Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Angan-angan Fakir Kota

Angan-angan 1

Lately sejak habis season kayuh selepas KCR, hampir mencecah sebulan lebih aku tak beriadah. 3 minggu selepas KCR aku cuba kembali masuk hutan dengan Niner. Kembali melawat trail Kemensah dengan sahabat-sabahat off-road yang lama tak jumpa. Trail masih kekal kemas dan cantek tapi kaki dan jantung aku tak dapat nak adapt pada style kayuh off-road yang lama aku tinggalkan sejak training untuk KCR....blergh!

29 X 2.1 should be lighter
Apa-apa pun aku cuba merangkai teori kenapa aku jadi penat sangat? Selain kekurangan stamina, aku mencari 1001 alasan untuk menyolek Niner untuk tambah UMPH! Puas juga aku kaji beberapa hari apa yang perlu aku susun untuk mengemaskan lagi spesifikasi Niner. Dengan beberapa nasihat dari sahabat, upgrade paling ekonomik ialah mengecilkan saiz tayar dari yang sedia ada Onza Carnis 29X2.25 kepada Schwalbe Rocket Ron 29X2.1. Pengurangan sebanyak 200 gram setiap tayar (total 400 gram depan dan belakang), amat difikirkan efektif. Kena pulak ianya adalah "rolling weight". Harga seketul tayar RM139 paling murah pernah aku jumpa. Average market price RM170.

Ini ialah Masterpiece
Teori kedua upgrade ialah kepada groupset. Sekarang cuma 9 speed kombinasi Shimano XT di depan dan SLX di belakang. Agak kurang upaya untuk kaki dan badan tua ini menjinakkan trail dengan kombinasi gear ratio sedia ada. Sekarang riders dah pakai 10 speed, even racers dah mula pakai 11 speed! Pergh! Tapi aku bukan racer, sekadar ingin melayan trail dengan senyuman tanpa bisikan-bisikan kesal. Advise terbaik ialah upgrade ke SRAM X1 10 Speed yang walaupun akan berada di pasaran tak lama lagi, harga maybe pada aku agak mampu di miliki dengan penabungan berhemah beberapa bulan. Harga yang di jangka ialah RM2000.

OK la. Hutang motor LC135 pun baru aje habih langsai. Boleh lah di salurkan dana tu ke tabungan Rocket Ron dan X1 kot. 

Angan-angan 2

Impian yang ini memang dah lama berputik. Since aku ni memang rider cari makan yang tegar (read rider motor ye bukan rider basikal), menunggang motor ni dah kira hampir 80% dalam konteks pemikiran logistik dan logik akal aku. Especially lifestyle zaman la ni selain faktor ekonomi yang terus mendorong untuk aku menunggang motor ke kerja. Nombor keramat tu ialah 18 tahun! Pergh! Hampir 20 tahun aku menjadi rider tegar. Walaupun sekali sekala badan season ni manja jugak nak drive aje kereta ke pejabat, tapi akal yang lebih bersifat praktikal ni menolak bida'ah kelesaan aircond dan kerusi empuk kereta.

OK memang selesai installment LC tu aku bercadang nak betulkan apa yang patut. Al-maklum motor second hand tapi aku tetap kagum dengan prestasi dan kehenseman motor cari makan aku ni. Dana juga diperlukan untuk tukar "clutch plate" dan "clutch housing" serta "meter panel" yang jarumnya dah tunduk ke bumi sejak 4 bulan yang lalu.

Tabungan kasar yang diperlukan boleh mencecah angka RM500. Tidak setinggi dana yang diperlukan untuk Niner kan? Tapi kalau dah hobi berbasikal, stokin kerja yang koyak di ibu jari pun sanggup tangguh sampai 5 jari.
Clutch Plates












Angan-angan 3

Impian yang ini paling lama di antara angan-angan yang di atas. Yang ini dia sekadar touch n' go aje. Bila nampak, dia mula berangan. Bila takde, kita duk diam aje. Faktor impian masih di awangan ni ialah sebab ia menelan kos yang paling tinggi. Angan-angan menjadi rider superbike. Pergh! Tu dia!

Nope, bukan superbike yang macam kelajuan peluru tu. Itu hobby tahap bangsawan langit ke-7.

