Ramadhan hampir over. Malam ni dah masuk Ramadhan ke-27 dan masih ada peluang untuk kita memburu malam yang paling agung. Sekojap sangat raso Ramadhan kali ni berlalu. Malam tadi kat surau dah pun berlangsung khatam al-Quran. Maka berkumandang lah bacaan surah-surah area kampung aku. Masa layan tazkirah pasal gerakan wahabi & qadyani, alih-alih Kaklong panggil ajak balik. Ngantuk katanya. Penat ler tu.
Sayu rasa hati bila tengok ramai teman se-saf dah mula hilang. Maybe dah pulang ke kampung, maklum la kalau yang jauh tu dah kena buat persiapan. Paling koman seminggu kat kampung, baru berbaloi balik jauh-jauh. Sayu jugak hati ni mengenangkan Ramadhan akan pergi sebab tahun ni agak berlainan sikit rasanya. Ada significant sikit berbanding tahun-tahun dulu.
Takpe, yang pergi akan kembali lagi jika dengan izin Allah s.w.t., next Ramadhan kita akan bertarung lagi. Yang bakal menjelang will be 1-Syawal 1432H. Hari kita akan menyambut kejayaan membendung nafsu selama sebulan. Yang layak aje la kot. Hehe. Talking about layak, aku kena reward my kids sebab depa perform dengan cemerlang masa Ramadhan. Semangat waja, siang posa malam tarawih. Almost throughout Ramadhan. Syukur Alhamdullillah.
OK. Perhaps hari ni last aku dok depan pc sebelum seminggu hilang. Streamyx & Astro tarak kat rumah, belum settle lepas pindah the other day. Lepas ni maybe unifi teruih...whooosh! Nak menaip kat bb boleh krem jari. Aku balik Johor, rindu ketupat ibu makan dengan kari ayam. Pergh!
Dengan kesempatan yang ada ni, aku mohon ampun & maaf di atas apa jua pertuturan, penulisan, perbualan & senda gurau yang selama ni agak kureng sikit. Ampun kan ye, kot umuq tak panjang, letih aku kat akhirat nanti. Yang part makan & minum pun, if nak halalkan pun baguih, if not boleh contact aku untuk kasi settle berapa duit. Semoga di Aidilfitri kita semua mendapat keberkatan & keredhaan & dilindungi di mana jua kita berada. The real deal will be lepas grad akademi Ramadhan ni & bermulanya pada hari raya nanti. Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus ber-istiqamah...maintain.
Maaf Zahir & Batin
Jemput mai ziarah ke rumah aku :]
Slamat Hari Raya ! Maaf zahir Batin!
ReplyDeleteSama-sama kita :) raya mana??
ReplyDeleteselamat hari raya bro...kalau umur panjang kita akan race bersama lagi selepas puas makan2... Desaru boleh lagi kalau nak Register.
ReplyDeleteSealamat hari raya bro!
ReplyDeleteMohon maaf atas segala kesilapan wa sedar ke tak sedar. Wa pun maafkan kesilapan lu kalau ada.
Selamat berjuang selepas ramadhan.