Keadaan cuaca yang unpredictable sejak dua menjak ni membuatkan sesi-sesi latihan terpaksa di-improvise. Tapi itu tidak menjejaskan segala routine dan planning seharian.
Planning untuk sesi interval dengan kaum pada hari Selasa terpaksa ditangguh akibat hujan & diganti dengan dua pinggan nasik putih berlaukkan paprik ayam berkuahkan tom yam campuq. Sekali sampai rumah petang tu dalam kedinginan hujan, sudah terhidang atas meja. Mana boleh tangguh ye tak? Niat nak bertenggek atas trainer lepas Isya' pun hanya sekadar angan-angan aje. Tarik selimut awal adalah lebih afdhal :]
Semalam kami lebih berkeyakinan untuk meneruskan usaha mengadakan strength training. Sampai parking belum hujan. Start aje lari, jemuran pun turuuuun. Namun ia tidak melunturkan semangat kami. Menu-nya: fartlek.
Disebabkan aku tak berapa arif dengan track KLCC & jaraknya, so kami terpaksa modified ikut profile. Part flat kami henjut, part bukit kami recovery...takmo injured. Alasan manja. Since hujan, tak ramai langsung! Or else kami terpaksa mengelak mana yang patut.
5 set lari pusing-pusing mengejor satu sama lain. Baju dah lencun. Betis, keting semua dah mula menarik. Muka pun dah terik. Cukup lah sekadar introductory untuk kaum yang baru nak berjinak dengan strength training. Lama aku tak buat & tobat rasanya nak buat lagi. Maybe untuk masa yang terdekat ni chill dulu.
Hujan dah mula reda menjelang Isya'. Malam ini aku telah secara official memulakan kelas mengaji dengan geng orang kampung. Last aku attend kelas rasanya masa umuq 13 tahun. Suspen macam nak buat public speaking pulak. If kat rumah dok ngaji sesorang boleh la poyo hantam kromo berlagu-lagu bagai. Sekali depan 8 orang yang lain, heart rate dah macam threshold level pulak :]
Aku ingat ustaz nak suruh aku start dari Iqra'. Kalau ye, kompom aku kena berebut dengan anak aku Umar sebab dia dah Iqra' 3. And Kak Long & Amir sure gelakkan ayah dia sebab depa dah masuk Quran. Hehe. Ustaz interview aku dulu, tanya beberapa soalan pengalaman mengaji. Aku ni takde lah tahap musabaqah tapi main larung je tajwid pun ikut sesedap rasa. So, untuk assessment tahap kecerdasan mengaji, aku kena baca al-Fatihah tanpa melihat Quran. Maka terkantoi lah aku dengan beberapa kesilapan bacaan. Tu dia eh! Geng lain dok tersengih-sengih je perati aku kena regging dengan ustaz. Dah serupa macam citer Pendekar Bujang Lapok daaa...masuk sarkis & Pak Abu sebut huruf M! Hahaha. Siap ada pulak tambah lauk, student baru kena sapu taik cicak setiap kali sebelum mula kelas. Hampeh punya senior. Hahaha!
Oleh yang demikian, part ilmu al-Quran ni kita kena wajib belajor. Pernah ustaz bulan posa habaq, kalau kita tengah belajaq & salah bacaan takpe lagi. Tapi kalau salah baca tapi takmo belajaq, dosa tau.

neverr too late to learn something good :) insyaallah tak lama lagi u can kata kat orang lain kena sapu taik cicak muka dia ngeh ngeh ngeh
ReplyDeleteSemalam Diket lari kat KLCC Park, sedap skrg ni lari malam, maghrib awal, malam dingin lepas hujan atau gerimis, tu yg aku layaan je buat 21km selasa lepas. Kalau lah tak kerana security halau kul 10pm, aku rasa mau aku buat marathon malam tu hehehe
ReplyDeleteSetuju Kak Lune! I follow!
ReplyDeleteDeo, kalau malam aku bebas beriadah memang nak sangat aku itot kau & dah lama aku ganti tempat security tu :]
Dulu masa kat opis lama, aku join kelas mengaji masa lunch, tapi laa ni kat area MJ ni tak tau lak katner leh jumpa free class macam ni. Seronok masuk kelas dewasa nih...
ReplyDeleteAku bangga ada kawan macam ko!
MJ kat mana tu bro? Sekadar menjalankan tanggungjawab menuntut ilmu akhirat bro. Ayat last tu power sangat bunyi nya bro :]
ReplyDeleteMasjid Jamek...
ReplyDeleteayah kenalah jadi contoh terbaik untuk anak2 kan. cayalah bapak!
ReplyDeleteDC, sekadar menjalan tanggungjawabnya pak! Eh...buk!
ReplyDeleteBro, kelas ni kat are Cheras ke? May I know kat surau mana? Thanks
ReplyDeleteEpol
Epol, kelas kat area rumah aku je. Kelas pondok actually. Dekat je dengan surau al-ansar, BTHO.
ReplyDeleteSori bertanya, ni Epol mana ni? :]
Bro, thanks. Saya duduk kat Tun Perak. Kita tak pernah jumpa. Saje je letak nama taknak maintain anonymous. Hehe. Thanks for the info
ReplyDelete