'serene' yang membawa kita kembali ke susur galur kita.

Disebabkan arus kemodenan yang terlalu drastik yang sudah menjangkau hampir 15 tahun, kita hanyut dalam pembangunan itu sendiri. Tema 'pembangunan insan' yang seringkali kita dengar, ternyata hanyalah 'proxy' tanpa hujung dan matlamat. Tema mendaulatkan bangsa dan agama hanyalah mainan di bibir setiap di antara kita, dan lebih teruk lagi digadaikan demi wang ringgit dan kuasa. 

Begitulah senario yang berlaku di tanah kelahiran kita. Itu lah perjuangan yang disandarkan selama ini dan yang pastinya, perjuangan tersebut jika tidak kembali ke jalan yang benar, ia hanya akan membawa kerugian kepada kita dan kebinasaan kepada zuriat kita.

Kita tidak perlu menjelajah ke setiap pelusuk dunia hanya untuk menuntut nilai-nilai ilmu. Perkongsian kenalan dan tatapan melalui media juga bernilai jika kita bijak memilih. Berikut adalah beberapa senario yang boleh kita dalami dan timbalbalas:

  1. Nilai ilmu di Jepun sangat didaulatkan sehingga perkembangan dan pembangunan ilmu begitu pesat. Bayangkan saiz RAM komputer kita yang bersaiz sebuah negara seperti Jepun. Selain ilmu dan teknologi mereka yang sudah sememangnya terkenal serata dunia, mereka sentiasa mendukung daulat ilmu itu sendiri. 
  2. Dasar Pandang ke Timur. Masih ingat lagi tentang kempen tersebut? Mu'alim kami sempat berkongsi cerita. Di Jepun, buku tersangat banyak sehinggakan bahan bacaan terdapat secara percuma hampir di semua kawasan awam seperti kedai kopi dan di dalam kereta api laju. Buku tersusun kemas di rak-rak atas. Sangat luarbiasa. Yang lebih luarbiasa ialah ketulusan warga mereka. Lepas baca, letak balik. Jadi, seminggu pergi dan balik kerja naik 'train', dah boleh khatam satu novel.
  3. Oleh kerana terlalu laju perkembangan ilmu dan berita di sana, akhbar harian diterbitkan setiap 2 jam. Jika kita bermusafir di dalam kereta api laju dari Johor Bahru ke Perlis, mungkin kita boleh khatam 3 edisi akhbar pada hari tersebut, pembelian setiap 2 jam di stesen berikutnya.
  4. Oleh kerana terlalu hebatnya sikap dan mentaliti mereka, mu'alim kami terlupa dan meninggalkan kunci rumahnya di lubang kunci pintu selama seminggu bertugas luar kawasan, rumahnya selamat tidak disamun.
  5. Oleh kerana begitu serius mereka mengambil isu amanah diri, mu'alim kami dimarahi oleh touke kedai kerana cuai tertinggal 'handphone' di atas meja makan. Atas alasan, sikap cuai beliau akan hanya menanam sikap jahat ke atas sesiapa yang menjumpai 'handphone' tersebut untuk tidak memulangkannya.
  6. Mereka memartabatkan diri dengan kekuasaan ilmu di dalam diri. Lebih banyak ilmu mereka, lebih bernilai diri mereka. Kita...memartabatkan material seperti kereta, rumah dan pangkat untuk mengekalkan ego kita. 
Itu antara yang aku mampu rakam dalam 'hard disc' aku yang semakin 'outdated' dimakan usia, walaupun hampir setiap hari aku 'clear cache'. Mungkin senario yang berlainan dari perspektif berlainan di kalangan kita. Mungkin juga ada unsur kurang elok di sana, tetapi adalah lebih baik kita memandang yang elok sahaja untuk dijadikan tauladan. 

Aku yakin, dengan bimbingan dan cara aku dibesarkan di sini sejak 40 tahun yang lalu sudah cukup kuat akarnya seperti yang sedang berlaku di Jepun dan negara-negara serumpun dengannya. Semua nilai-nilai murni juga menjadi silibus pendidikan sekolah anak-anak aku. Pendidikan sivik, tatarakyat dan sebagainya. Tapi kenapa masih lagi yang nyata di pandangan kita, nilai-nilai murni tersebut hanya seperti dedaunan kering ditiup di kaki lama? Dan masyarakat semakin jahil dan terus dijahilkan, menghasilkan keruntuhan akhlak saban hari.

Aku yakin, nilai-nilai murni jika digandingkan dengan ketauhidan dan keimanan yang tekad, kita mampu menjadi lebih baik dari Jepun. Sama-samalah kita berdoa dan terus berusaha.

Wednesday, October 8, 2014

Semanis Kiara

Sehari selepas ibadah qurban memang badan masih lemau. Honestly, aku akui aktiviti ibadah qurban ni jika kita involve dari A sampai Z dan kerja dengan seikhlas hati, memang macam pergi gym. Itu aku la. Yang tak rasa penat maybe korang dah power, asal jangan riak sudah ler.

Dah seminggu depa plan nak kayuh di Bukit Kiara. Dah lama jugak aku kepingin nak layan kayuhan di hutan belantara. Selepas tragedi pedal patah di sini bulan lepas, aku berasa terhutang untuk kembali beraksi. Chewah.

Walaupun badan yang masih separuh lemau, aku gagahkan jugak sebab dah berjanji. Lagi pun, it should be just an easy one yang tak involve long taxing ride macam road. Akan tetapi, the story become interesting dengan beberapa adegan terkelendat yang terjadi.

Malam sebelum kayuh, aku dah sumbat bike dalam kereta. Pepagi, nak start engine, aku dah terkedu sebab bateri sudah kaput. Walaupun kononnya aku dah siap bangun awal & breakfast dengan family. Then, everything jadi kelam kabut sikit sebab nak kena nego dengan wife untuk guna kereta dia instead. After beberapa janji politician ditabur, negotiation berjaya dan aku kena pindahkan bike ke kereta wife. Bab pindah randah kalau tak cool, memang ada potensi barang tercicir. Aku triple and dribble check untuk confirmkan.

Sampai di taman tun, masih ada lagi geng yang belum sampai. Gangguan saraf penghadaman sebab terlebih bedal rendang raya agaknya. Maka, kami terpaksa mula kayuh lewat sikit seperti yang dirancang.

