Tu la dia...dah masuk Phase 3 Ramadhan. Fasa kita berdoa semoga dijauhkan dari bahana api neraka. Phase 1 and 2 dah settle, fasa mendapat kerahmatan dan keampunan. Dapat ke tidak, hanya Allah s.w.t. aje yang tau. Itu pun kalau kita memohon...kot kalau kita buat derk je macam Kak Limah, no application macam mana mau grant approval ye tak?
Dah 22 Ramadhan & aku rasakan masa berlalu tersangat pantas. Berdesup macam lari 5K road race. Apa yang pastinya, aku bersyukur Allah s.w.t. telah mengurniakan kekuatan untuk aku meneruskan amal ibadah mengejar ganjaran sempena sale carnival. Suasana kemeriahan dalam mengimarahkan surau kami masih tetap maintain. Alhamdullillah. Aku kagum dengan attendance walaupun kononnya ustadz-ustadz yang mai bagi tazkirah habaq tempat lain jemaah dah bz mengejar malam lailatulkamdar. Keh keh keh.
Kalau dah tiap-tiap hari kami berjumpa & berjemaah bersama followed dengan moreh, memang silaturrahim kami amat aku hargai. Seronok. Kak Long & Amir pun sama-sama enjoy. And Alhamdullillah attendance diorang ni pun excellent jugak. Walaupun balik sekolah depa dah melepek terbongkang sebab penat, tapi lepas iftar masing-masing semangat bersiap nak ke surau. Apa taknya, geng bas sekolah ramai.
Misi pemboikotan Pasar Ramadhan jugak berlangsung agak cantek. Cuma sekali dua je kami terpaksa pi sebab master chef kami di rumah kadang-kadang penat balik keje nak bersilat kat dapur. Hari-hari yang lain, kami bersyukur cukup sekadar satu or dua lauk aje, janji kenyang & ada kederat nak ke surau. Tak surprise berat badan aku menurun & seperti biasa lumrah manusia ada jugak yang menegur. Bulan puasa beb, bila berpuasa mesti lah secara fizikal pun ada effect. Kot badan makin gemuk pun kena tegur jugak...naik perut, kau tak posa ke? Hampeh.
Riadah sukan. Ooops...memang maintain level riadah aje tanpa sebarang training whatsoever. Cuma sekali aje pi kayuh malam dengan geng, lepas tu aku tak bother langsung nak fikir pasal berlari or kayuh. Itu semua boleh bikin lepas raya nanti. Banyak masa lagi. Yang penting training Ramadhan ni untuk istiqamah lepas raya jugak.
Malam tadi Ustadz Yusri Abd Zakaria, antara ustadz paling sempoi yang mai bagi tazkirah kat surau kampung kami. Kejap-kejap "bro...macam mana?". Hehehe. Lawak dia ni. Tapi penerapan ilmu tetap significant untuk kami semua. Dia gebang pasal Bersih 2.0. No lah, bukan bersih pilihanraya tu tapi bersih kita diri sendiri. Ada 7 perkara yang kita kena bersihkan tapi ustadz hanya mampu cover 3 aje sebab kekurangan masa.
1. Bersihkan niat kita supaya segala amalan & ibadah kita penuh dengan keikhlasan. Memang agak sukar tapi itulah moralnya yang kita perlu buat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. sekaligus menjadi orang yang bertaqwa. Segala amal ibadah bukan semata-mata hanya lafaz di mulut tapi biarlah lafaz di hati. Itu lebih mendapat keredhaanNya. Itu yang mendapat ganjaranNya. Ustadz pesan, zikir asma al-husna yang hari-hari kami lafazkan setiap lepas Isya' tu, biarlah ungkapkan dengan hati. Biar rasa gementar hati ini setiap kali nama-nama Allah itu disebut. Agar hati kita terasa akan kewujudanNya. Nabi pernah berpesan, di akhir-akhir zaman ni, ramai yang beriman tapi tidak berilmu & ramai yang berilmu tapi fasiq. Bahaya. Semoga kita tak tergolong dalam golongan ini.