Trend sekarang orang refer superbike kepada semua jenis motorsikal berkuasa tinggi. Betul ke macam tu? Pada aku superbike ni yang 1000 c.c. ke atas tu ye la. Tapi since market sekarang dah mula banyak dengan variant c.c. dari pengeluar, maka range 600-800 c.c. tu lebih banyak pilihan dari 1000cc. Oleh yang demikian, penggunaan superbike dah jadi kurang eksklusif. Tambah pulak lagi trend naked bike yang berkuasa tinggi jugak, padahal sekadar untuk town use. So, aku pun agak pening jugak memikirkan praktikal atau tidak guna naked bike dengan 600-750cc di KL ni? Unless kita commute pada jarak yang lebih 40km sehari, laluan lebuhraya maka mungkin idea itu sesuatu yang di terima akal aku. Tapi kalau setakat nak pusing KL ni tambah lagi dengan sesak jalan hasil projek MRT sana sini, motor kapcai aje la solution yang paling tak "poser" untuk aku.

Sorry, berbalik kepada impian so called superbike aku tu ialah motor yang kuasa yang tidak terlalu tinggi tapi cukup untuk aku pi travel hujung minggu sama ada sekadar amik angin atau pulang ke kampung halaman secara solo tanpa family untuk cost and time effective travelling. Konsep touring bike or dual purpose menjadi pilihan selera.

A few years down the road, aku anticipate routine aku mungkin akan mengalami sedikit perubahan yang memerlukan kepada adanya sebijik motorsikal berkuasa sederhana yang mampu di miliki...dan of course hensem. 

Antara design yang menepati citarasa ialah Kawasaki Versys 650. Cukup la. Versys 1000 tak terdaya badan ni nak handle, apatah lagi poket nak menampung kos. Berat oooo motor besar-besar ni. Harga pasaran RM38k. Harga terpakai RM20-25k bergantung pada aksesori yang diberi. Tapi secara honest, jumlah dana ini masih terlalu tinggi untuk aku komit, maka sebab itu impian itu datang dan pergi tanpa berfikir secara serious. Hah?! Installment? Hmmm...sistem kehidupan kita zaman ini tidak aku fikir bijak untuk menambah hutang.


Balik kampung, pisang 3 tandan boleh settle

Tapi 1-2 hari yang lepas gigil tu mai semula. Anak buah mai iftar di rumah dengan motor baru. Aku perhati aje dari jauh. Sementara tunggu azan, aku merayau ke depan rumah membelek motor apa dia beli ni. Yang pasti jenama Kawasaki tapi kelihatan saiz yang tidak begitu besar, aku memberanikan diri untuk duduk di atas seat. Macam best je. Bila aku cuba untuk menegakkan motor dari stand nya, kagum aku dengan weight dia. Ringan! Tak seberat moto anak buah aku yang lagi sorang yang 850 tu. Risik punya risik, rupanya ni keluaran terbaru Kawasaki untuk mid range capacity. Z250 yang memakai design Z800 sebijik tapi lebih kecil dan comel. Depa panggil baby Z.

Baby Z
Lepas iftar, anak buah aku offer test ride tapi alangkah terkedunya aku sebab aku dah siap berkain pelekat untuk ke surau. Tak berani aku tanggung risiko kain pelekat terbang tengah aku memecut dengan kelajuan bunyi. Harga pasaran RM21k. Hensem. Kita perhatikan Baby Z di jalanraya dulu.

Tiba-tiba aku tersentak bila lirik lagu Hattan "terhenti lamunan, bila ku dikejutkan..."

Kesemua angan-angan yang tersebut di atas hanyalah sekadar syair dan gurindam tatkala melayan mata yang mengantuk di bulan Ramadhan. Angan-angan ini ada mungkin akan di realisasikan mengikut priority dan kemampuan semasa. Oleh kerana Syawal bakal menjelang dan tabungan sedekah jariah lebih mengambil tempat utama, maka aku berdoa semoga Barkallah sentiasa bersama ku.

Monday, July 15, 2013

Ramadhan mai lagi...syukur Alhamdullillah


Cukup lah berjimba. Dah wajib masuk kem training untuk akhirat pulak. Every year kena masuk kem ni. Kasi polish apa yang dah mula malap dari tahun lepas. Al-maklum la, iman macam Yo-yo. Aku ni bukan para alim ulama'. Semua benda macam tu. Kereta pun kena tukau minyak hitam. Nak masuk marathon kena training paling koman 18 weeks. Hat yang ni training sebulan je tapi untuk dunia yang kekal selamo-lamo nya. Takkan tak boleh ye tak? Sebulan jer.

