Sunday, October 1, 2017

Det

Sudah seminggu berlalu dengan pantas. Memori dan kerinduan juga semakin diambil alih oleh kesibukan harian kembali. Namun, tatkalal saat dan detik atau "moment" tertentu, sudah tentu hati akan sayu dan hiba ibarat ditarik semula oleh memori indah bersama. Aku masih dalam mode memulihkan hati dari kesedihan. Fokus agak keterlaluan lekangnya. Tapi aku layankan sahaja selagi tidak mudarat. Pastinya aku masih normal, dan bukan robot yang tiada jiwa.

Tanggal hari yang sangat baik seminggu yang lalu, pada 10 Muharram 1438 Hijrah atau Ahad, 1 Oktober 2017, kami kehilangan seorang yang sangat signifikan. Manusia, sehingga kita kehilangan sesuatu baru kita hargai atas ketiadaannya. Lumrahnya begitu. 

Det adalah seorang sahabat aku sejak 2009. Walau mungkin tidak selama mana tapi keakraban sangat bernilai. Aku terkesan hasil kehilangan ini. Aku yakin masyarakat sekeliling juga begitu. Tapi aku masih yakin Det adalah antara kawan aku yang paling memahami aku.

Aku akan kehilangan bersembang pagi hari di kedai mamak hujung deretan pejabatnya. Di situ juga kali terakhir kami bersarapan bersama apabila Det membaham nasi kerabu yang dibeli bungkus entah dari mana. Di situlah setiap kali aku akan melabuhkan coretan pengalaman aku apabila pulang dari suatu sesi temuduga. Det tetap akan mendengar dan setiap kalinya akan dituruti dengan gelak ketawa.

Dia juga antara yang suka menyokong setiap sesuatu yang kawan-kawan buat. Dia tak pernah membantah kecuali dengan komen yang disuruhnya kita berfikir semula. Dia sentiasa sokong apa juga projek aku. Sebab itu kami selalu gunakan platform mengeteh sebagai pelancar untuk berbagai program aktiviti bersama geng lain expecially dengan Suakasih Outdoor Quest. Orang yang tak tau, mereka hanya ingat kami sembang kosong atau mengata orang. Mohon maaf, mengumpat bukan dalam agenda kami walaupun sesama sahabat SOQ lain.