Thursday, August 4, 2011

Bida'ah Punya Hal la

Semalam pace kembali normal dan cuaca agak berlainan sedikit petang tu. Hujan panas. Ada lah hikmahnya tu tapi yang pasti malam akan lebih sejuk sedikit. Alhamdullillah.

Ustadz Jaafaruddin bin Ali. Fakta-fakta rujukan dia dari kitab-kitab & ulamak-ulamak membuatkan aku terasa "fullamak!". Macam-macam kitab dia sebut. Pelbagai nama ulamak dia sebut, dan antara yang aku familiar is Imam Shafie' je :]

Ustadz diberi tajuk bida'ah & kurafat. Sori beb, awal-awal ustadz dah khabor kurafat tu bukan movie. Tapi sebelum tu ustadz sentuh pasal konsep hamba Allah s.w.t. Kita ni kompom memang hamba yang menumpang di bumi Allah. So, buat cara menumpang. Ibarat macam kita tumpang kereta orang tapi buh kaki terlunjur atas dashboard. Marah ler brader tuan punya kereta tu beb. Begitu jugak kehidupan kita di dunia ini berlandaskan hukum hakam syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai tuan tanah yang teragung. So samo-samo lah kita fikirkan.

Baru lah ustadz masuk ke perihal kurafat tu. Definasi paling sempoi, perkara yang karut marut dianggap betul tetapi tidak ada dalam hukum & syariat Islam. Contoh terbaik, orang percaya pakai azimat tu boleh bagi power or perlindungan or whatsoever. Hukumnya syirik & maka dosa dia...sendri mau ingat. Just my 2 cents from the recent exploitation of this kurafat thing by our media especially siaran TV, aku rasa secara tak langsung ia menggalakkan orang kembali melakukan benda-benda tu. Yep, menggalakkan. Tak kisah la pasal misteri nusantara ke, ngangkong ke dll...aku rasa tak payah tunjuk pun takpe. Saham akhirat siapa yang menyiarkan tu & impact kat saper yang menonton tu....sendri mau ingat beb.

Bida'ah. Ustadz takmo sentuh pasal bida'ah yang melibatkan isu politik. Yang sebenarnya ialah pemahaman kita umat Islam berkenaan perkara-perkara harian yang kita masih kadang-kadang jahil. Ustadz tegur sikit pasal observation dia kat surau masa solat Isya':

Ada sorang kanak-kanak, yang dah kira mummayiz masuk dalam saf solat, dah ber-takbirratulihram lepaih tu datang sorang dewasa panggil budak tu suruh dia pi masuk saf budak-budak kat belakang. Maka apa yang brader tu buat adalah salah. Walaupun pada perkiraan brader tu budak tu belum akhil baligh, akan tetapi dia sudah mummayiz & sah dari segi hukum solat & tambah lagi dia dah angkat takbir! Contoh budak tu umur 7 tahun la, kompom dia dah mummayiz (definasi cari sendiri ye) tapi if budak lelaki belum tentu dia dah akhil baligh. Tak kisah la if budak tu tak berdiri lurus dalam saf tapi solat jemaah masih sah cuma pahala dalam saf mungkin tak dapat sedangkan kita patut melihat kepada 27 pahala solat berjemaah lebih menyeluruh. Haaa....itu pemahaman kita yang masih blur ye tak.

Then pasal jari telunjuk yang kita luruskan waktu tahiyyat. Kadang-kadang kita confuse ada orang yang main pusing-pusing jari dia pulak. Ustadz merujuk kepada Imam Shafie', meluruskan jari tu sunat, sambil mata kita memandang kepada jari tersebut seketika & sambung balik melihat ke arah qiblat. Tak kisah la nak pusing ke, nak tulis kalimah ke tapi yang kena faham bahawa jari tu anggota kecik, so goyang banyak mana pun tak batal solat. So, yang suka goyang-goyang jari tu, maybe takde signal coverage agaknya...kata Ustadz. keh keh keh.

Ada jugak ustadz sebut lebih teruk siap goyang kepala beb. Kepala anggota besar so kompom tak sah solat. Ustadz pesan, if kita terjumpa somebody jadi imam yang goyang kepala bagai nak rak tu, makmum kena sarungkan helmet full face kat dia. keh keh keh.

Lagi satu contoh pasal lafaz sayyidina Muhammad dalam tahiyyat. Ada orang kata apa hal mau sebut sayyidina sedangkan Nabi sendiri tak sebut? Maksud "sayyidina" tu is penghulu kami. So apa yang salahnya kita nak sebut Nabi Muhammad tu penghulu kita? Nabi tak sebut sebab dia dah memang pegang title tu. Sama gak macam agung kita, takkan dia nak address diri dia dengan title panjang berjela ye tak?

Haaa...tu lah. Sometimes kekurangan pemahaman kita ni bahaya. Ada yang fanatik boleh memecah belahkan silaturrahim, lagi berdosa. Sedangkan Imam Syafie' sendiri menyatakan & berpesan bahawa sekiranya dirasakn syariat yang direkodkan itu kurang baik, dia suruh kita cari yang lebih baik. Sporting sungguh. Imam Syafie' sendiri tak pernah nak bertengkar dengan Imam-iman yang lain pasal hukum hakam.

Kehebatan Imam Syafie' dia telah hafiz al-Quran pada umuq 5 tahun! Tu dia aih! Umuq 9 tahun dia dah mengaji di depan kaa'bah. Umuq 15 tahun dia dah jadi mufti di negeri Arab. Hebat beb :]

8 comments:

  1. Kita umoq 15th pun makpak dok lap hinguih lagi.

    ReplyDelete
  2. Kita 15 tahun tak tau mufti tu pedia?! keh keh keh

    ReplyDelete
  3. 15 sedang sebuk nak cari awek heehe....

    ReplyDelete
  4. Aku baru nak mula bela ramos daaa...

    ReplyDelete
  5. eh, aku baru 15... kali 2, bahagi 3, kali 4, tolak 5, campur 6, tolak 5 balik. hahaha, opps tak leh gelak byk2 puasa2 ni.

    on a serious note, kita mmg kena muhasahkan diri sbb byk lagi yg kita belum tahu.

    thx abg Diket :)

    ReplyDelete
  6. tsar, formula kau panjang & kompleks sangat. memang sah ler umuq tak leh tipu dah tu.

    on a serious note...tau takper :] pleasure sharing bro

    ReplyDelete
  7. Aku umur 15 dah top 10 cross country dah ekekeke. Ehh tapi best lah entry ni, ustaz tu pun lawak juga eh. Sekarang ni beli phone aku gambar pusing2 cari signal 3G, terus aku teringat entry ni LOL!

    ReplyDelete
  8. ooo...rupanya telah dilahirkan pelari tegar ye? tahniah bro. bahaya tu beb, cari signal sampai berpusing2, boleh mumdaratkan :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.