Thursday, September 25, 2014

Musibah & Brotherhood

Ahad lepas seperti biasa kami akan memenuhi program letihan selagi belum habis Melaka Century Ride (dah mula rasa muak pun ada gak ni...). Dah puas kayuh belah-belah Shah Alam, kami ubah angin ke zon selatan Selangor pulak. Dah lama tak ke area sini. Kami pilih Highway Lekas, dengan planning asal nak buat Jelebu Loop, ard 110km. 

Tak berapa ramai yang dapat join from the usual gang, tapi kami dapat a few new faces. Six of us started from my place. Azmar brought in Panjang & Naim. Depa semua guna mountain bike sebab persediaan untuk event antarabangsa depa which is Langkawi International Mountain Bike Challenge & Panjang akan ke Korea. Dahsyat sahabat-sahabat aku ni semua bertahap antarabangsa. Then ada Laif and his friend, seorang yang agak lebih tua dari aku, KJ. Det decided untuk join setelah hampir sepenggal pilihanraya menghilang.

Macam biasa, laluan Lekas memang ramai cyclist pada pagi hujung minggu. Volume traffic yang kurang dan bahu jalan yang lebar, cukup selamat untuk kayuh. Ada jugak dengar cerita, Lebuhraya Latar sudah tidak membenarkan cyclist masuk. Cuaca pagi tu pulak memang cukup nyaman hasil dari hujan seharian hari sebelumnya. 

Musibah pertama kami diuji tatkala selesai pendakian ke Tol Setul. Alwin telah berjaya mematahkan hanger rear derailleur-nya ketika melepasi satu road hump di laluan sikal. Namun, Allah telah kirimkan bantuan dengan adanya Panjang yang cekap dengan kemahiran membaiki basikal. Proses yang mengambil masa sekitar 20 minit telah berjaya menyelesaikan masalah, basikal Alwin telah di-convert menjadi 'single speed'. Tanpa kepakaran dan kemahiran seperti Panjang, mungkin kami akan mengambil masa lebih lama.

Dengan hanya 'single speed', kami terpaksa mengubah rancangan supaya tidak meneruskan plan asal untuk ke Jelebu disebabkan kekurangan dan kekusutan yang akan Alwin hadapi. Kami membuat keputusan untuk patah balik melalui Lekas selepas 'pit stop' di Petronas Seremban.

Kayuhan balik melalui Lekas juga seperti biasa telah dibahagi-bahagi tugas 'pacing' di hadapan dan kedua-dua sahabat rider kebangsaan kami juga tidak terkecuali, malah depa melakukan 'pacing' yang cukup kemas.

Musibah kedua terjadi ketika kami baru nak memulakan pendakian di Lebuhraya Silk. Pendakian yang agak curam membuatkan kami terpaksa ikut kemampuan & kekuatan masing-masing. Beberapa sahabat telah ke hadapan. Tiba-tiba aku telah menyaksikan KJ tidak semena-mena terjatuh menyembah bumi. Kami yang berada beberapa meter di belakang bergegas ke lokasi dan agak risau bila mendapati tubuh KJ tidak bergerak.

Sebelah kanan mukanya melekap di permukaan jalan dan darah sudah kelihatan membasahi permukaan kasar itu. Kakinya masih melekat di pedal dan dicelah basikal. Naim datang meluru dari depan dan cuba mengenalpasti sama ada KJ masih sedar atau pengsan. Dia bersuara tapi tidak menggerakkan sebarang anggota. Kesemua kami yang telah berkumpul berjaya memusingkan badannya. Sebuah kereta yang tak dikenali telah berhenti dan menawarkan bantuan untuk menghantar KJ ke hospital terdekat. Laif menemaninya.

Dua buah basikal mereka ditinggalkan bersama kami. Sekali lagi, bantuan Allah swt melalui dua sahabat perkasa aku ni telah menyorong, memikul dan macam-macam cara lagi untuk membawa pulang kedua-dua basikal kepunyaan KJ dan Laif. Kami bersama-sama membawa perkakasan lain ke Petronas terdekat sementara Laif datang kembali membawa keretanya. 

Alhamdulillah KJ telah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius kecuali luka dan calar serta ingatan yang hilang seketika. Dia tidak langsung ingat apa yang telah terjadi, even tentang aktiviti kayuhannya pada hari tersebut. 

Moral of the story, untuk kita yang hanya bergelar weekend warrior ni, elakkan berletih dan berlatih sorang-sorang (apatah lagi secret training...) sebab musibah Allah swt tidak kira di mana & bila. Kalau nak selfie dan selfish sangat pun, ingat keluarga kita yang tersayang. Kalau injured 2-3 hari macam mana nak cari makan untuk mereka? Kayuh atau berlari lah sama-sama dalam group sebab sikap 'brotherhood' lah yang mampu memberi 'first aid' untuk kita selain Allah swt yang Maha Penyayang. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.