Saturday, May 23, 2009

Tambah nasi bang...

Milage bertambah lagi...macam orang tambah nasi cuma lauk je ada kelat sikit nak telan. After stepback yang kurang memberangsangkan, Week 13 datang dengan sambutan yang sederhana. Takde bunga mangga & kompang. Masing-masing sambut dengan penuh kematangan & tenang...hehehe...yang lebih penting ialah berhati-hati. Apa taknya, selepas race New Balance 15k last Sunday, masing-masing dapat lah sedikit sebanyak menimba pengalaman & pengetahuan.

Midweek runs aku kurang meyakinkan hasil dari komitmen & faktor cuaca di Lembah Klang yang lately kurang menentu. Tapi dapat jugak aku layan dengan kaum hari Rabu (sort-a long run 14.2km), itupun habis pukul 7.45pm sambil layan pace yang agak steady. Khamis, untuk pertama kali aku mengambil option untuk lari malam. Malam Jumaat pulak tu. Apa taknya, nak layan petang, KL trafik sendat macam karipap sardin mak aku buat (favourite aku tuh). Rupanya kawan sekampung pun tak dapat run petang tu. So, apa lagi, layan je 4.5km keliling Zon 5 start 10.20 sampai 11.15pm dalam sejuk angin yang nyaman lepas hujan petang...pergh! Mantop! Dapat la aku lepas geram dengan trial run Adizero Boston putih melepak aku sambau kat Bangin dengan harga potongan sehingga 70% dari shelf price. Double Mantop!

OK, sekarang long run punya citer. Takde apa sangat, crew macam biasa jumpa kat carpark Bukit Aman & kami berjaya mula 6.15am which resulted to a very productive achievement. Azmar & Laif join sampai masjid & took the shorter route to Hartamas. We all took Jln Khidmat Usaha, joined by Rasyid, our new pacesetter...sebab dia pakai Polar yg ada shoe pot...hehehe. Kejap2 tanya brp pace & milage. The run to Hartamas plus double loop there was chun. Semua program smooth, cantek. Run back pun cun maintaining pace back to Tijani.

Bila run time dah mula mencecah 2 hours plus, kaki dah mula menunjukkan ciri-ciri mental kacau. Sakit sikit-sikit dah, itu pun nasib baik cuaca still cun & baru pukul 9.00. Aku bagi cadangan untuk stop by kat carpark untuk refuel sebelum complete kan Taman Rusa reverse. We did as planned tapi the Taman Rusa stretch 40% run + 60% walk. Hahaha! A walk in the park sambil sembang, which we find it relieving & fruitful. Janji khatam 28.6km. Amin.

Facts & figs : 15.02km (1:35) 13.62km (1:39) Pace : 6:21

Monday, May 18, 2009

Larian rehersal

Yep...aku ada terbaca pasal race rehersal theory kat mag runnersworld where kita digalakkan buat rehersal for our main race either kita plan for a simulation or join any race. So the NB15k by pacesetter placed at just the correct time about a month plus prior to SCKLM. Though I was looking forward for a half marathon race, 15km should be enough to rehearse my race pace & race gears. Despite the cekik darah fee due from "late bird" registration (RM55), aku redha je untuk run this race.

It was Week 12, a stepback week where milage reduced. Too bad, milage aku was reduced to almost an uncompromised level. Lepas dari outstation, fatigue & malas started creeping in. Tambah lagi dengan alasan Yasmin's mid-term exam week. Ada pulak kawan-kawan sekampung yang anak2 pun sama exam. Tambah lagi dengan ada kaum yang diagnosed with late-bonk syndrome (bonk 2 hari lepas long run). End up aku telah men-sengalkan otot-otot kaki aku during speedwork tahap geli-geli kat area rumah dengan sorang kaum lagi. Tiga hari aku jalan keras & urut-urut kaki yang sengal.

Sampai Sabtu, baru mula gelabah sebab esoknya NB15k. Pagi tu baru aku mulakan langkah pertama untuk berlari semata-mata untuk recall running pace & tempo & get back breathing rythm. Ternyata the first kilometre was a bit haywire. Eventually everything came in place & I was back on my race feet again Alhamdullillah.

Though the race was nothing that I am excited about, it was still a crucial one. Aku tak berapa excited sangat, entah kenapa? Tapi layan aje. 1800 registered runners & maybe lagi 200 lanun. Carpooled dengan member sekampung. Carpark Bukit Aman dah sesak lepas dapat laporan trafik dari Saiful. So, terpaksa park tepi jalan depan Memorial Tun Razak & walked down Taman Rusa to Tapak A. Socialised kejap dengan kawan-kawan yang terjumpa kat starting line & off we jammed the Lake Garden arterial road climbing & descending. Pace was ok untuk aku mula-mula tu. Sampai stesen komuter Bank Negara ada rasa terkucil sikit tapi malas nak layan sebab jalan tengah sesak & hari dah terang benderang. Kalau lari masuk semak sure menarik perhatian ramai.

