Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Burger Stadium

Free sikit weekend since tak berjimba menjalankan tugas chauffeur sepenuh masa. A few classes for the kids takde in Ramadhan. And the Sunday will be a great big hole without outdoor stuff. Will think of something later.

Sambung citer weekend selepas Hatyai pulak. Kena gak citer as a record and since it is one of those interesting stuff yang jarang aku buat. Balik kampung halaman menziarah bonda tercinta sebelum Ramadhan dan pi tengok Liga Perdana kat stadium. Tengok bola kat stadium paling rare & dah lama tak pekena.

Though I was a bit hesitant to accept my sister's invitation (she's a big fan of team Johor Darul Takzim ), I had to do it bukan sebab JDT tapi sebab I'm a big fan of my little soccer star. Amir nak sangat pi tengok football match kat stadium and get the live experience from the thousands.

It was the last match for JDT in The League and the opponent was another big team, the Red Giant. Selangor daaa. Apa lagi, bila giant dah bertemu giant, we hava giant crowd la. 

Beli la jugak jesi, so kena jadi model
The trip to the ticket stand that afternoon brought me back to 20 years ago in the 90s when the Southern Tigers was the favourite in both FA Cup and the League. My memory is a bit vague and I'm not a good football follower. I just go and watch and enjoy myself. My best guest is, I was still in my secondary school era when night visas was a bit flexible for a teh tarik session or a football match watch like this. 

OK. Cukup la nostalgic tuh. Dah tua-tua senang sangat nostalgik. OK, kerana Amir, ayah turutkan sebab Amir juga perlu rasa pengalaman macam mana ayah dulu jadi sakai stadium. Haha. 

Paling aku tak boleh imagine sebelum aku decide untuk pi, is the TWO hours waiting. Sister told me we had to leave for the stadium latest by 6.00 p.m. to get a good seating position. What?! And we need to do nothing for the next 2 hours 45 minutes until the match start? Adeh.

Sekitar stadium dah macam pasar Uptown, penuh dengan gerai souvenirs and food especially the all time favourite Burger Stadium with their motto 'sebelum game RM1.00, lepas game 5 kupang'. Tapi la ni dah naik ke RM2.

Kami agak kelewatan memasuki stadium. Stadium dah padat. Langsung takde ruang untuk kami. Cilok & menyelit punya usaha, dapat la jugak positioned ourselves sebelah scoreboard, at the top most row...standing with so little room to move. Even nak melonjak Yahoo! pun tak boleh.

20 tahun tak menjejak kaki di sini
Lucky la football fans ni always in hyper mode and creative, hence the 2 hours were spent with Mexican Waves and singing macam kat Wembley (old skool selalu refer Wembley je). Dinner burger and air kotak aje. Dah level survival la ni.

The match started and crowds were always with the usual cheers and complaints and suspense throughout the 1 hour 30 minutes. Penat. And I was standing almost the 4 hours campur waktu menunggu. Kalau ada waktu kecederaan, kompom aku pi mintak referee untuk keluar stadium. Lucky la Amir dapat seat, if not sure bonk ler aku nak dukung dia balik ke kereta.

Ada brader approach aku. "Bang, resit bang?"
oooo...ni rupanya guna resit tu
Game ended and I was eager to know whether Amir serik nak pi lagi or otherwise. As expected and the true blood of Diket will always seek and enjoy the adrenaline. "Lain kali ada game bola, Amir nak pergi lagi la". With hands on our shoulders we sang the JDT fan song.

Aku pun tak tau macam mana depa selamat seludup masuk flare daaa...

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Gelora

Jarang-jarang dapat merakamkan perihal bolasepak. Last entry was about a year ago! Piala Suzuki...? Ye la kot. Tahun ni genap hampir setahun, Team Malaysia dok beraksi dan berlaga lagi kat Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno. Tu dia aih! Memang diberi gelaran antara stadium di sana yang paling keramat. Kalau kat KL ada la jugak Bukit Keramat or Lembah Keramat. 25 tahun yang lalu aku biasa naik bas mini ke situ pi rumah makcik.

Aku dok follow game Malaysia ni last week bila sampai rumah, bonda tersayang tengah layan. Rock kan mak aku. Keh keh keh. Terus aku dok terpacak depan TV yang selama ni memang jarang layan. Tapi layan pulak game Malaysia ni. Serupa macam game Suzuki Cup dulu.