Ramai pulak mountain bikers pagi tu di Taman Lembah Kiara. Even melimpah sampai di sekitar taman tun sendiri. Dah macam ada pesta or jamboree la pulak. Joggers pun sama ramai. Our ride guide, bro Yeop dah macam VIP turun padang bila dia bz melayan setiap bikers yang dia jumpa sepanjang jalan. Maka, kayuhan dah terhenti-henti macam perkhidmatan Selangor Omnibus.

Hari ni Yeop nak bawa kami ke Kampung. Salah satu cabang trail lama yang sampai ke kampung di Segambut. Memang antara trail yang epic kami layan hampir setiap minggu zaman aku kerap ke sini. Aku rasa sekitar tahun 2005-2006 kalau tak silap. 

Walaupun hutan simpan Bukit Kiara ni kalau tengok dari Google Earth nampak macam seciput aje, tapi dengan kegigihan trail builder (mountain bikers jugak actually), punya lah banyak trail network dalam ni. You can easily spend 2-3 jam kayuh dalam ni ikut macam-macam jenis trail yang ada. Tabik aku dengan perintis-perintis trail dulu. Antara yang paling banyak berjasa ialah Mr. Pat Brundson, seorang expat dari Canada yang sangat gemar dengan Bukit Kiara sampai dapat gelaran Penghulu Kiara.

Trail mountain Bukit Kiara ni memang terkenal dengan level difficulty dia. Tersangat teknikal sehingga terkenal di seantero Asia Tenggara. Setiap tahun memang ada race di sini, malangnya tahun lepas was the last. Aku sempat jugak la masuk beberapa siri tapi memang mostly ranking terkujat la.

Too bad, the race dah tak boleh nak buat disebabkan beberapa kekangan pihak luar. Yang paling sedihnya ialah tindakan pihak berkuasa tempatan, DBKL dan Jabatan Landskap Negara yang kononnya plan nak take over hutan ni & nak convert jadi satu kawasan landskap terbesar di KL. Hasilnya, disebabkan tiada perancangan dan bajet yang definitely ciput atau terlebih corrupt, beberapa initial activity depa lebih banyak memusnahkan dari memulihara. Takpe, Malaysia boleh!
Hangpa duk biaq hutan tu lagu tu pun takpa, bagi kami geng basikal jaga. Lagi pun kami bertapak bawah NGO yang bernama TRAKS.

So, dengan saki baki trail dan hutan yang masih belum terjejas dek ketamakan mereka, kami layan apa yang ada. Trail masih penuh dengan kemanisan dan lazat. Hanya manikam aje yang boleh mengenal jauhari. Tak mampu aku nak describe macam mana nyaman dan puas. Kalau trail running kat sini pun tak sama feel dia.

Trail ke Kampung agak tertutup dengan rimbunan dan pokok tumbang. Kayuhan kami tidak begitu lancar tapi sebab dah turun separuh jalan, tak larat den nak patah balik.

Some of us terpaksa cut short our ride sebab kena balik awal, termasuklah aku. Badan pun mula nak layu. Kaki pun dah mula berat. Ni semua alasan yang benar belaka. 

Tragedi Oktober yang seterusnya terjadi bila aku kelam kabut nak packing bike masuk kereta. Tayar depan tertinggal depan kedai tempat aku park kereta. Aduh. Dah sampai Cheras baru aku teringat. Kelam kabut aku call geng yang sepatutnya masih belum balik. Alhamdulillah member tolong pi amikkan.

Bawah ni ialah trail map Bukit Kiara yang rasanya terkini (yang kaler hijau). Banyak yang dah pupus sebab kena bulldoze dengan siput babi pemaju & pihak berkuasa. Yang merah tu memang angkara pengkhianat alam semula jadi, pemaju perumahan berprestij kononnya.  Boleh lihat rangkain trail yang asli berbanding dengan kerakusan pihak berkuasa gila kuasa.



Tuesday, October 7, 2014

Qurban al-Ansar 1435H

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu lagi Eid Adha 1435 Hijrah. Entah tahun ke berapa aku decide untuk beraya di Selangor aje instead of balik kampung, walaupun raya jatuh pada long weekend break. Announcement kenaikan harga minyak sebelum raya membuatkan semangat terbantut untuk pulang ke kampung.

Seperti biasa, jemaah kawasan kami tidak akan ketinggalan untuk merebut keberkatan dari ibadah qurban, 7 ekor semuanya. Aku kena lead lembu no. 3. Sedangkan aku bukan terer sangat pun hukum hakam ibadah qurban tapi dengan tanggungjawab yang dipikul, aku cuba sedaya upaya menjayakan amanah diberi. Just nak kena make sure ibadah qurban untuk lembu no. 3 ni berjalan lancar dengan tenaga kerja yang cukup, kemudahan tempat menyembelih, peralatan, tempat pembahagian daging dan pengagihan daging qurban mengikut syariat dan tidak lupa, kebajikan petugas-petugas. Level task macam project manager jugak lah ni.

Alhamdulillah solat raya di surau seperti biasa. Penuh tapi tak melimpah, maybe sebab ada yang pulang ke kampung. As usual teks khutbah tidak pernah tinggal dengan pesanan dan peringatan tentang tujuan hidup kita di dunia. Hopefully kita sentiasa dibuka pintu hati oleh Allah swt untuk menerima pesanan khotib.

Aktiviti kemuncak memang ibadah qurban. Kami takde nak tunggu or ikut protokol. Group mana yang dah sedia, dah cukup korum, lembu akan ditumbangkan dulu. Lembu group aku yang kedua ditumbangkan sebaik aje geng koboi dah cukup. Dah siap tumbang dan ikat kaki dan dah ready di lokasi, kami cuma panggil je specialist sembelih untuk menjalankan tugas. 

Tunggu sampai condition lembu dah betul-betul nyaman (lebih 4-5 minit), geng melapah pun memulakan tugas. Setiap tahun aku cuma menggunakan pisau blade besar beli kat kedai alatulis aje. Dah tentu tajam, nak pegang pun senang & lepas pakai boleh buang je blade tu. Kalau cukup dengan bantuan memegang kaki-kaki lembu, yang melapah kulit serta yang expert mengeluarkan isi kandungan dalaman, semua boleh settle tak lebih 20 minit (anggaran aku). Kali pertama aku terlibat dalam aktiviti qurban 2-3 tahun lepas, kami ambil masa lebih sikit sebab belum terer.

