Thursday, November 24, 2011

Result PowerDol

Citer lapok sikit. Result Powerman dah kuar, lambat sikit macam tahun lepas. Result PBIM pun lagi cepat. Saja untuk tatapan syiok-syiok sendiri, takde niat untuk menjadi ancaman kepada sesaper or nak poyo. Ni semata-mata untuk kemajuan sukan kampung aku. Harap maklum. Sila lihat perbandingannya:

Haaa...ilmu cut, copy & paste ni aku belajor dari abang Fairul. Aku selalu nampak orang buh race results kat blog tapi aku tak tau camner. Kali ni abang Fairul dengan murah hati berkongsi ilmu. Terima kasih abang Fairul di atas tunjuk ajar.

Tu lah result aku yang agak pongeh. Untuk menimbalbalas & justify kan dengan berkilo buah semangka yang aku bedal lepas finish line tu, aku rasa point form adalah antara approach paling sempoi untuk difahami & semoga ia melekat kat otak karat ini :]

Timing : Banding dengan Mr. James, Mr. Tang & Mr. Damian secara overall time memang sejam aku kat belakang. Encik-encik tu semua tengah sedap belasah pasta lunch dalam dewan, aku tengah terkial-kial kira batu tepi jalan.

Run 1 : 10-15 minit kat belakang. Nampak macam tak lama kan? Tapi jauh tu beb. Kira macam tertinggal satu lap equivalent to 5km distance. Nasib baik aku tak kena overlap. Dan aku bersyukur jugak dapat cangkuk Azmar & Syah dengan pace sub-6 min/km. Pace Mr. James 3:38! Pace Mr. Damian  4:04! Lemah kepala lutut aku tengok pace depa.

T1 : Rata-rata, ternyata aku masih lagi bersetinggan kat transition. Muahaha! Mr. James transit 1 minit aje! Macam mana ler gayanya dia tukar kasut & pakai helmet sepantas kilat?! Kena layan youtube tengok macam mana pro buat.

Cycle : Mr. Jamses punya average speed 39km/h. Aku punya 29km/h. Obviously dengan bantuan beberapa gajet basikal yang lebih canggih & yang paling nyata jenis bike TT adalah lebih aero untuk mencanak-canak di atas saddle. But of course kaki pengayuh sendiri pun mesti lah level Dura Ace Di2 bukan  aje bike canggih sekadar melaram & me-lawa aje. Hehehe. So untuk next year, perhaps aku kena consider sewa mana-mana wind tunnel untuk kaji lebih mendalam level aero aku. Muahahaha!

T2 : Champion punya T2 time still maintain cool sedangkan aku dah tak kuasa nak bergegas bagai. Memang ada halangan sikit masa tolak basikal masuk T2 sebab ada yang terhegeh-hegeh takmo bagi ruang. Takpe lah, aku pun bukan kiasu sangat nak suruh orang ke tepi ye tak? 

Run 2 : Pergh! Ni lah masa berkampung paling lama dalam sejarah kampung. Punah ranah harapan bangsa. Berapa pace aku? Jap kira. 7:47!!! Tak sanggup aku nak citer. Dah tahap jalan-jalan taman bunga :D

Haaa....kalau tengok cuaca 2010, secara purata semua orang cemerlang. Tapi ni hanya berlaku once in a blue moon dan ternyata blue moon susah nak singgah Seri Manjung, apatah lagi awan mendung kelabu. Prestasi aku yang paling obvious sekali dengan bangganya dapat maintain pace 6:18 untuk Run 2. Bukan senang oooo.

Secara ringkasnya, untuk berdaya maju di tahun-tahun akan datang, malah untuk tidak NANGES tepi jalan, perkara-perkara berikut perlu penekanan:
  1. Training period. Sebulan lepas Syawal memang dapat 4 kali je brick. Bike & run specific training tarak. 2010 aku banyak emphasis kat run, so looks like it helped.
  2. Kena omit segala unsur-unsur negatif yang ada. Hari tu boleh pulak terpasang lagu Out of Touch - Hall & Oates dan Highway to Hell - ACDC masa Run 2. Memang cari nahas ler.
  3. Mental memang kena betul punya kuat especially untuk Run 2. Betul beb. Run 2 adalah pemusnah harapan kalau mental kurang kuat.
Majulah sukan untuk kampung ku :]

5 comments:

  1. event ni belum cuba.. nak try gak.. :) tp kena pasang lagu kasi semangat sket kan?

    ReplyDelete
  2. Apa pun, well done .habis .. Congrats :)

    ReplyDelete
  3. mcm aku tulis kat blog Che - i know it's just coming from me, tapi bagi aku kira bagus tu :)

    kau belum tgk aku nye PW kat men's health. itu betul2 lari geli-geleman lenggang-lenggang kangkung meet skipping-to-my-lou-my-lady sambil direncah dengan joget lambak bersepah. haha

    ReplyDelete
  4. mesti kena try Che! kasi download lagu Selamanya (Harimau Malaya) sure hang berdosup! :]

    Hehe. Thanks Kak June. Macam ada member selalu cakap "menang belum tentu, janji abiiis..." :]

    tsar, pepehal pun memang Alhamdullillah syukur. Hang punya men's health tu aku dah siap komen la bro. siap ada post mortem kat pelita jalan ampang gituuu :D

    ReplyDelete
  5. Ini lagi bagus daripada tak buat langsung..

    Yg ikhlas,
    Aku yg tertinggal ketapi lama tak bukak blogs....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.