Penerimaan aku pada statement "weekend lebih sibuk dari weekdays" memang betul sangat, walaupun dalam bulan Ramadhan. Schedule dah siap-siap disusun menjelang weekend dengan beberapa projek kecik. Kalau tak implement, weekdays dah tentu cair.
Bermula dari Jumaat malam, wakil qariah surau dah sound awal-awal, since weekend eve, it's a Friday Night Life! Chewah! Mari kita rolling buat 20 rakaat! Woohoo! Ustadz Zulkarnain, yang bertugas di Parlimen berkongsi beberapa ilmu tentang perjara-perkara keji dalam Islam.
Banyak actually benda-benda keji ni tapi ustadz hanya straight kepada ibu kepada segalanya iaitu arak. Dia share satu cerita dari zaman Nabi dulu pernah seorang pemuda yang dikatakan beriman, telah diperdaya oleh seorang perempuan untuk masuk ke rumahnya lantas dikunci pintu & diberi 3 pilihan. Sama ada lelaki itu akan membunuh seorang bayi di dalam rumah tersebut, atau berzina dengan perempuan itu atau minum segelas arak. Jika tidak dilakukan salah satu ugutan tersebut, perempuan itu akan menjerit & memberitahu orang sekeliling bahawa lelaki itu telah menceroboh rumahnya untuk meng-apakan dia.
Dengan perasaan terdesak, dan tidak sampai hati & atas dasar keperimanusiaan, lelaki tersebut tidak membunuh bayi & berzina tapi telah meminum segelas arak itu. Apa yang berlaku selepas itu, hasil dari arak telah menyebabkan lelaki tersebut melakukan dua perkara yang sebelumnya dia tak nak. Power kan arak punya effect? Sebab tu lah Allah s.w.t. kata HARAM!
40 hari solat kita tak diterima Allah beb. Lama tu. Lebih dari sebulan! Kata lah ajal kita sampai dalam masa tu, adoiii aiii...mati dalam dosa besar beb. Semoga Allah s.w.t. jauhkan kita dari benda tu semua.
Bancian pejabat ustadz tu mendapati negara kita rank No.10 dalam dunia sebagai pengguna arak. No.10 beb, bukan No. 40 ke or 100 ke banding dengan ranking sukan bola or kekayaan. No.10!!! Gilos! Dengan perbelanjaan sebanyak RM1.75 billion setahun. Kalau dibuatnya benda lebih berpekdah dengan amount tu, dah lama kita tak payah tanggung kenaikan harga minyak, tarif elektrik dsb. Dan lebih men-terkezut-kan aku...bangsa Melayu contribute 30% daripada quota tu. 60% chinese & remaining indians. Mudah-mudahan kita ni ada kekuatan untuk mengubah benda ni semua. Amin.
Come Sabtu, projek men-settle-kan rumah aku nak or tak nak kena proceed. Pepagi dah mula & bawak ke petang. Settled most of it. Alhamdullillah. Simpan sikit lagi untuk Ahad pulak. Petang ziarah & berbuka posa di in-laws. Maka berlonggok lah kami seperti Ramadhan yang dulu setiap Sabtu & berduyun-duyun layan tarawih di Masjid Kampung Pandan.
Ustadz Malik Nasir...or was it Nasir Malik? Hehe. Baru pulang dari Yemen sebab huru-hara kat sana. Mula-mula kami terus kena balun dengan ustadz. Berkerut sikit dahi aku. Apa ke hal? Rupanya ustadz bising orang complain pasal majlis tazkirah yang dihadkan 30 minit aje sebab nanti tarawih habis lewat. Ustadz pun bedal ler...apa yang nak dikejorkan sangat pahala solat sunat tu sedangkan Nabi pernah berkata majlis ilmu ada lebih elok dan lebih besar ganjarannya dari ibadah sunat. Aku OK je. Lately seronok attend tazkirah ni. Macam-macam ilmu agama dapat & macam-macam jenis ustadz ada.
Ustadz ni menyentuh pasal tanggungjawab kita sebagai umat. Pasal keimanan kita. Pasal keraguan kita. Mula-mula dia citer pasal sejarah. Kisah Perang Mu'tah. Klik sini untuk wiki. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik Nabi telah terbunuh & automatik dinaikkan ke syurga dan diberi ganjaran ranjang emas setiap sorang. Namun, salah satu ranjang emas kepunyaan salah sorang tu tersenget sikit. Nabi telah difahamkan bahawa tuan punya ranjang emas itu telah ada sedikit keraguan tentang kemenangang tentera Islam dalam perang Mu'tah tu.
Just bayangkan keraguan yang secebis zarah tu pun dah effect kat ganjaran, apa tah lagi keraguan kita terhadap institusi keislaman kita sendiri. Keraguan kita dalam solat kita hari-hari pun masih ditahap huru-hara.
Satu citer lagi. Ada sebuah kampung yang tersangat dahsyat penduduknya hanyut dengan maksiat & Allah s.w.t. telah memerintahkan malaikat untuk menurunkan bala. Hampir malaikat nak melaksanakan perintah, dia ternampak dua orang penduduk kampung sedang solat di dalam masjid. Malaikat telah kembali berjumpa Allah dan bertanya bagaimana dengan keadaan dua orang yang sedang solat itu? Allah s.w.t. tetap dengan perintahnya malah Allah telah menyuruh malaikat menurunkan bala ke atas dua orang itu dulu sebelum meratakan seluruh kampung. Atas sebab, dua orang itu hanya melepaskan diri mereka dengan amalan sedangkan tanggungjawab mereka untuk membimbing masyarakat sekampung adalah juga penting. Tu la dia...bala kalau dah mai, tak kira dah saper kita.
Wassalam.
Most welcome Kak June :]
ReplyDeleteterima kasih ustaz
ReplyDelete