2. Bersihkan harta kita dengan zakat. Jangan sampai Allah hidupkan kita kembali dengan mata yang buta kerana di dunia kita boleh berbelanja untuk kemewahan dunia tapi tidak mengeluarkan zakat. Amount yang paling kecik RM7.00 untuk rate Selangor, kalau dibandingkan dengan basikal & wheelset karben, kasut lari beratus-ratus dsbnya. Uish. Takut beb. Kalau sedekah jariah Allah akan balas dengan 10 kali ganjaran, bulan Ramadhan, balasan 700 kali tuh! Ni bukan dividen akhir tahun baru nak declare tapi Allah bagi teruih time tu jugak. Kalau tatkala kita dalam kesempitan, masa tu jugak kita bersedekah, Allah maha penyayang akan berlipat kali ganda rezeki dariNya.
3. Yang last ustadz sempat cover is bersihkan dosa kita dengan taubat. Bulan Ramadhan adalah masa paling elok kita bertaubat. Bangun lah tengah-tengah malam dalam kita melawan nafsu tidur untuk bertaubat. Lafazkan "astaghfirullahala'zim allazilaillahailla hualhaiyulqayyum wa'atubuillaih". Lafazkan dengan hati. Lafazkan dengan ikhlas...sehingga bercucuran air mata kita menyesali dosa-dosa kita. Setiap titik air mata itu akan menjanjikan nikmat syurga olehNya.
Sori beb, yang kurang itu dari aku, yang terbaek itu dari Allah s.w.t. :]
3. Yang last ustadz sempat cover is bersihkan dosa kita dengan taubat. Bulan Ramadhan adalah masa paling elok kita bertaubat. Bangun lah tengah-tengah malam dalam kita melawan nafsu tidur untuk bertaubat. Lafazkan "astaghfirullahala'zim allazilaillahailla hualhaiyulqayyum wa'atubuillaih". Lafazkan dengan hati. Lafazkan dengan ikhlas...sehingga bercucuran air mata kita menyesali dosa-dosa kita. Setiap titik air mata itu akan menjanjikan nikmat syurga olehNya.
Sori beb, yang kurang itu dari aku, yang terbaek itu dari Allah s.w.t. :]
thanks for sharing Diket.
ReplyDeleteutk tambah bullet 2, aku dgr la tazkirah kat ikim tempoh hari... ada hadith nabi kata amalan sunat diberi ganjaran fardhu dan amalan fardhu dpt 70kali ganda. so ustaz tu bagi cadangan, byr zakat pekerjaan/simpanan masa bulan puasa, so insyaAllah ganjaran berlipat ganda.
betul bro. bulan posa ni segala kerja baik memang double mega punya pahala. kalau tak rebut rugi ooo...kot Ramadhan next year tak panjang umur, nyesal beb :]
ReplyDeleteLike.
ReplyDeleteSelamat meneruskan fasa 3, fasa yg require the utmost resilience ni (I pun makin maleh juga kekadang, mood raya susah nak kontrol, huhu!)
Semoga amalan kita diterima Allah, dan semoga kita grad dari ramadan dgn cemerlang. Amin.
HZ
Thanks! We really need all the courage & internal strength for the last push. True, same here with the malas2 tapi tengok my kids & qariah yang masih semangat, takde alasan lain dah.
ReplyDeleteInsyaAllah, bukan setakat grad, nak maintain bulan2 akan datang pun iye jugak :]
Alhamdulillah bai, insyallah niat dan komitment akan diberkati dan dirahmati Allah. Yg challenging always fasa 3 tapi insyaallah kalau niat dah ada, pace akan terus konsisten sampai ke hujung nya :)
ReplyDeleteAku jangka cabaran paling teraso bila weekend ni. Bila ramai yang dah mula bergerak balik kampung. Nak kena pace note ke bai? Takut terpotong pace imam. Hehehe. Selamat bro!
ReplyDeleteKalau dah boleh potong pace imam, boleh lah lu jadi imam plak weekend ni hhehe. Selamat bro!
ReplyDelete