Approaching Ramadhan aku hanya sedikit excited dan tiada any important plans for the execution. Ye la, maksud aku plan sampingan selain yang wajib tu ler. Aku cuma plan untuk go with the flow and maintain apa yang termampu. 

Solat sunat Tarawih yang pertama pada Ramadhan eve suddenly menyentuh perasaan. Hati jadi pink kejap. Terdetik nostalgia (nostalgik lagi orang tua ni...) bahawa Ramadhan yang lepas macam baru aje berlalu. Dan excitement kembali mengusik kalbu especially dengan kemeriahan 'kampung ku' ini. Dan dalam masa yang sama jugak aku terasa sedikit hiba mengenangkan kejap aje nanti Ramadhan akan berakhir. Huk...huk...

Kemeriahan di kampung kami memang best. Bukak posa di surau dengan family, solat Maghrib di surau dengan family, solat Isya' and Tarawih di surau dengan family dan boleh sambung balik projek tadarus al-Quran dengan kaum. Mintak maaf, PARAM tiada dalam agenda kami sejak tahun lepas lagi ye. 

Jadual yang padat di malam hari membuatkan aku tak sabar nak pulang ke rumah dari office tiap-tiap hari. Moga-moga Allah beri kami sekeluarga dan seluruh ummat Islam ketabahan dan kekuatan membelenggu nafsu dan full swing beramal di bulan mulia ni. Dan mendapat Rahmat dan barakah bulan hebat ni. Insyaa Allah.

Macam biasa, surau Al-Ansar maintain program posisi 4-30-4-2-1. Macam line up JDT. Hahaha. Memang padat beb. Tak sempat penat. Janji masa bukak posa jangan terkam macam pi perang. Jejak mid-night baru reda sikit. Tido awal or tido lewat, bulan posa ni sure mengantuk punya siang hari. Lotak je kepala kat kerusi pun dah boleh berdengkur. Asal jangan terkezut pi sepak meja sudah.

Ustadz kat tazkirah 30 minit tu bawak peringatan benda-benda sama jugak. Dr. Fadzilah Kamsah pun kata kanak-kanak kena remind 200 kali baru depa ingat. Orang tua mau 400 kali kot nak tembus otak dan hati yang dah berkerak tu. So elok la sangat kita chill dengar tazkirah tu kejap sambil lunjur-lunjur kaki. Mana lah tau, mudah-mudahan ROI (Return of Investment) menguntungkan.

Abih witir, kita layan moreh sat. Kalau kat hotel orang kata 'mingle around' la. Layan orang kampung kami ni syiok gak especially yang dah senior-senior tu. Asyik citer pasal basikal, pasal lari, pasal event je. Tukau citer pasal kampung halaman, ayam, itik, kobau sekali sekala kan ke best.

Agak-agak tekak dah basah sikit baru lah kita carry on dengan exercise mata dan mulut pulak. Dapat satu jam cukup la. Lebih kurang group LSD jugak, dalam 5-6 orang lepas ler 1 Juzu' setiap malam. Mudah-mudahan dapat kat kita Syafaat kitab Allah tu nanti, tak kira la kat dunia mahupun di akhirat. Insyaa Allah.

Orait. Setakat sini dulu buat masa ini. Aku doakan sahabat-sahabat se-Islam kuat dan tabah menjalani ibadah posa semoga dapat grab apa tawaran-tawaran yang Allah janjikan di bulan Mega Sale ni. Rugi kalau tak sign.

Saturday, August 11, 2012

Dzikir Abu Nawas


Tiada yang lebih indah selain dzikir Abu Nawas yang sentiasa menyentuh jiwa tatkala kita bakal meninggalkan Madrasah Ramadhan.




Monday, August 6, 2012

The Ultimate Journey


Assalamualaikum wbt

Sempat gebang sikit hujung minggu ni since cuti Nuzul al-Quran ni ada kelapangan sikit. Gebang pun tak boleh panjang-panjang macam kuliah Subuh sebab banyak urusan lain jugak yang kita kena kawtim kan.

