Tu dia aih! Malam ni kami buat interval sikit. Huru-hara jugak la. Dengan pimpinan crew Ustadz Abdullah Iraqi, balun tarawih diselang-seli dengan tazkirah ilmu ustadz yang camdek kami tak hengat! Panas sikit telinga tapi kering jugak gusi dengaq apa ustadz dari Penang ni dok share.
Lepaih solat Isya' dia dok bagi intro sikit. Dia cabaq kami semua maintain 30 hari penuh Ramadhan attend tazkirah! Tu dia. Dia habaq kalau dapat maintain full attendance, insyaAllah setan pun takmo kacau dah bila grad nanti.
Lepaih 4 rakaat, masuk intipati ibadah kita kepada Allah s.w.t. Memang betui la kita masih kurang bersyukur sedangkan Allah telah limpahkan rezki yang amat banyak. Rumah, kereta, anak, kesihatan...tu semua rahmat. Tapi kita hanya akan berdoa kat Dia bila kita sakit atau ditimpa musibah atau dalam kesusahan. Apa daaa...kan? Bukan susah pun. Mai solat berjemaah di rumah Allah selalu pun sudah menandakan satu langkah permulaan. Tu la dia...baru dok rumah teres 20' x 70' dah poyo ek?
Lepaih 8 rakaat. Ustadz pesan suruh kami cari keberkatan dengan berdoa. Dia sampaikan melalui satu hadith...tatkala Allah s.w.t. nak tengok kita waktu bila yang paling baik nak berdoa bulan posa ni? Masa sikit lagi nak berbuka posa tu. Masa tu malaikat turun berduyun-duyun nak tengok apa kami buat. Allah akan tanya kat malaikat, apa kami dok buat masa tu? Sedihnya malaikat akan habaq...kebanyakan kami dok tengah order cokodok & karipap, air mata kucing dll. Esok kami nak mula dok semeja sebelum azan & berdoa sekeluarga. Doa apa jua yang kami mahu dariNya. Kot anak nak lulus cemerlang dalam exam ka, kot nak isteri masak lagi sedap ka. Apa saja. Masa tu insyaAllah mana lah tau malaikat dok catit doa kita. Amin.
Lepaih witir. Penutup dari Ustadz. Juga pesanan dari Nabi Muhammad. Sahabat pernah bertanya : Macam mana kami hendak kaya dengan rezeki Allah ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan zakat! Macam mana kami nak tubuh badan kami sihat ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan sedekah!
Hari yang paling baik bagi seseorang ialah hari yang dia bersedekah. Sahabat nabi pernah dalam satu hari dia pergi ziarah orang sakit, pi ziarah orang meninggal & dia bersedekah. Maka hari tu adalah hari yang paling baik untuk dia. Amin :]
Hari yang paling baik bagi seseorang ialah hari yang dia bersedekah. Sahabat nabi pernah dalam satu hari dia pergi ziarah orang sakit, pi ziarah orang meninggal & dia bersedekah. Maka hari tu adalah hari yang paling baik untuk dia. Amin :]
Avg HR = 85% (bukan sebab LT increase tapi sebab semangat!) keh keh keh
Please continue posting benda2 mcm gini.. sbb kat masjid yg aku pegi terawih takde tazkirah
ReplyDeleteTenkiu tenkiu...
InsyaAllah selagi ada rahmat kekuatan yang Allah bagi aku kat aku. If kat masjid tu takde tazkirah, kau try la mulakan sendiri...tazkirah berpantun ke. kui kui kui :]
ReplyDeletewaduh tepat sekali. ternyata blog ini bukan omong2 kosong saja.
ReplyDeleteomong-omong kosong nanti mulutnya melopong macam pak abu. sekadar berkongsi iya :]
ReplyDeletewah, ternyata gambarajah set dan subset dapat memberi pemahaman yg lebih jelas.
ReplyDeleteterima kasih incik
Terkezut saya cuba nak memahamkan komen set & subset awak. dah bunyi macam matapelajaran matematik 1988 (badge saya le tu...)
ReplyDeleterasanya tak terlambat nak ucapkan selamat beribadah di bulan puasa Diket... syukran sbb sharekan tazkirah2. alhamdulillah
ReplyDeletepesan cikgu tadika -- bagus, pewarnaan tidak terkeluar daripada garisannya. tapi cuba lagi utk mewarnakan bentuk-bentuk tersebut sepenuhnya
terimas kasih tsar. samo lah, selamat menjalani ibadah puasa untuk kau jugak.
ReplyDeletecikgu, lenkali supply magic color bior ler dakwat penuh baru saya boleh penuhkan :]