Stage ke-3 is memanggil tukang kapak. Tugas dia standby on-call (sebab kapak tak banyak). Sampai masa untuk membahagikan lembu tu ke lebih kurang 6 bahagian supaya senang dibawa ke kawasan pengagihan daging. 6 bahagian bermakna (4 kaki termasuk peha + 2 bahagian badan kiri kanan). Kepala satu je la. Memang kapak diperlukan untuk lebih mudah memisahkan bahagian-bahagian tersebut.

Stage ke-4, panggil pick-up untuk membawa bahagian-bahagian lembu no. 3 ni naik ke surau, untuk dipotong-potong daging dan pengagihan. Sampai di stesen pengagihan, plastik-plastik agihan dah stand-by ikut nombor lembu. Plastik untuk daging ke fakir miskin 15kg. Plastik untuk daging ke peserta qurban, 1 bahagian 2kg. Untuk masak 5kg. Yang selebihnya untuk agihan petugas dan jemaah, packing sekilo. Aku terpaksa delegate tugas ni kat member sorang lagi sementara...

...aku kena make sure kawasan sembelihan lembu no. 3 bersih dan lubang takungan darah siap dikambus semula demi kebersihan. So, aku pi balik ke tempat sembelihan & kambus & bersihkan apa yang patut. Then lari balik ke surau untuk join kerja pengagihan. 

Sampai di surau semula, Alhamdulillah cepat aje dah almost selesai menimbang dan membungkus mengikut timbangan agihan. Masing-masing cekap menjalankan tugas. Aku kena pastikan bahagian agihan sampai ke penerima yang sepatutnya. Tulang-tulang juga kami bungkus sekilo untuk pengagihan. Kepala & kaki, kami serahkan ke pihak Pengarah qurban untuk membuat apa yang sepatutnya.

Wakil dari fakir miskin pun sampai untuk collect bahagian mereka. Aku juga menyerahkan bahagian-bahagian qurban untuk para peserta lembu no. 3. Yang selebihnya, anggaran lebih kurang dalam 25kg yang dah dibungkus sekilo, dikumpulkan bersama-sama dengan daging lembu-lembu lain. Then pengarah buat announcement untuk pengagihan daging sorang sekilo & tulang sorang sekilo. Or satu rumah sekilo aje, untuk petugas dan jemaah.

Alhamdulillah majlis selesai by 12.30pm. Setiap tahun kami dipermudahkan oleh-Nya based on pengalaman merancang dan perlaksanaan. Bab penutup ialah aktiviti membasuh perkarangan surau. Wifey & anak aku dah pi beraya ke rumah parents dia dulu selepas stage sembelih tadi. So tinggal aku & my eldest son yang involve aktiviti qurban. Balik mandi, solat & baru aku ke rumah in-law untuk menyelamkan diri ke dalam lauk pauk raya yang disediakan. Kurang selera  sikit sebab maybe penat sangat. Sebelah petang bateri badan dah mula nak kong, so aku bergegas pulang semula ke BTHO untuk melabuhkan diri di atas sofa...zzzzz

Itu semua pengalaman aku involve aktiviti qurban di surau kami. Tempat lain maybe lebih kurang sama or maybe ada sedikit kelainan. Yang pasti, objektif kami sama iaitu menyahut seruan agama seperti dalam firman Allah swt:

Bismilllahir rahman nirrahim
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3) - surah al-Kauthar


Friday, October 3, 2014

Bentong-ites

Hearing the word Bentong and Genting Sempah would drive the chill down my spine. Always is and I had to have deep thoughts before committing to any of it. The endless bike swerving is so freaking scary.

But, there was no exception when most of the buddies decided to ride it last Sunday. I toss and turned nights prior to the ride, juggling what strategy do I have? I thought of riding the mountain bike, but it will just exhaust me to death (tried it before and regretted). My only hope to survive the climb is with a road bike, but I need to be strong on the descends.

I don't recall our last ride to Bentong but it has been awhile. In fact Genting Sempah flocked with cyclists from many kinds. The foldies, the mountain bikers. Yet to find tandems though. And I was most surprised to witness runners! They scale the 16 km climb and ran back down completing the whole 32 km. That is horrific...for me at least.

As more 'tourist cyclist' riding up to Genting Sempah, some minor social ethics began to crop up. They tend to stop at odd places to rest and posing for photos or selfies. My concern is their respect for other users when they started blocking the road ignoring passing cyclists while they chat or take a breather or worse, clowning around with buddies. It may not a big issue since the average climbing pace is rather slow, but what if things goes out of hand and these buggers started blocking the opposite side of the road, where cyclists descend at higher speed? We have already too many cyclists killed by motorists. It can sickening to hear cyclists killed by another ignorance cyclist.

At the peak of Genting Sempah things are becoming like morning market. Super cool guys in spandex had to blend in with these ultra cool noobs. And these ultra cool noobs became so cool and they thought they own the road, ignoring not just cyclists, but other vehicles. It was eye soaring with these act of stupidity.

We didn't wait long for the unnecessary camaraderie. The descend down to Bentong was perfect with everyone latched on to the group with perfect pace rotation.

The challenge is the way back up, fighting against the gravity. The 30 km climb, slithering like a very long snake as the gravity starts to pull little by little until the legs can't stand the soreness. It was never a happy story when riding to Bentong, but we kept coming back for the itchy butt invitation.

As the gradient grows, the legs start square pedalling and that's not a good sign of strength in progress. Due to our routine change from ride-and-meal to less-and-short-stop-ride, we managed to spend ride time effectively and finish it early.

After all the curses and inner peace turn outer peace conquest, we concluded the climb and that opened up the final challenge for me to descend back down to Gombak. The fear still linger inside me especially approaching those tight curves. I had to catch up with the rest at other less 'dangerous' curves with hard pedalling. That was one huge time-trial descending effort for me and it was a huge relief reaching back the low land. Phew!

Wednesday, October 1, 2014

Satu abad setahun...

Memberi komitmen untuk dua acara besar dalam setahun boleh membebankan seseorang individu...sekurang-kurangnya untuk orang seperti aku yang semakin terasa hasil mamahan usia. Menjalani sesi latihan hanya pada setiap hujung minggu memang secara nyatanya, tidak mencukupi. Apatah lagi jika misi menyertai acara tersebut adalah untuk mencari kejayaan gilang gemilang.