Double hill route dah memang favorite route for any sub-20k races kat KL ni, termasuklah pacesetter punya events. So, ternyata ramai jugak yang mula meng-kencundang-kan diri bila dah start mendaki first bukit tu. Nafas-nafas kuda & kambing dah mula berkumandang di sepanjang laluan. Dah lama aku tak lari kat sini, terasa macam ada tumbuh bukit-bukit baru pulak sementara nak sampai ke Mahameru. Lega rasa & lapang dada bila dah keluar dari Bukit Tunku. Dah mula nampak runners yang cross Mahameru & mula climb last bukit Wisma Tani yang memang menjadi landmark terakhir, even for the upcoming scklm. Suka betul diorang dengan bukit ni. Lepas water station kat situ, aku mula mengorak langkah yang lebih bertenaga untuk mendaki tapi malangnya kemampuan hanya sampai Istana Selangor bila kaki aku terasa keras & lutut sudah tangkap...seriaaap! Tambah pulak lagi dengan permukaan jalan yang menyenget...apa punya design la.

Kedengaran bunyi hon-hon pemandu2 yang mula marah sebab kena tahan sebab kita orang cross Jalan Parlimen. Maklum la depa semua takut nasi lemak Tangling habis la tu. Last task will be completing the lake loop yang dijangka akan menyebabkan mental kacau bagi mereka yang lemah semangat. Ada runners yang terpedaya dengan tipu helah ni, depa ingat dah boleh balik ke Tapak A rupanya 1 loop lake dulu beb. Dah member bonk half way. Tergelak aku bila aku potong dia. Aku mula susun langkah & shift gear rendah untuk catch up dengan 2 kaum di depan. Layan je, bak pepatah yang aku selalu pegang "run with your heart". Dapat jugak aku cross finish line dengan sorang kaum. Lagi sorang lead guitarist tak dapat kejor sebab dia laju nak buat performance kat Panggung Anivesari. Unofficial time dari jam aku is 1:29:24 pacing at 5:58min/km. Agak laju untuk scklm tapi just nice untuk NB15k. One thing obvious & agak pelik untuk run hari ni, sweat rate aku agak tinggi. Habis lencun & banyak peluh. Wonder why?

Saturday, May 9, 2009

Garam di laut, asam di darat

"Garam di laut, asam di darat". Antara pepatah Melayu yang selalu kita dengar tapi aku masih blurr apa maksud dia. Dia punya penyudah tu kot yang ada erti sikit, which is "...akhirnya bertemu juga di dalam periuk". Tapi maksud dia lain la dengan apa yang aku nak try tulis ni. Senang citer, pepatah lain la..."jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman" or "banyak makan garam".

Ok la, actually nak kaitkan dengan experience aku menongkah perjalanan ke arah event marathon aku yang pertama. Tapi banyak hilang garam ada la...hahaha.

Sepanjang aku mengorak langkah, bertekad semangat & bulatkan suara untuk mencuba first marathon ni, sedikit sebanyak ada juga pengajaran & pengalaman pahit getir & manis yang aku alami & saksikan. Mostly pahit kot sebab of course la penat & pongeh. Mana ada orang training marathon yang balik rumah ceria & lebih bertenaga. Actually berkoyan jugak la ilmu-ilmu baru yang aku dapat.

Seperti yang coach Mark William bagitau masa marathon clinic hari tu, bukan semua orang boleh lari 42km ni. Normal person yang biasa berlari pun boleh achieve 30km je. The rest of it comes with a price. No wonder la dulu-dulu aku jumpa ada kaum yang share bagitau running a 42km boleh bunuh diri. Now I know la tapi mintak dijauhkan Insyallah.

Decision untuk do the full marathon memerlukan komitmen yang tinggi & mental yang kuat. Berlari ni pun satu bala jugak. Bukan boleh layan sorang-sorang beb. Kalau setakat 5km or 10km boleh digagahkan lagi tapi bila milage training for long runs dah masuk 15km ke atas, boleh kena sawan.

Ok la, aku tak yah la mula citer dari awal aku dapat ilham nak try marathon, berjela jawapnya. To cut it short, after all those mid week runs & tireless long runs, alhamdullillah aku dah sampai milage tahap gaban. Pagi tadi aku baru complete 25.7km (16 miles ikut Hal's schedule). Actually for the second time reaching this plateau. First time masa aku training end of 2008 kononnya KLIM Ambank akan berlangsung bulan Mac 2009. After today's effort, aku terasa nak luahkan semua kat sini.