Petikan beberapa perkongsian berikut ni dari Ustadz Hanif Ghazali yang mai kat surau kami tanggal 27-Julai 2012 yang lalu. That would be circa 6-Ramadhan 1433 Hijrah. Ustadz ni punya memori memang tersangat aku kagum. Perhaps dia guna Core2 duo kot.

Dia merakamkan segala tarikh-tarikh kemenangan Islam sejak dari 1 Hijrah lagi sampai ke zaman ini. Paling koman pun yang aku boleh recall, ada dekat 20 lebih tarikh dan peristiwa yang beliau kongsikan. Hampir 10 minit jugak lah dia kasi perabih sejarah tu dengan tarikh dan sedikit ringkasan sejarah tersebut.

Jadi dapat dikupaskan bahawa Islam memang hebat zaman terdahulu especially zaman kepimpinan Rasullullah saw serta zaman khalifah-khalifah yang terkemudiannya. Hebat tak hebatnya mereka tu, hampir kesemua peperangan besar mereka peroleh kemenangan di bulan Ramadhan. Dalam menjalani ibadah berpuasa pun, mereka bukan sahaja mampu mengangkat pedang untuk berjuang, malah siap menang lagi. Ni bukan pi Olimpik siap boleh keluar statement qadha puasa sebab nak mengharumkan nama Negara beb. Mana ada hukum macam tu kecuali untuk mereka yang benar-benar sakit atau musafir untuk ke jalan Allah swt.

Sampaikan satu peperangan yang menarik perhatian aku, ustadz bercerita, kaum Yahudi siap tak nak berperang dengan tentera Islam di bulan Ramadhan sebab takut kalah. Sama ada mereka akan cuba habiskan perang tu sebelum sampai Ramadhan atau siap boleh pospon lepas Ramadhan. Sampai begitu sekali kehebatan umat Islam dulu. Allahuakbar.

Aku dapat simpulkan sendiri, keyakinan mereka dengan Allah swt yang tak berbelah bagi itulah kunci untuk kemenangan para sahabat tatkala itu. Subhanallah.

Lantas ustadz memanggil kita untuk merebut peluang di bulan yang teramat mulia ini untuk bermuhasobah. Mengenang kemungkaran yang telah kita lakukan selama 30 or 40 tahun kita hidup di dunia Allah swt ini. Tatkala inilah peluang yang terbuka luas Allah swt beri peluang atau buka pintu taubat untuk kita. Rugi sangatlah kalau kita tak grab the chance. Dah 30 hingga 40 tahun kita ni lara/lagha sangat dengan keduniaan. Dan pernahkah kita terfikir Allah swt yang maha pengasih & penyayang itu sentiasa memberi kita peluang untuk mengejar ketaqwaan dah 30-40 tahun jugak? Kalau 30-40 tahun kita masih lagi menganggap Ramadhan itu hanya berpuasa sebagai adat, maka sebaiknya lah kita timbal semula ideology tersebut. Jangan kita teruskan amalan sekadar ikutan semata-mata. Ambil lah peluang kolej Ramadhan ini sebagai  training ground untuk kita mengejar the ultimate marathon.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, ustadz menyentuh tentang malam seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Malam pengampunan yang ultimate dan di mana Allah swt akan limpahkan rezeki kepada umatNya yang beriman. Ustadz bagi tips macam mana kita nak kecapi peluang tersebut. Formulanya agak mudah tapi memang memerlukan komitmen & keikhlasan yang ultimate.

Solat berjemaah waktu Maghrib
Solat berjemaah waktu Isya’
Solat berjemaah waktu Subuh

Kalau dapat kawtim yang tiga ni, InsyaAllah aku rasa kita juga tiada masalah untuk menunaikan solat-solat sunat tengah malam yang lain seperti tahajjud, taubat, hajat & solat sunat tasbih. Yang sunat inilah sebagai pelengkap di mana Allah swt senantiasa akan kagum dengan umatNya yang sanggup meninggalkan keenakan tilam & bantal yang empuk hanya untuk memperhambakan diri untukNya.

Ini bukan gebang kosong beb. Ini janji Allah swt yang telah tertulis di dalam Qalamullah. Janji Allah swt yang tidak akan dimungkiriNya.

