Wednesday, August 13, 2014

Posa Nam

Hat kita yang dah tua-tua ni posa bulan Ramadhan dah jatuh kategori biasa. Sama ada kita kecapi ketaqwaan atau tidak adalah semata-mata bergantung kepada perjuangan kita melawan nafsu. Orang lain tak tau. Lagi pun, kalau berposa pun maybe sebab dah sampai bulan posa, maka kita pun berposa serupa dengan orang-orang Islam yang lain. Hanya dapat lapar dan dahaga. Yang disebaliknya belum tentu semua orang dapat.

Paling koman pun, nafsu makan menjelang apabila berkumandangnya bau-bau makanan dari dapur sendiri atau dari dapur PaRam. Tapi bermula dari waktu Subuh sehingga petang, memang kita langsung tak fikir pasal makan.

Berlainan dengan posa enam hari di bulan Syawal. Suasana agak lebih mencabar. Orang yang makam tinggi imannya mungkin tak kisah. Tapi keimanan aku yang senipis roti tisu Restoran Maulana ini memang tercabar. Selain cabaran nafsu diri sendiri dalam menafikan keinginan nak bukak posa tatkala handai taulan opis keluar lunch, bisikan syaitan juga aku tak nafikan (dah memang itu kerja dia). Masa tu jugak lah ada kiriman gambar nasi kandar Cafe Cargas, Bayan Lepas melalui whatsapp muncul dari kawan yang outstation. Boleh ke gitew?

Mata yang mengantuk memang normal la agaknya bila berposa ni. Especially menjelang tengahari, duduk mengadap PC pun dah boleh terlentuk.

In fact, cabaran nak mula berposa itu sendiri pun dah jatuh kategori heavy weight. Betul kata proverb omputih, 'nak mula memang susah, tapi once dah bermula kira OK dah'. Dengan demand musim ziarah menziarah, tekanan open house hujung minggu, kesesakan luarbiasa fenomena raya dah sebagainya. Semua tersebut boleh menjadi alasan untuk tidak start posa.

Aku ambil puasa sunat bulan Syawal ni sebagai satu yang sedikit santai. Aku buat selagi dan sekadar yang termampu. Mungkin aku tak sehebat golongan wali-wali boleh posa straight 6 hari. Aku target dapat seminggu 2 hari pun Alhamdulillah. Itu pun takde lah beriya nak bangun sahur bersantapan penuh meja atau ber-iftar bagai raja. Apa yang ada, aku bedal. Like I said before, dah tua-tua ni, lapar dan dahaga tu bukan satu isu besar. In fact, dah sampai hayat kita pun untuk mengurangkan kapasiti perut kita bekerja selama 40 tahun lebih.

Friday, August 8, 2014

Syawal mai dah...

Salam Eidul Fitri. Dah masuk raya ke-12. Alhamdulillah kita masih di panjangkan umur & di murahkan rezeki untuk khatam madrasah Ramadhan & bertemu pula dengan Syawal. Tahun ini Ramadhan aku tempuhi dari perspektif yang lain dalam proses muhasabah diri dan mengenal yang Maha Pencipta.

Sekarang aku dah kembali ke kehidupan KL. 

Seperti tahun-tahun yang lalu, obviously havoc pulang ke kampung tetap berlaku. Yang mampu bercuti panjang dah mula pulang seawal 4-5 hari terakhir Ramadhan. Yang kurang cuti, terpaksa menahan sabar menempuh gamatnya volume traffic di semua laluan keluar dari Lembah Klang bermula Jumaat malam sehingga ke hari Sabtu. Berbagai cabaran yang ditempuhi akibat volume traffic yang meningkat secara mendadak lantas masa perjalanan menjadi dua kali ganda. Tapi sebab semangat nak balik raya punya pasal, all out effort diberikan. Baru la berbaloi balik beraya di kampung.

Plan asal aku nak gerak ke selatan tanahair seawal 4.00 pagi Sabtu, gagal disebabkan kelesuan dan kekurangan tidur. Lepas solat subuh jugak kami sekeluarga bertolak. Alhamdulillah perjalanan lancar dan nyaman. Tetapi jumlah kenderaan di lebuhraya pada awal pagi tu pun sudah membuatkan aku teruja. 

Agenda raya di kampung halaman adalah seperti biasa. Ziarah menziarahi baik yang masih hidup mahupun yang telah dijemput oleh Maha Pencipta. Tidak akan putus doa-doa ku buat keluarga ku yang telah kembali ke Rahmatullah. Itu lah azam ku sehingga aku juga akan bersama di akhir hayatku.

Sekembalinya ke realiti hidup, maka terbuka lah semula pintu-pintu option yang perlu kita pilih. Seminggu dua selepas raya, kita sedikit sebanyak alpa dengan sambutan kemenangan Syawal sehinggakan lupa dengan madrasah Ramadhan yang baru berlalu. Itu termasuk aku.

Istiqomah adalah antara kunci kepada setiap sesuatu. Mujur lah surau kami cekap menjemput ustadz-ustadz kembali untuk kuliah Maghrib. Maka tersentak lah aku dari lamunan Syawal, untuk kembali ke laluan taqwa. Mudah-mudahan, insyaa Allah.

Tidak juga dilupakan, attempt untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Setakat lapar dan dahaga untuk usia se-tua aku ni, bukan menjadi isu utama. Ianya kembali kepada hati.

Selain itu, maka kembalilah kedengaran riuh rendah sahabat handai dengan berita-berita terkini berkaitan acara-acara sukan tanahair seperti larian, basikal dan triathlon. Aku tidak lepaskan peluang untuk kembali beraksi (secara kecil-kecilan aje) untuk dapatkan balik stamina. Nak hidup kat KL ni pun perlu stamina semata-mata untuk survive selain wang ringgit serta doa.

Untuk memantapkan lagi motivasi berletihan, aku sign-up untuk lagi satu century ride di Melaka pada bulan Oktober nanti. Memandangkan masa yang masih jauh, maka ianya agak feasible untuk aku berhempas pulas berlatih letih untuk menamatkan lagi satu kayuhan 1 abad.