Then come weekend aku layan pulak semi final lawan Myanmar. Pun not bad cuma pihak lawan kurang menarik. Maksud aku kurang bergelora. So, Malaysia menang semi & berjumpa lah semula Team Indonesia semula kat final.

Malam tadi aku layan...sorang je. Sebab mak aku terlena awal & dua orang anak bujang aku pi layan FIFA kat PS2. Ada ke patut? Taste antarabangsa betul.

Antara game Team Malaysia yang paling entertaining dan penuh drama & suspen. Aksi-aksi terbang ala-ala crouching tiger hidden dragon dan stunt golek-golek hindustan memang layak sangat untuk merangkul anugerah pelakon gimik terbaik.

Aku tabik player kita. Walaupun keting sokmo kena tebas, halkom kena siku, buku lali kena tetak...tapi depa maintain cool. Tak naik darah or panas baran. Tak macam 5-6 tahun lepas, sikit-sikit nak naik angin tunjuk lagak hero kampung. And tackling pun nampak pro je walaupun memang menusuk kalbu or makan dalam. Aku bajet, depa ni memang generasi pasukan yang memang kental & tahan lasak tapi maintain cool. Tabik 800 kali!

Perhaps berkat persiapan mental dan fizikal yang dibekalkan di pusat-pusat latihan seperti MSN dan yang sewaktunya slowly menampakkan hasil. Takde lah terkilan sangat duit tax payer macam aku dibelanjakan untuk pembangunan sukan tanahair. Terbaek :]

Friday, December 31, 2010

Harimau Malaya Mengaum


Standing in the eye of the world

Saat yang bersejarah ni memang patut aku rakam sebab aku pun dok layan jugak. Ni kira delay telecast la. Sibuk memanjang menjelang hujung tahun ni, semua benda jadi urgent.

26 Disember 2010

Aku bercadang untuk melekat depan TV layan Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia. Mana la tau boleh layan, lagi pun adrenalin masih tinggi & Astro kalau hari Ahad memang program tak menarik langsung kecuali EPL. Sekali persembahan pasukan kebangsaan menarik daaa! Tak pasal-pasal aku terjerit-jerit sorang-sorang & anak aku pun naik pelik. Lain macam semangat beb. Tak macam layan game Arsenal.

Dah lama sangat aku tak tengok persembahan game Malaysians macam ni. Era bola tanahair yang paling menghiburkan ialah pada 1985 ketika gandingan mantap Ervin Boban, Alistair Edwards, Abbas Saad & Khalid Shahdan. Masa tu stadium Larkin bergegar setiap minggu & layan burger kerat 2 lepas game at half price ialah saat paling best. Lepas daripada tu, sukan bola Malaysia dah malas nak layan disebabkan mentaliti & politikus yang agak mengecewakan.

Tapi malam semalam sesuatu yang sangat berbeza aku saksikan. Player kita bermain dengan bijak, pakai akal tanpa aksi-aksi hero cari glamor dulu-dulu. Short passes, nice set pieces, very good defending and ball possession yang tenang walaupun skill control bola masih perlukan improvement. Kagum aku. Teruja pulak alih-alih sedangkan BPL aku tak berkesempatan nak follow. Layan results je.

29 Disember 2010

Musykil pulak. Mood keje pun mandom, maybe sebab looking forward nak layan second game Harimau. Siap dinner awal, tapau pulak tu. Lepas Maghrib dah dok tercatok depan TV. Yasmin dah siap-siap pasang earphone depan pc ready untuk tidak dengar ayah menjerit.

Game macam first round 3 hari lepas tapi seperti semua orang expect, Indonesia akan bagi asakan bertubi-tubi untuk dapatkan jaringan. Tembok Malaysia tetap unggul beb. Lain macam kuat aku tengok kaki-kaki defender kita. Kepala pun kuat gak menanduk & mental lagi la. Memang tetap cool walaupun berjuang di negara orang dengan hampir 95,000 penyokong kat stadium tu. Maybe betul kata Shebby, player muda ni main like there's no tomorrow. Dangerous. But then again, mental diorang memang kuat, perhaps a new breed of Malaysians footballers in particular.

OK la Malaysia tewas 2-1 tapi tetap champion dengan aggregate 4-2. Aku tetap jugak salute player Indonesia walaupun ada jugak tackling yang boleh kata serious tapi both teams played professional enough. Takde gaduh-gaduh. Suddenly semangat seluruh negara membara hanya dengan impak dari sebiji benda bulat yang dipanggil bola. Fenomena bukan?