Tapi jangan juga kita menyesali kerana tidak merebut peluang ini sebab terdapat beberapa golongan yang Allah swt tidak akan ampunkan dosa mereka walaupun para Malaikat cuba untuk mengaminkan doa mereka. Antara golongan tersebut ialah:

Mereka yang mensyirikkan Allah
Mereka yang menabur fitnah
Mereka yang melakukan dosa besar di bulan Ramadhan seperti minum arak
Mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan di bulan Ramadhan seperti membuka aurat
Mereka yang memutuskan silaturrahim. Kalau ada yang masih bermasam muka dengan sahabat tu, elok lah sangat pi mohon ampun & maaf. Apatah lagi kalau punca bermasam muka tu semata-mata sebab dunia.
Mereka yang menderhakai ibu bapa mereka. Jangan tunggu raya baru nak mohon ampun & maaf. Sekarang ni elok pi buat teruih.

Na’uzubillah. Moga dijauhkan kita dari tergolong dalam golongan-golongan ini. Kalau kita masih atau pernah terjebak atau melakukan kemungkaran ini, rebutlah peluang bulan yang penuh kebesaran ini untuk bertaubat. Nak tau cara bertaubat, boleh mula dari sekarang untuk mencari ilmu taubat itu sendiri. Cara paling mudah untuk kita berjinak-jinak dengan pendekatan taubat, pi attend majlis Qiamullail yang dianjurkan di mana-mana surau dan masjid berdekatan. Sure ada punya, especially bila dah dekat-dekat nak habis Ramadhan ni.

Kalau kita boleh menyalurkan tenaga & komitmen untuk habiskan marathon, ultra marathon, powerman, ironman, swim marathon, jalan kaki 12 jam, kayuh beribu-ribu kilometer, raja bukit ka, aku rasa paling koman sejam setengah kita menurunkan martabat kita untuk sujud kepada Allah swt di Qiamullail pasti boleh. Pencapaian keduniaan dengan medal dan PB yang kita banggakan sangat tu, takde gunanya kalau kita masih tak kembali kepada jalan Allah swt, iaitu jalan yang menuju kepada kejayaan hakiki iaitu syurga Allah swt. Ini pesanan untuk diri aku, untuk keluargaku dan juga untuk sahabat-sahabatku.

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
(al-Qadar, 97: 1-5)

Friday, August 3, 2012

Sharing is caring


Alhamdullillah segala puji-pujian, Tuhan  yang memelihara & mentadbir sekelian alam. Syukur ke hadrat Illahi kita telah melepasi fasa pertama bulan berkat Ramadhan. Semoga kita mendapat rahmat Allah yang diutuskan melalui malaikat-malaikat yang senantiasa berdoa untuk orang-orang yang beriman.

Aku mohon ampun & maaf di atas segala kekhilafan dalam meninggalkan blog untuk berkongsi bersama ilmu-ilmu Allah swt yang saban hari kami di surau tidak putus-putus terima dari ustadz-ustadz. Sehingga malam ini aku terpanggil untuk berbicara tentang tanggungjawab kita menyampaikan ilmu-ilmu (peringatan) ini untuk panduan kita mengejar ketaqwaan. Terutama di bulan yang penuh barakah ini.

Surah al-A’la
[8]Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. [9]Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); [10]Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; [11]Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, [12]Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

Kuliah subuh weekend yang lalu kami didatangkan dengan Ustadz Badrul Hisham, yang sememangnya terkenal dengan kehebatannya bertutur mengenai ilmu Allah swt. Beliau cuba membawa kami dalam mengupas isi kandungan dan matlamat setiap amalan kita di bulan Ramadhan. Ini adalah semata-mata sebagai peringatan buat kita bahawa sesungguhnya ibadah berpuasa itu adalah rukun dan bukan adat.

Ustadz cuba mengupas rahsia ilmu Allah swt tentang puasa & sekaligus cuba mengkaitkan dengan segala ibadah lain dalam rukun Iman kita. Bahkan ustadz menggalakkan kita mengenali ilmu ibadah ini & difardhukan kita untuk senantiasa berilmu dalam mengerjakan ibadah. Ilmu akan membawa kita kepada kefahaman tentang apa yang kita buat & bukan semata-mata ikutan kerana dengan sekadar ikut-ikutan, kita belum tentu mendapat keredhaan Allah swt. Sesungguhnya dengan ilmu itu, ibadah kita akan lebih bermakna mudah-mudahan akan membawa kita kepada keimanan yang ultimate.