Sesetengah pandangan masyarakat mungkin kurang bersetuju dengan prinsip aku. Dalam kehidupan sekarang, kita dibesarkan dengan kata-kata motivasi dan semangat dari iklan-iklan produk mahupun individu-individu berjaya terutama ahli sokan. Sebagai contoh yang dah sebati dengan kita seperti tema Nike 'Just Do It', atau Adidas 'Impossible Is Nothing', dan banyak lagi yang kononnya bertujuan untuk mengeluarkan seorang jaguh dari dalam diri kita. Tapi kalau hanya sekadar pegangan tanpa usaha, kita akan jadi seperti bertih jagung dan bukan jaguh.

Sedikit masa dulu memang aku juga terhanyut dengan tema-tema gimik pasaran. Bukan aku begitu taksub sehingga melampaui batasan adab dan tatasusila tetapi cara hidup juga sedikit sebanyak terikut-ikut.

Itu dulu. Sekarang aku sedikit bijak dan memegang prinsip yang berlandaskan akal yang mungkin sedikit rasional berbanding dulu.

Berbalik kepada tujuan post hari ni. Selepas sesi letihan temph hari ke Bentong, aku tidak lagi merindui akan pahit getir ketika kayuhan dan sengal-sengal badan selepas kayuhan. Malah perasaan ini mula sedikit menyesal. Bukan menyesal sebab segala kepayahan yang dialami tapi lebih kepada peluang dan kemampuan aku melaksanakan komitmen yang lain sedikit terkekang.

Seperti yang aku kerap nyatakan, ketika peringkat usia sebegini, priority komitmen sudah berubah. Aku lebih selesa dengan komitmen kekeluargaan, komuniti dan yang sewaktu dengannya.

Aku juga tidak mampu untuk mengulangi kesilapan dulu tatkala aku pernah membuat cubaan dua marathon dalam setahun. Ternyata sekali, marathon yang kemudian itu penuh dengan sesal dan seksa. Pada pendapat aku yang lemah ini, sekadar untuk menghabiskan sesuatu acara besar seperti marathon tidak mendatangkan kepuasan. Lebih kepada menjadi buah pulasan.

Begitu juga dalam dilema aku sekarang. Kayuhan Satu Abad Melaka akan berlangsung pada hujung bulan Oktober kelak. Aku telah menamatkan acara sebegini di Kuantan pada April yang lalu dan aku cukup bersyukur dengan keputusannya. Namun, tidak dengan cubaan di Melaka ini pula. Aku kurang semangat. Aku tidak mampu memberi komitmen yang lebih atas beberapa sebab seperti pengagihan masa latihan dan komitmen-komitmen lain. Malah, aku lebih selesa memberi komitmen kepada perkara-perkara lain.

...hmmm...terlintas sejenak. Kedudukan aku di persimpangan hidup ini semakin hari semakin nyata. 

Sebagai blessing in disguise, aturan yang kita susun bukan yang terbaik, sebab yang terbaik datangnya dari Allah swt. Tarikh acara bertembung dengan kelas ganti. Fuh! Walaupun agak kecewa sedikit tapi kelegaan bagaikan injap pelepas dibuka.

Friday, September 26, 2014

Sambung ngaji

Sebaik aje habis Syawal hari tu, aku telah membuat sedikit adjustment pada schedule aku. Puas jugak aku mencari, Alhamdulillah idea atau laluan telah disampaikan ke hati untuk aku atur sedikit perancangan.

Lately memang aku agak mencari-cari satu benda yang aku tak tau apa. Until beberapa ketika sewaktu bulan puasa yang lepas, idea tu mai. Dengan hanya sedikit luangan masa yang aku perlukan, dan adjust schedule family sikit, aku decide untuk pi mencari ilmu. Ustadz kata, ilmu ni kita kena pi cari sebab dia tak mai depan mata.

So, masa bulan puasa hari tu aku telah mendaftarkan diri ke satu kelas. Kelas telah pun bermula dan dah pun berlangsung 4 sesi. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, rezeki tu Allah susun elok aje untuk kita. Mai pulak satu lagi peluang menambah ilmu. Aku sign lagi satu. Macam terer...

Apa yang menarik ingin aku kongsi ialah pengalaman kembali menuntut ilmu itu sendiri. Persediaan aku biasa aje. Aku cuma perlukan sebatang pensel atau pen serta minda yang terbuka. Kotak pensel? Tak pernah aku guna sejak meninggalkan bangku sekolah. Masa di kampus pun, macam tu lah gaya.

Selain memanjangkan silaturrahim dengan ahli kelas baru, aku juga terhibur dengan karakter-karakter baru ini. Macam-macam perangai. Memang menarik. Ada yang mencuit hati membuatkan aku tergelak. Ada yang agak 'lame' sikit dan ada jugak yang eksyen sikit. Yang paling obvious dan aku anticipate dari awal ialah ratio pelajar lelaki & pompuan. Pelajar perempuan lebih ramai & range umur dari fresh grad sampai ke grandmother.

Aku mengambil approach berhati-hati dan slow untuk kenal setiap sorang. Mana yang approachable & rasa senang nak blend in, memang sempoi. Hanya over coffee break pun dah boleh jadi member. Mana yang skema sikit, cover line dan ala-protokol sikit, aku chill dulu.

Lecturer pun sempoi sebab most of us semua dah dewasa & mai dari macam-macam profesional background. Setakat ni takde yang pelik. Alhamdulillah. Tapi bab nak membaca, membelek, memahamkan lecture note dari slides memang aku mengaku skill tu dah takde. Huru hara jugak lah bila ada slot kuiz or exercise on the spot. Tapi insyaa Allah should be OK.

Kelas lagi satu pun sama. Hat ni lagi besar ratio jantina. Lagi ngeris. Tambah pulak lagi ratio umur. Tapi kelas ni meriah sikit sebab kami diperlukan untuk lebih banyak berkomunikasi di dalam kelas di samping suasana kelas yang kurang formal.

Tu lah dia. Dah sampai satu peringkat yang kita dah macam stabil sikit dan ingin try venture into benda baru. Something yang aku harap aku boleh komit sampai dapat tengok 'return of investment' dia. Boleh lah untuk cover kelas seminggu sekali aku rasa masih mampu. Insyaa Allah mudah-mudahan keberkatan ilmu dari cikgu tu ada.

