Saturday, May 23, 2009

Tambah nasi bang...

Milage bertambah lagi...macam orang tambah nasi cuma lauk je ada kelat sikit nak telan. After stepback yang kurang memberangsangkan, Week 13 datang dengan sambutan yang sederhana. Takde bunga mangga & kompang. Masing-masing sambut dengan penuh kematangan & tenang...hehehe...yang lebih penting ialah berhati-hati. Apa taknya, selepas race New Balance 15k last Sunday, masing-masing dapat lah sedikit sebanyak menimba pengalaman & pengetahuan.

Midweek runs aku kurang meyakinkan hasil dari komitmen & faktor cuaca di Lembah Klang yang lately kurang menentu. Tapi dapat jugak aku layan dengan kaum hari Rabu (sort-a long run 14.2km), itupun habis pukul 7.45pm sambil layan pace yang agak steady. Khamis, untuk pertama kali aku mengambil option untuk lari malam. Malam Jumaat pulak tu. Apa taknya, nak layan petang, KL trafik sendat macam karipap sardin mak aku buat (favourite aku tuh). Rupanya kawan sekampung pun tak dapat run petang tu. So, apa lagi, layan je 4.5km keliling Zon 5 start 10.20 sampai 11.15pm dalam sejuk angin yang nyaman lepas hujan petang...pergh! Mantop! Dapat la aku lepas geram dengan trial run Adizero Boston putih melepak aku sambau kat Bangin dengan harga potongan sehingga 70% dari shelf price. Double Mantop!

OK, sekarang long run punya citer. Takde apa sangat, crew macam biasa jumpa kat carpark Bukit Aman & kami berjaya mula 6.15am which resulted to a very productive achievement. Azmar & Laif join sampai masjid & took the shorter route to Hartamas. We all took Jln Khidmat Usaha, joined by Rasyid, our new pacesetter...sebab dia pakai Polar yg ada shoe pot...hehehe. Kejap2 tanya brp pace & milage. The run to Hartamas plus double loop there was chun. Semua program smooth, cantek. Run back pun cun maintaining pace back to Tijani.

Bila run time dah mula mencecah 2 hours plus, kaki dah mula menunjukkan ciri-ciri mental kacau. Sakit sikit-sikit dah, itu pun nasib baik cuaca still cun & baru pukul 9.00. Aku bagi cadangan untuk stop by kat carpark untuk refuel sebelum complete kan Taman Rusa reverse. We did as planned tapi the Taman Rusa stretch 40% run + 60% walk. Hahaha! A walk in the park sambil sembang, which we find it relieving & fruitful. Janji khatam 28.6km. Amin.

Facts & figs : 15.02km (1:35) 13.62km (1:39) Pace : 6:21

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.