Tuesday, November 22, 2011

Harimau Gelora

Jarang-jarang dapat merakamkan perihal bolasepak. Last entry was about a year ago! Piala Suzuki...? Ye la kot. Tahun ni genap hampir setahun, Team Malaysia dok beraksi dan berlaga lagi kat Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno. Tu dia aih! Memang diberi gelaran antara stadium di sana yang paling keramat. Kalau kat KL ada la jugak Bukit Keramat or Lembah Keramat. 25 tahun yang lalu aku biasa naik bas mini ke situ pi rumah makcik.

Aku dok follow game Malaysia ni last week bila sampai rumah, bonda tersayang tengah layan. Rock kan mak aku. Keh keh keh. Terus aku dok terpacak depan TV yang selama ni memang jarang layan. Tapi layan pulak game Malaysia ni. Serupa macam game Suzuki Cup dulu.

Then come weekend aku layan pulak semi final lawan Myanmar. Pun not bad cuma pihak lawan kurang menarik. Maksud aku kurang bergelora. So, Malaysia menang semi & berjumpa lah semula Team Indonesia semula kat final.

Malam tadi aku layan...sorang je. Sebab mak aku terlena awal & dua orang anak bujang aku pi layan FIFA kat PS2. Ada ke patut? Taste antarabangsa betul.

Antara game Team Malaysia yang paling entertaining dan penuh drama & suspen. Aksi-aksi terbang ala-ala crouching tiger hidden dragon dan stunt golek-golek hindustan memang layak sangat untuk merangkul anugerah pelakon gimik terbaik.

Aku tabik player kita. Walaupun keting sokmo kena tebas, halkom kena siku, buku lali kena tetak...tapi depa maintain cool. Tak naik darah or panas baran. Tak macam 5-6 tahun lepas, sikit-sikit nak naik angin tunjuk lagak hero kampung. And tackling pun nampak pro je walaupun memang menusuk kalbu or makan dalam. Aku bajet, depa ni memang generasi pasukan yang memang kental & tahan lasak tapi maintain cool. Tabik 800 kali!

Perhaps berkat persiapan mental dan fizikal yang dibekalkan di pusat-pusat latihan seperti MSN dan yang sewaktunya slowly menampakkan hasil. Takde lah terkilan sangat duit tax payer macam aku dibelanjakan untuk pembangunan sukan tanahair. Terbaek :]

2 comments:

  1. Memang terbaekk bro! Hikhik, ekceli aku termis entry ko nih..
    Nama stadium pon Gelora Bung Karno... memang bergelora sokongan penonton diorang. Tapi pemain Mesia mmg hebat sebab walaupun ditakik berkali2, esp kepten badrol bakhtiar tu tetap bangun selamba jer teruskan permainan.
    Aku rasa game ni paling hangat dalam sejarah aku tengok bola Mesia. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya disebabkan sebiji benda bulat tu je kita kembali menghidupkan semangat patriotik kan? Kalau harapkan kenaikan harga barang semasa, jangan harap ler :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.