Thursday, September 25, 2014

Musibah & Brotherhood

Ahad lepas seperti biasa kami akan memenuhi program letihan selagi belum habis Melaka Century Ride (dah mula rasa muak pun ada gak ni...). Dah puas kayuh belah-belah Shah Alam, kami ubah angin ke zon selatan Selangor pulak. Dah lama tak ke area sini. Kami pilih Highway Lekas, dengan planning asal nak buat Jelebu Loop, ard 110km. 

Tak berapa ramai yang dapat join from the usual gang, tapi kami dapat a few new faces. Six of us started from my place. Azmar brought in Panjang & Naim. Depa semua guna mountain bike sebab persediaan untuk event antarabangsa depa which is Langkawi International Mountain Bike Challenge & Panjang akan ke Korea. Dahsyat sahabat-sahabat aku ni semua bertahap antarabangsa. Then ada Laif and his friend, seorang yang agak lebih tua dari aku, KJ. Det decided untuk join setelah hampir sepenggal pilihanraya menghilang.

Macam biasa, laluan Lekas memang ramai cyclist pada pagi hujung minggu. Volume traffic yang kurang dan bahu jalan yang lebar, cukup selamat untuk kayuh. Ada jugak dengar cerita, Lebuhraya Latar sudah tidak membenarkan cyclist masuk. Cuaca pagi tu pulak memang cukup nyaman hasil dari hujan seharian hari sebelumnya. 

Musibah pertama kami diuji tatkala selesai pendakian ke Tol Setul. Alwin telah berjaya mematahkan hanger rear derailleur-nya ketika melepasi satu road hump di laluan sikal. Namun, Allah telah kirimkan bantuan dengan adanya Panjang yang cekap dengan kemahiran membaiki basikal. Proses yang mengambil masa sekitar 20 minit telah berjaya menyelesaikan masalah, basikal Alwin telah di-convert menjadi 'single speed'. Tanpa kepakaran dan kemahiran seperti Panjang, mungkin kami akan mengambil masa lebih lama.

Dengan hanya 'single speed', kami terpaksa mengubah rancangan supaya tidak meneruskan plan asal untuk ke Jelebu disebabkan kekurangan dan kekusutan yang akan Alwin hadapi. Kami membuat keputusan untuk patah balik melalui Lekas selepas 'pit stop' di Petronas Seremban.

Kayuhan balik melalui Lekas juga seperti biasa telah dibahagi-bahagi tugas 'pacing' di hadapan dan kedua-dua sahabat rider kebangsaan kami juga tidak terkecuali, malah depa melakukan 'pacing' yang cukup kemas.

Musibah kedua terjadi ketika kami baru nak memulakan pendakian di Lebuhraya Silk. Pendakian yang agak curam membuatkan kami terpaksa ikut kemampuan & kekuatan masing-masing. Beberapa sahabat telah ke hadapan. Tiba-tiba aku telah menyaksikan KJ tidak semena-mena terjatuh menyembah bumi. Kami yang berada beberapa meter di belakang bergegas ke lokasi dan agak risau bila mendapati tubuh KJ tidak bergerak.

Sebelah kanan mukanya melekap di permukaan jalan dan darah sudah kelihatan membasahi permukaan kasar itu. Kakinya masih melekat di pedal dan dicelah basikal. Naim datang meluru dari depan dan cuba mengenalpasti sama ada KJ masih sedar atau pengsan. Dia bersuara tapi tidak menggerakkan sebarang anggota. Kesemua kami yang telah berkumpul berjaya memusingkan badannya. Sebuah kereta yang tak dikenali telah berhenti dan menawarkan bantuan untuk menghantar KJ ke hospital terdekat. Laif menemaninya.

Dua buah basikal mereka ditinggalkan bersama kami. Sekali lagi, bantuan Allah swt melalui dua sahabat perkasa aku ni telah menyorong, memikul dan macam-macam cara lagi untuk membawa pulang kedua-dua basikal kepunyaan KJ dan Laif. Kami bersama-sama membawa perkakasan lain ke Petronas terdekat sementara Laif datang kembali membawa keretanya. 

Alhamdulillah KJ telah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius kecuali luka dan calar serta ingatan yang hilang seketika. Dia tidak langsung ingat apa yang telah terjadi, even tentang aktiviti kayuhannya pada hari tersebut. 

Moral of the story, untuk kita yang hanya bergelar weekend warrior ni, elakkan berletih dan berlatih sorang-sorang (apatah lagi secret training...) sebab musibah Allah swt tidak kira di mana & bila. Kalau nak selfie dan selfish sangat pun, ingat keluarga kita yang tersayang. Kalau injured 2-3 hari macam mana nak cari makan untuk mereka? Kayuh atau berlari lah sama-sama dalam group sebab sikap 'brotherhood' lah yang mampu memberi 'first aid' untuk kita selain Allah swt yang Maha Penyayang. 

Thursday, September 18, 2014

Geng baru

Baru-baru ni aku ter-join satu local geng kayuh area rumah aku. Actually taman/kampung sebelah. Mostly newbies. Most of them juga geng madrasah taman tu, hence the syariah compliance attire. Julat umur dari awal 20-an sampai ke 50. As usual any new comers will start off this hobby dengan mountain bike. Faktor tayar yang lebih besar dan posisi menunggang lebih stabil seperti basikal-basikal zaman kanak-kanak. Dan seperti biasa, orang baru akan gasak mountain bike atas jalan raya. Dan seperti biasa juga, semangat orang baru ini amat luar biasa (mesej group whatsapp masuk dalam kadar 20 mesej seminit). Rancak kan? Itu baru sembang plan nak kayuh hujung minggu. Tabik beb.

Aku layan kan aje. Ada jugak teman untuk aku kayuh pusing taman petang-petang. Teknot, ini bukan secret training ye. Hasrat nak bertenggek atas trainer/roller asyik terkubur.

Ada lah 3-4 kali aku join depa kayuh petang. Boleh la isi masa yang terluang selepas balik kerja dan sementara tunggu Maghrib. Yang penting, dapat dipanjangkan silaturrahim.

Ada jugak aku lambung untuk weekend ride plans. Sama ada pi off-road atau on-road. Antaranya ke Hulu Langat atau off-road di Kemensah. Agak mendapat kurang sambutan dan banyak sebab musabab. Maybe sebab depa masih baru dan belum dapat stim.

Oh! Lupa aku nak bagitau nama geng depa ni. Panjang sikit dari biasa. Geng Kayuh Madrasah Cheras Perdana (GeKaMaChePe). Tu dia. Memang penuh nak sebut. 

