Assalamualaikum
wbt
Sempat
gebang sikit hujung minggu ni since cuti Nuzul al-Quran ni ada kelapangan
sikit. Gebang pun tak boleh panjang-panjang macam kuliah Subuh sebab banyak
urusan lain jugak yang kita kena kawtim kan.
Petikan
beberapa perkongsian berikut ni dari Ustadz Hanif Ghazali yang mai kat surau
kami tanggal 27-Julai 2012 yang lalu. That would be circa 6-Ramadhan 1433
Hijrah. Ustadz ni punya memori memang tersangat aku kagum. Perhaps dia guna Core2
duo kot.
Dia
merakamkan segala tarikh-tarikh kemenangan Islam sejak dari 1 Hijrah lagi
sampai ke zaman ini. Paling koman pun yang aku boleh recall, ada dekat 20 lebih
tarikh dan peristiwa yang beliau kongsikan. Hampir 10 minit jugak lah dia kasi
perabih sejarah tu dengan tarikh dan sedikit ringkasan sejarah tersebut.
Jadi
dapat dikupaskan bahawa Islam memang hebat zaman terdahulu especially zaman
kepimpinan Rasullullah saw serta zaman khalifah-khalifah yang terkemudiannya.
Hebat tak hebatnya mereka tu, hampir kesemua peperangan besar mereka peroleh
kemenangan di bulan Ramadhan. Dalam menjalani ibadah berpuasa pun, mereka bukan
sahaja mampu mengangkat pedang untuk berjuang, malah siap menang lagi. Ni bukan
pi Olimpik siap boleh keluar statement qadha puasa sebab nak mengharumkan nama Negara
beb. Mana ada hukum macam tu kecuali untuk mereka yang benar-benar sakit atau
musafir untuk ke jalan Allah swt.
Sampaikan
satu peperangan yang menarik perhatian aku, ustadz bercerita, kaum Yahudi siap
tak nak berperang dengan tentera Islam di bulan Ramadhan sebab takut kalah. Sama
ada mereka akan cuba habiskan perang tu sebelum sampai Ramadhan atau siap boleh
pospon lepas Ramadhan. Sampai begitu sekali kehebatan umat Islam dulu.
Allahuakbar.
Aku
dapat simpulkan sendiri, keyakinan mereka dengan Allah swt yang tak berbelah
bagi itulah kunci untuk kemenangan para sahabat tatkala itu. Subhanallah.
Lantas
ustadz memanggil kita untuk merebut peluang di bulan yang teramat mulia ini
untuk bermuhasobah. Mengenang kemungkaran yang telah kita lakukan selama 30 or
40 tahun kita hidup di dunia Allah swt ini. Tatkala inilah peluang yang terbuka
luas Allah swt beri peluang atau buka pintu taubat untuk kita. Rugi sangatlah
kalau kita tak grab the chance. Dah 30 hingga 40 tahun kita ni lara/lagha
sangat dengan keduniaan. Dan pernahkah kita terfikir Allah swt yang maha
pengasih & penyayang itu sentiasa memberi kita peluang untuk mengejar
ketaqwaan dah 30-40 tahun jugak? Kalau 30-40 tahun kita masih lagi menganggap
Ramadhan itu hanya berpuasa sebagai adat, maka sebaiknya lah kita timbal semula
ideology tersebut. Jangan kita teruskan amalan sekadar ikutan semata-mata.
Ambil lah peluang kolej Ramadhan ini sebagai
training ground untuk kita mengejar the ultimate marathon.
Seperti
yang aku janjikan sebelum ini, ustadz menyentuh tentang malam seribu bulan
iaitu malam Lailatul Qadr. Malam pengampunan yang ultimate dan di mana Allah
swt akan limpahkan rezeki kepada umatNya yang beriman. Ustadz bagi tips macam
mana kita nak kecapi peluang tersebut. Formulanya agak mudah tapi memang
memerlukan komitmen & keikhlasan yang ultimate.
Solat
berjemaah waktu Maghrib
Solat
berjemaah waktu Isya’
Solat
berjemaah waktu Subuh
Kalau
dapat kawtim yang tiga ni, InsyaAllah aku rasa kita juga tiada masalah untuk
menunaikan solat-solat sunat tengah malam yang lain seperti tahajjud, taubat,
hajat & solat sunat tasbih. Yang sunat inilah sebagai pelengkap di mana
Allah swt senantiasa akan kagum dengan umatNya yang sanggup meninggalkan
keenakan tilam & bantal yang empuk hanya untuk memperhambakan diri
untukNya.
Ini
bukan gebang kosong beb. Ini janji Allah swt yang telah tertulis di dalam
Qalamullah. Janji Allah swt yang tidak akan dimungkiriNya.
Tapi
jangan juga kita menyesali kerana tidak merebut peluang ini sebab terdapat
beberapa golongan yang Allah swt tidak akan ampunkan dosa mereka walaupun para
Malaikat cuba untuk mengaminkan doa mereka. Antara golongan tersebut ialah:
Mereka
yang mensyirikkan Allah
Mereka
yang menabur fitnah
Mereka
yang melakukan dosa besar di bulan Ramadhan seperti minum arak
Mereka
yang melakukan dosa secara terang-terangan di bulan Ramadhan seperti membuka
aurat
Mereka
yang memutuskan silaturrahim. Kalau ada yang masih bermasam muka dengan sahabat tu, elok lah sangat pi mohon ampun & maaf. Apatah lagi kalau punca bermasam muka tu semata-mata sebab dunia.
Mereka
yang menderhakai ibu bapa mereka. Jangan tunggu raya baru nak mohon ampun & maaf. Sekarang ni elok pi buat teruih.
Na’uzubillah.
Moga dijauhkan kita dari tergolong dalam golongan-golongan ini. Kalau kita
masih atau pernah terjebak atau melakukan kemungkaran ini, rebutlah peluang
bulan yang penuh kebesaran ini untuk bertaubat. Nak tau cara bertaubat, boleh
mula dari sekarang untuk mencari ilmu taubat itu sendiri. Cara paling mudah
untuk kita berjinak-jinak dengan pendekatan taubat, pi attend majlis Qiamullail
yang dianjurkan di mana-mana surau dan masjid berdekatan. Sure ada punya,
especially bila dah dekat-dekat nak habis Ramadhan ni.
Kalau kita boleh
menyalurkan tenaga & komitmen untuk habiskan marathon, ultra marathon, powerman,
ironman, swim marathon, jalan kaki 12 jam, kayuh beribu-ribu kilometer, raja
bukit ka, aku rasa paling koman sejam setengah kita menurunkan martabat kita
untuk sujud kepada Allah swt di Qiamullail pasti boleh. Pencapaian keduniaan
dengan medal dan PB yang kita banggakan sangat tu, takde gunanya kalau kita
masih tak kembali kepada jalan Allah swt, iaitu jalan yang menuju kepada
kejayaan hakiki iaitu syurga Allah swt. Ini pesanan untuk diri aku, untuk
keluargaku dan juga untuk sahabat-sahabatku.
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar,
tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari
seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin
Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan
sehingga terbit fajar.”
(al-Qadar, 97: 1-5)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.