About the pengalaman & pengajaran, memang banyak. Sebab tu la aku nak rekodkan kat sini. Overall, MARATHON telah mengajar aku supaya menjadi a better person...secara keseluruhan. Obviously dari sudut health. Sepanjang hayat aku, ni lah period yang aku agak conscious dengan apa yang aku makan, minum & how aku spend time aku. Suddenly aku jadi dietrician pulak. Of course la conscious on runners' angle which diet which is high in carbohydrates, proteins & hydrations. Lemak tu tak payah cari la, almost semua serving kita ada. Aku jugak kerap check berat badan & lately take the effort to catat kat whiteboard...dah jadi freak ke aku ni? Takpe lah, looking at the bright side...it's a healthy lifestyle.

Second good thing is that stamina memang mantop bin pop! Meletup-letup beb. Aku sendiri pun tak sangka endurance, strength & recovery yang terserlah. Ini lah berkat training schedule yang teratur & tak ponteng. Kalau dulu-dulu dengar cerita orang run dari Bukit Aman ke Sri Hartamas lalu Bukit Tunku, cross Jalan Duta & lalu bukit bukau Plaza Damas...pergh! Giler tu. Hilang hakal ke? Sekarang, aku antara orang-orang yang giler berlari kat situ setiap hujung minggu...hehehe. Maybe sebab masa aku spend untuk lari ni yang obviously resulted to the overwhelming products. Patut la professional athletes makan tidur dengan sukan diorang 24/7. Cuma aku rasa stamina aku belum cukup melatup untuk aku mendisplinkan diri buat cross training hari Ahad. Bila milage dah tinggi ni, bangun tidur Ahad pagi lepas carbo load kat Dju Cafe antara yang paling nikmat dalam dunia.

Besides the knowledge about healthy foods & not, aku jugak dah hampir terjebak dengan ilmu kasut...kah kah kah! Bab cari kasut memang boleh menyebabkan oneself jadi gila! Tambah lagi dengan aku yang a bit particular (cerewet) & market Malaysia yang very limited. Dari magazines to internet sampaikan ke rak-rak kasut kat semua kedai sukan yang aku boleh capai sekitar KL, habis semua aku balun. Dalam diam-diam aku dah stock-up 3 pasang running shoes yang aku bangga.

Lately, after running all those days and hours, aku terfikir pasal running mechanics yang optimum supaya my runs become more economical. Sekarang dok kemaruk membaca apa je articles pasal run-mechs. Maybe sebelum ni aku praktikkan method yang salah, so today aku manage to apply and improve & paling penting avoid injury.

Eventually these hectic & tight routine masa mid-week runs & weekend long runs menyebabkan aku atur & plan ahead semua jadual aku walaupun kena look ahead up to a month punya takwim. Maklum lah, season macam ni bukan boleh tangkap muat je program. Zaman sekarang nak plan bercuti pun kena plan 6 bulan awal, especially bab booking hotels & flight.

Last but not least, besides knowing our own self inside & outside, we get to know the people around us. Make new friends from local running community & run freaks yang cakap sorang-sorang masa lari...hahaha! Tapi these people are cool. They average themselves as humble individuals & willing to share knowledge & all anytime any place. Maybe sebab running is a sport yang kita make direct contact dengan "earth" with those constant pounding lasting hours by hours. On top of that, aku jugak get to know kawan-kawan sendiri yang berlari 3 petang seminggu & 2-3 jam setiap weekend.

Sunday, May 3, 2009

Route tour

Selepas puas balun 10k twice & 21k twice for the last 4 weeks on long runs, come May the milage starts to touch the pain & challenging figure. The Labour Day break was definitely defined as the LABOUR workout for 6 of us.

Plan to start early but despite the Sujud Sejadah at Masjid Bukit Aman during Subuh, we flagged off at 6.30am. Despite the early start, we still can't beat the early sun & warmness of KL climate nowadays. By the time we reached Masjid Wilayah route, the sparkling brightness has begun. All was good to Sri Hartamas & back until hell broke loose after crossing the Mahameru bridge.

The remaining 4km back to Bukit Aman was nothing more than adding some pace & spices to the pack. Zakuan opted to play safe while Zaidi chosed the shorter trip avoiding new Bank Negara - Commuter Station stretch. The final league was a breakfast session with mee kicap & kuew teow goreng at Tangling recalling the pain & agony of running today.

Clocked 2:25 (approx.)