Thursday, September 11, 2014

Lari

Aku rasa by this time, majority topik perbualan ahli sokan amatur tanahair dah banyak berkisar sekitar acara-acara besar yang semakin hampir seperti KL Marathon dan IronMan Langkawi. Both acara ini dah gempak sejak 6 bulan yang lalu semasa perlancaran registration. Memang jatuh kategori gamat dan gegak gempita especially bila ramai merebut slot early bird. If not, depa akan jadi angry bird sebab yuran semakin naik. Tapi kalau dah register tapi memain nak training, hangpa boleh jadi dead bird.

IronMan Langkawi pada 27-September ni tinggal lebih kurang 16 hari lagi. Ada la beberapa rakan yang akan berjuang demi nama kampung halaman dan status quo. Acara sukan berprestij ini memang menjadi rebutan kepada mereka yang ingin membuktikan kecekalan diri mengharungi acara triahtlon jarak jauh. Memang cekal. Bukan sahaja acara tu sendiri, malah persediaan juga sudah cukup untuk memerlukan perbelanjaan wang ringgit yang banyak dan lebih banyak lagi ialah pengorbanan masa.

Swim 3.8km + Cycle 180km + Lari marathon distance. Melihatkan jarak-jarak tersebut dah boleh membuatkan aku pitam memikirkan latihan yang perlu dihadapi. Betul. Segalanya bermula dengan niat dan program latihan. Dah settle kedua-duanya, then ber-doa aje di hari acara. 

KL Marathon pulak tinggal lagi 30 hari. Sedikit masa dahulu, tarikh keramat 12-Oktober ini sudah tentu menjadi acara yang aku look forward. Sempat lah jugak 3-4 musim aku menghabiskan masa untuk sukan larian jarak jauh ni (mula dah abang nostalgia). Hat yang ni pun memang memerlukan persiapan latihan yang mantap. Bukan cukup sekadar lari petang pusing tasik. Hujung minggu kena repeat LSD (long slow distance). Ada masa kena buat strength training pulak. Paling koman, nak kena allow 6 bulan baru mantap. Itu aku. Lain orang lain pendekatan. Buat masa ni, aku nak main kejor-kejor dengan anak-anak pun rasanya boleh mengah.

Tapi secara lumrahnya manusia biasa ni, memang begitu lah prestasi kita. Tolak tepi yang profesional, mereka menghabiskan masa lebih 12 jam sehari untuk berlatih. Kita yang kais pagi makan pagi ni, max satu jam sehari dan mungkin 2-3 jam on weekends. Maka, dengan modal masa dan komitmen yang ada, kita dah boleh jangka outcome nya. Kalau nak ber-competitive sangat among rakan taulan tu, lupakan aje lah. 

Sometimes aku notice people would easily get carried away dan take it to the next level. Among others seperti competitiveness, seriousness, mental-ness dan berbagai-bagai 'ness' lagi. Dah tiada konsep moderateness atau kesederhanaan. Sedangkan itu yang kita perlu tanam dalam jiwa kita. It is OK untuk hangpa berlumba pada hari acara tu sendiri tapi rasanya tak perlu sampai tahap nak 'overly secret training', perang psiko, bermegah di lama sosial tentang 'pencapaian latihan hari ini' dan macam-macam lagi lah.

Sifat ujub, riak dan takbur mudah sangat menjadi bisikan di hati bila kita menceburi bidang-bidang sebegini. Elakkan. Sebab ia mudah menggugat ketauhidan. Pesanan untuk diri aku sendiri jugak. Ahli sukan profesional pun jarang aku lihat mempunyai sifat ini, kenapa kita pulak?

Sebagai penggulungnya, aku ucapkan selamat berjuang di acara masing-masing. Tapi jangan lupa, walau sekuat mana pun kita, sebagus mana pun kita, sehebat mana pun gadget kita, selaju mana pun kita...jangan sekali-kali kita lupa tujuan kewujudan kita di bumi ini. Anta faham? Keras nampak abang long...? Keh keh keh.

Tuesday, September 9, 2014

Jim Thompson Jamboree


Extreme temperature fluctuation occurred lately in Klang Valley. It gets too cold in the morning. Super nova heat in the afternoon and followed by thunderstorm in the evening. Is this the old Malaysia? At least it is more predictable.

It was slightly different when we arrived at Tanah Rata on Friday night. It was so windy, it blew the Malaysia flag fluttering graciously. We were as usual, late. We only left KL late evening after work. But this time, a little earlier than last year. We still managed to collect our goodies and dinner/supper. Perhaps due to the cold, it was our second dinner.

This is our second trip up Cameron Highland for our mountain bike event. The legendary and mysterious Jim Thompson trail. Nobody actually knew exactly that the trail we rode was the path he took, but trust me, it was one great holy grail for mountain bikers. 


Again we made a lousy entrance at the start line the next morning, when we were as usual...late. But we don't mind. We can have the road to ourselves riding down from Habu to Ringlet and another 15km down to Lembah Bertam (the area hit by super flood last year). The trail head was somewhere at Pos Menson, an area for orang asli settlement. Route C156 is new, previously completed making available access for travellers from Raub and Kuala Lipis through Sungai Koyan. Rode here back in 2011 during PCC Interstate. Ugly climb.

Participants have left the road empty for us, but not until we hit the trail. The elevation change in Jim Thompson trail can 'take your breath away' if you lack confidence and wisdom. The climb may seemed impossible. The energy sapping was greedy. One just need patience in regulating and pacing and trust in the legs and bike. We climbed from 554 meter sea level up to 1266 to the top at BOH Tea Centre. The first stretch was jungle trails connecting two orang asli settlements. Then we reached the pinnacle of the event, riding through tea plantations with super gorgeous sceneries.

Adding to the panorama, we were blessed with superb weather. It was overcast for the whole day. By the time we ended the trail section and into the plantation road, we saw more and more participants enjoying the views or nursing their dampened spirit and cramps. 

We had less stop but a few brief ones since we didn't push ourselves into the red zone. The final descend back to Habu took us through 8 km winding road. And completed this years Thompson trail revisit.

It was never too late to entertain our taste bud, indulging into the famous Raub Ratha Fish Head Curry.


And my first attempt at video production. Borrowed a GoPro from a friend. Still amateur but enjoyed the moment. Don't forget to watch it in HD.


