Whoa! Tinggal lagi 8 hari! Untuk tempoh masa balance lagi 2 minggu ni aku dah mula malas nak fikir pasal marathon. Lagi difikir, lagi huru hara dibuatnya. Yang penting, semuanya Insyallah teratur. Cardio ok. Kaki ok. Kasut dah decide. Vest ok. Short ok. Socks ok. Cap ok. Road ID ok. Powergels dah beli tadi dari Dicky. Remaining 8 hari ni semata-mata untuk stay healthy, stay safe, stay fit, makan, double hydrate sebab cuaca melampau & tonnes of rests. 8 hari ni juga adalah antara period yang paling mencabar, tak as challenging as the last 5 months in training.
As we speak, semalam aku telah tergebak dalam kemalangan jalanraya. Padahal 2-3 minit sebelum tu kepala dah mula terfikir tentang safety hazard being a soon to be marathoner & at the same time a motorbike rider in KL. Dua perspektif yang agak bercanggah. On the way to the office from Megan lepas solat Jumaat, lokasi MRR2 selepas Bukit Antarabangsa menghala Ampang. Jalan sesak sebab ada kemalangan lain yang actually langsung tak mengganggu trafik sebab dah dok kat tepi. Satu bas persiaran sudah switch lane & menyebabkan honda city asoh depan aku break mengejut untuk mengelak bas tu. Aku pulak baru aje lepas mencilok sebuah motor yang agak slow. Sebelum sempat aku kat "cis!", tekanan brek kaki dah terlewat. Tayar belakang yang dah lock mencengkam jalan macam orang takde gigi. Boom! Aku sondol buntun honda city & skill mtb aku mampu untuk menahan badan aku dari tertiarap atas jalan. Malang tak berbau. Allah kalau nak lucut nikmat hambaNya, dalam sekelip mata aje. Terus kaki kanan aku yang menahan tu ada terasa sengal sikit kat ankle. Motor ok cuma side mirror kanan je tertuis sikit.
Larian panjang hari ni berlangsung spt yang di rancang. 12km kat Tmn Tasik Permaisuri. Alhamdullillah kaki tak memberi kesan apa2 hasil dari stunt semalam. Malah aku masih mampu untuk push last lap 4km at 90% max HR. Terasa mantap. Amin.
Seperti yang aku plan, cross training (actually prep utk Century Ride) aku buat Ahad. Dapat cover 2 jam 38 minit dari rumah ke simpang Peres dengan Alwin. Aku masih belum gagah on the bike sebagaimana kemampuan aku berlari. Tapi aku akan try jugak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.