Ustadz menyentuh tentang ibadah solat. Sesungguhnya ibadah ini difardhukan untuk kita sebagai bekalan dunia. Kita saban hari mendengar solat itu tiang agama. Benar. Tanpa tiang-tiang ini, kita akan mudah alpa dengan arus dunia yang semakin hebat melalaikan kita. Fardhu bermakna wajib. Itulah hisab pertama yang akan dipersoalkan di hari perhitungan kelak. Bahawasanya dengan kekuatan yang Allah swt kurniakan untuk kita, Istiqomah yang kita kejar kerana resam kita di dunia ini sentiasa gagal dengan isitiqomah. Maka semoga kita lebih berilmu dalam mengerja rukun pertama ini. Hadiri lah majlis-majlis ilmu, banyakkan bertanya dan tatapi lah buku-buku panduan agama.

Peringkat kedua dari solat ini, ustadz memanggil kita untuk mengenal pengertian berpuasa itu sendiri. Tentang rahmat Allah swt. Apa itu rahmat? Contoh yang paling nyata di fasa pertama ialah tak lain tak bukan dengan fenomena kehadiran yang besar dari umat Islam ke masjid-masjid dan surau. Allah swt telah menurunkan rahmat ke dunia dengan menyentuh hati setiap di antara kita di setiap pelusuk dunia untuk sama-sama ke masjid mengerjakan ibadah solat berjemaah. Itu lah di antara fenomena rahmat Allah yang sangat aku kagum. Pernahkah kita terfikir? Berjuta umat mengejar rahmat ini kerana peluang ini hanya didatangkan kepada kita hanya di bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah swt telah berjanji bahawa setiap amalan di bulan besar ini akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Itu janji Allah. Janji yang telah dinyatakan di dalam kalammullah, al-Quranulkarim.

Fasa kedua Ramadhan juga dikenali dengan fasa pengampunan atau maghfirah. Namun pengertian pengampunan tidak akan hadir tanpa rasa penyesalan di atas segala kemungkaran yang selama ini kita lakukan. Berbalik kepada rahmat yang kita kecapi di fasa pertama, beserta dengan kesedaran iman & istiqomah, maka kesedaran di atas dosa-dosa yang lalu akan kita rasai. Di saat dan ketika inilah kita akan bermunajad memohon pengampunanNya dengan rasa penuh penyesalan. Alat atau tools yang paling popular untuk kita terus memperhambakan diri ini adalah melalui Zikrullah. Zikir membantu kita sentiasa mengingati Allah. Setiap lafaz dibibir perlu penghayatan yang mendalam sehingga hati kita tersentuh dengan zikir tersebut. Lebih banyak kita berzikir, lebih sentiasa kita mengingati Allah, sekaligus kita akan terus memohon keampunan & meninggalkan segala kemungkaran.

Fasa ketiga. Fasa yang sering kali kita dengar sebagai fasa pembebasan dari api neraka. Di mana inilah sefaham aku sebagai matlamat kita hidup di bumi Allah. Bumi yang Allah pinjamkan untuk kita sebagai khalifah bagi mentadbir kehidupan kita sendiri, keluarga malah persekitaran kita. Segalanya adalah untuk dunia yang ultimate iaitu kehidupan di hari akhirat. Syurga. Itu yang kita mahukan. Sesungguhnya terdapat 4 jenis umat yang akan sentiasa dirindui syurga (1) Orang yang sentiasa membaca al-Quran. (2) Orang yang sentiasa menjaga pertuturannya. (3) Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar. (4) Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Kita boleh kupas sendiri pengertian 4 jenis orang ini sesungguhnya ia nampak mudah untuk kita kecapi tapi tanpa ilmu, tanpa keimanan, tanpa istiqomah dan kesedaran sangat mudah juga untuk kita leka & melepaskan peluang yang Allah janjikan ini. Bahkan kita tambah lagi dengan kemungkaran.