Thursday, September 4, 2014

Life vs cycle

Secara lahiriahnya semua dah macam tersusun setelah berakhirnya Ramadhan, Syawal dan sampai ke Hari Kemerdekaan. Alhamdulillah. Segala puji-pujian kepada Allah swt dan salawat & salam ke atas Rasulullah.

Segala urusan bajet & perbelanjaan menjelang raya pun dah sorted out & back on track semula. Insyaa Allah. Al-maklum musafir kotaraya yang kais pagi makan pagi. 

Segala urusan perancangan program letihan juga basically dah tersusun sehingga ke at least Malacca Century Ride end of October nanti. Target training on weekends aje. Tiada kemampuan nak komit training atau riadah on weekdays. Lebih selesa fokus pada urusan keluarga & yang sewaktu denganNya.

Planning untuk selepas dari MCR macam dah ada tapi nothing is confirm. Semuanya boleh di ubah, kecuali tarikh-tarikh yang dah komit untuk aktiviti kekeluargaan.

Apa yang maybe aku nak gebang sikit hari ni sedikit sebanyak berkaitan dengan cara pemikiran kita berbelanja secara 'berhemah'. As for me yang agak extreme sikit or shall I say, passionate dengan hobi berbasikal ni, portion perbelanjaan aku maybe agak biaise ke arah kecintaan aku tu. Antara perbandingan paling selekeh or sometimes aku sendiri gelak memikirkannya adalah seperti:

Senario 1: Apparel

Rasa-rasanya dah sampai waktu & ketikanya untuk aku menukar ke wardrobe jersey basikal yang baru. 4-5 helai dari musim lalu (1-2 tahun) dah boleh di let go dengan harga lelong. Masa untuk mencari jersey dan bibs dari jenama dan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Lingkungan harga dari RM100-300 tu kira OK sangat dah. Performance wear memang tak boleh compromise kualiti dan comfort. Nak kayuh 3-4 jam tuh, walaupun hanya dipakai seminggu sekali.

Baju hujan motor. Zip dah rosak. Underlayer netting pun dah serabai. Tatkala cuaca cerah & terang benderang, condition baju hujan langsung tak dihiraukan. Ignorance bertukau menjadi penyesalan apabila berhenti kecemasan di tepi MRR2 di dalam hujan dan cuba menyarungkan baju hujan. Nasib baik ada velcro yang boleh tampal aje baju mengganti zip rosak. Tatkala ku sarungkan tangan ke lengan baju hujan, seluruh netting di lengan terkeluar di hujung. Adeh... harga sepasang RM60-100.

Seluar slack kerja dan jatuh kategori 'slack betul la brader ni'. Tanda-tanda dimamah usia telah jelas kelihatan seperti di lutut, celah peha dan punggung. Seluar standard color hitam, dah mirip-mirip keperangan hasil proses luluhawa. Usia seluar hampir mencecah 5 tahun. Harga sehelai kalau sale di AEON selepas 50-70% diskaun, RM40-50 sahaja.

Senario 2: Kenderaan

Roadbike dah kira takde apa nak upgrade. Sedang elok dah tu. Tapi masih juga gatal pi merisik (konon) kat the newest local bike shop in town. Merisik aje. Beli belum mampu tapi dah pasang angan-angan. Frame dari jenama legendary Cannondale dengan bahan unik CAAD, iaitu material aluminium peringkat tertinggi sehingga boleh menghasilkan ketumpatan jirim dan kekuatan dan lebih ringan dari karbon! Harga...biarlah rahsia.

Mountain bike, maybe ada beberapa plan nak upgrade seperti blog post yang sebelum ni. Antaranya seperti tayar dan groupset. Tapi kayuhan kemerdekaan di dalam hutan Bukit Kiara ternyata sudah cukup mantap prestasi Niner aku tu. Setiap kali lepas kayuh, mesti basuh terus sebab nak simpan dalam rumah dan elak kekotoran yang boleh menjejaskan prestasi. 

Motorsikal Yamaha LC aku ni selagi boleh sampai pejabat setiap hari, boleh ke surau, kedai, hantar anak tuition, syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya banyak jasa dan menjadi keperluan dan kemudahan paling praktikal dan penyelesaian mujarab untuk isu berjimat wang dan masa especially di KL ni. Cover plastik seat yang asalnya merekah dah mula koyak sepanjang 5-6 inci. Nasib baik ada jaring yang berfungsi sebagai lapisan perantaraan supaya seluar tak basah jika padding seat belum kering dari hujan lebat semalam. Speedo meter dan odometer dah berzaman kaput. Masih boleh tangguh asalkan meter minyak masih OK. Kelajuan tak perlu difikirkan sangat, pakai feel je. Janji kelajuan selamat. Basuh motor 2-3 bulan sekali or mana yang sempat.

Itu antara contoh-contoh senario yang aku rasa paling obvious buat masa ni. Banyak lagi yang lain yang boleh dibincangkan seperti pengagihan ruang rumah, pemakanan, peruntukan masa berfikir, hubungan sosial dan sebagainya. 

Tapi! Walau macam mana extreme nya nampak di sini, aku masih lagi memegang pada polisi konsep kesederhanaan dan kemampuan. Tepuk dada tanya selera tapi check juga poketnya. Segala kekuatan aku, kemampuanku berbelanja, kesihatanku dan keselamatan aku dan keluarga hanya dari Allah swt yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Ingatan itu yang sentiasa membatasi pemikiran aku dari terus melayan nafsu untuk bermegah dengan kemewahan dunia. Tapi tak salah untuk aku terus berangan-angan kan? :]

Tuesday, September 2, 2014

English dah mula berabuk...

The passing by of Ramadhan and Syawal seemed so brief. Time seemed to go faster each and every year. Have we noticed? 


A month into Syawal/August had me kick-started my base training back again. Two months off was enough to pamper this old skeleton but pampering it more will only make me weaker. Alhamdullilah. God gave me the will and strength to come back training every other weekend. It was only Sunday, only a day in 7 days, just for me to stressed and build up those cardiovascular capacity and strengthen those needed muscles. No, I don't need 2 to 3 times in a week to work out. I'd rather spend on other chores. 

So far, four Sundays were spent building saddle time from 2 and half hours to 4 hours. The formula was a non-stop ride with minimal or short stops. We've been disciplining ourselves with the policy so far. And we shall have a step back week this month end for refuge and relax those working muscles.