Dalam kita mengejar keberkatan Ramadhan, jangan sekali-kali kita lupa dengan tanggungjawab lain kita sebagai umat Islam. Perkara-perkara yang paling asas seperti menjaga aurat. Ramai di kalangan kita yang semakin mengambil mudah dengan tanggungjawab ini. Bahkan sudah menjadi lumrah mencampur aduk kan ibadah dengan keingkaran menutup aurat. Kita berpuasa, kita bersolat tapi kita juga masih tidak menjaga aurat kita. Perkara paling asas ini perlu diperingatkan dari peringkat awal iaitu di peringkat organisasi keluarga sendiri. Ayah & suami selaku ketua keluarga adalah dipertanggungjawabkan untuk membimbing ahli keluarga tentang ini. Bahkan ingat mengingati juga perlu ada istiqomah dalam kita sama-sama menuju genggaman ketaqwaan.

Sesungguhnya apa yang buruk datangnya dari aku dan yang baik hanya dari Allah swt. Cukup setakat ini yang sempat aku kongsi bersama ilmu Allah swt dengan bantuan ustadz melalui tazkirah-tazkirah yang mampu aku catatkan.

Di 10 malam terakhir Ramadhan akan berlakunya malam Lailatu Qadr. Mudah-mudahan kita bersedia untuknya kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang. Rebutlah peluang. Semoga dengan kekuatan yang Allah kurniakan, aku akan cuba kongsi bersama kehebatan malam tersebut. Allahuakbar. Amin.

Wednesday, August 3, 2011

Lambung-ed Interval

Tu dia aih! Malam ni kami buat interval sikit. Huru-hara jugak la. Dengan pimpinan crew Ustadz Abdullah Iraqi, balun tarawih diselang-seli dengan tazkirah ilmu ustadz yang camdek kami tak hengat! Panas sikit telinga tapi kering jugak gusi dengaq apa ustadz dari Penang ni dok share.

Lepaih solat Isya' dia dok bagi intro sikit. Dia cabaq kami semua maintain 30 hari penuh Ramadhan attend tazkirah! Tu dia. Dia habaq kalau dapat maintain full attendance, insyaAllah setan pun takmo kacau dah bila grad nanti.

Lepaih 4 rakaat, masuk intipati ibadah kita kepada Allah s.w.t. Memang betui la kita masih kurang bersyukur sedangkan Allah telah limpahkan rezki yang amat banyak. Rumah, kereta, anak, kesihatan...tu semua rahmat. Tapi kita hanya akan berdoa kat Dia bila kita sakit atau ditimpa musibah atau dalam kesusahan. Apa daaa...kan? Bukan susah pun. Mai solat berjemaah di rumah Allah selalu pun sudah menandakan satu langkah permulaan. Tu la dia...baru dok rumah teres 20' x 70' dah poyo ek?

Lepaih 8 rakaat. Ustadz pesan suruh kami cari keberkatan dengan berdoa. Dia sampaikan melalui satu hadith...tatkala Allah s.w.t. nak tengok kita waktu bila yang paling baik nak berdoa bulan posa ni? Masa sikit lagi nak berbuka posa tu. Masa tu malaikat turun berduyun-duyun nak tengok apa kami buat. Allah akan tanya kat malaikat, apa kami dok buat masa tu? Sedihnya malaikat akan habaq...kebanyakan kami dok tengah order cokodok & karipap, air mata kucing dll. Esok kami nak mula dok semeja sebelum azan & berdoa sekeluarga. Doa apa jua yang kami mahu dariNya. Kot anak nak lulus cemerlang dalam exam ka, kot nak isteri masak lagi sedap ka. Apa saja. Masa tu insyaAllah mana lah tau malaikat dok catit doa kita. Amin.

Lepaih witir. Penutup dari Ustadz. Juga pesanan dari Nabi Muhammad. Sahabat pernah bertanya : Macam mana kami hendak kaya dengan rezeki Allah ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan zakat! Macam mana kami nak tubuh badan kami sihat ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan sedekah!
Hari yang paling baik bagi seseorang ialah hari yang dia bersedekah. Sahabat nabi pernah dalam satu hari dia pergi ziarah orang sakit, pi ziarah orang meninggal & dia bersedekah. Maka hari tu adalah hari yang paling baik untuk dia. Amin :]

Avg HR = 85% (bukan sebab LT increase tapi sebab semangat!) keh keh keh