Basically the floor plan is similar to any other base training programme i.e. marathon. 3-4 weeks building miles and time with a rest week to the end. And the cycle adds up a notch the following 4 weeks training.

I am presuming that this programme should be able to ready me for the Malacca Century Ride by end of October. No I don't planned anything superb or what, just wanting to enjoy the ride with zero suffer and regrets.

Wednesday, August 13, 2014

Posa Nam

Hat kita yang dah tua-tua ni posa bulan Ramadhan dah jatuh kategori biasa. Sama ada kita kecapi ketaqwaan atau tidak adalah semata-mata bergantung kepada perjuangan kita melawan nafsu. Orang lain tak tau. Lagi pun, kalau berposa pun maybe sebab dah sampai bulan posa, maka kita pun berposa serupa dengan orang-orang Islam yang lain. Hanya dapat lapar dan dahaga. Yang disebaliknya belum tentu semua orang dapat.

Paling koman pun, nafsu makan menjelang apabila berkumandangnya bau-bau makanan dari dapur sendiri atau dari dapur PaRam. Tapi bermula dari waktu Subuh sehingga petang, memang kita langsung tak fikir pasal makan.

Berlainan dengan posa enam hari di bulan Syawal. Suasana agak lebih mencabar. Orang yang makam tinggi imannya mungkin tak kisah. Tapi keimanan aku yang senipis roti tisu Restoran Maulana ini memang tercabar. Selain cabaran nafsu diri sendiri dalam menafikan keinginan nak bukak posa tatkala handai taulan opis keluar lunch, bisikan syaitan juga aku tak nafikan (dah memang itu kerja dia). Masa tu jugak lah ada kiriman gambar nasi kandar Cafe Cargas, Bayan Lepas melalui whatsapp muncul dari kawan yang outstation. Boleh ke gitew?

Mata yang mengantuk memang normal la agaknya bila berposa ni. Especially menjelang tengahari, duduk mengadap PC pun dah boleh terlentuk.

In fact, cabaran nak mula berposa itu sendiri pun dah jatuh kategori heavy weight. Betul kata proverb omputih, 'nak mula memang susah, tapi once dah bermula kira OK dah'. Dengan demand musim ziarah menziarah, tekanan open house hujung minggu, kesesakan luarbiasa fenomena raya dah sebagainya. Semua tersebut boleh menjadi alasan untuk tidak start posa.

Aku ambil puasa sunat bulan Syawal ni sebagai satu yang sedikit santai. Aku buat selagi dan sekadar yang termampu. Mungkin aku tak sehebat golongan wali-wali boleh posa straight 6 hari. Aku target dapat seminggu 2 hari pun Alhamdulillah. Itu pun takde lah beriya nak bangun sahur bersantapan penuh meja atau ber-iftar bagai raja. Apa yang ada, aku bedal. Like I said before, dah tua-tua ni, lapar dan dahaga tu bukan satu isu besar. In fact, dah sampai hayat kita pun untuk mengurangkan kapasiti perut kita bekerja selama 40 tahun lebih.

Friday, August 8, 2014

Syawal mai dah...

Salam Eidul Fitri. Dah masuk raya ke-12. Alhamdulillah kita masih di panjangkan umur & di murahkan rezeki untuk khatam madrasah Ramadhan & bertemu pula dengan Syawal. Tahun ini Ramadhan aku tempuhi dari perspektif yang lain dalam proses muhasabah diri dan mengenal yang Maha Pencipta.

Sekarang aku dah kembali ke kehidupan KL. 

Seperti tahun-tahun yang lalu, obviously havoc pulang ke kampung tetap berlaku. Yang mampu bercuti panjang dah mula pulang seawal 4-5 hari terakhir Ramadhan. Yang kurang cuti, terpaksa menahan sabar menempuh gamatnya volume traffic di semua laluan keluar dari Lembah Klang bermula Jumaat malam sehingga ke hari Sabtu. Berbagai cabaran yang ditempuhi akibat volume traffic yang meningkat secara mendadak lantas masa perjalanan menjadi dua kali ganda. Tapi sebab semangat nak balik raya punya pasal, all out effort diberikan. Baru la berbaloi balik beraya di kampung.

Plan asal aku nak gerak ke selatan tanahair seawal 4.00 pagi Sabtu, gagal disebabkan kelesuan dan kekurangan tidur. Lepas solat subuh jugak kami sekeluarga bertolak. Alhamdulillah perjalanan lancar dan nyaman. Tetapi jumlah kenderaan di lebuhraya pada awal pagi tu pun sudah membuatkan aku teruja. 

Agenda raya di kampung halaman adalah seperti biasa. Ziarah menziarahi baik yang masih hidup mahupun yang telah dijemput oleh Maha Pencipta. Tidak akan putus doa-doa ku buat keluarga ku yang telah kembali ke Rahmatullah. Itu lah azam ku sehingga aku juga akan bersama di akhir hayatku.

Sekembalinya ke realiti hidup, maka terbuka lah semula pintu-pintu option yang perlu kita pilih. Seminggu dua selepas raya, kita sedikit sebanyak alpa dengan sambutan kemenangan Syawal sehinggakan lupa dengan madrasah Ramadhan yang baru berlalu. Itu termasuk aku.

Istiqomah adalah antara kunci kepada setiap sesuatu. Mujur lah surau kami cekap menjemput ustadz-ustadz kembali untuk kuliah Maghrib. Maka tersentak lah aku dari lamunan Syawal, untuk kembali ke laluan taqwa. Mudah-mudahan, insyaa Allah.

Tidak juga dilupakan, attempt untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Setakat lapar dan dahaga untuk usia se-tua aku ni, bukan menjadi isu utama. Ianya kembali kepada hati.

Selain itu, maka kembalilah kedengaran riuh rendah sahabat handai dengan berita-berita terkini berkaitan acara-acara sukan tanahair seperti larian, basikal dan triathlon. Aku tidak lepaskan peluang untuk kembali beraksi (secara kecil-kecilan aje) untuk dapatkan balik stamina. Nak hidup kat KL ni pun perlu stamina semata-mata untuk survive selain wang ringgit serta doa.

Untuk memantapkan lagi motivasi berletihan, aku sign-up untuk lagi satu century ride di Melaka pada bulan Oktober nanti. Memandangkan masa yang masih jauh, maka ianya agak feasible untuk aku berhempas pulas berlatih letih untuk menamatkan lagi satu kayuhan 1 abad.