Tuesday, October 14, 2014

Kayuh dengan GeKaMaChePe

Hujung minggu yang baru lepas aku decide untuk mengurangkan intensiti sesi letihan memandangkan minggu raya Qurban agak hectic untuk badan yang berusia ni. Sahabat dari Sri Gandos pun masih dalam mood raya agaknya & ada yang menghadiri kenduri di kampung.

Untuk kayuhan yang lebih sederhana tanpa perlu fokus 100%, aku cangkuk kenalan baru, GeKaMaChePe. Depa nak kayuh di Mardi, Serdang. Cantek sangat tu. Since aku tak pernah kayuh di sana, boleh la recce sekali trail yang ditawarkan.

Since fork di Niner masih di woksyop, aku terpaksa membuat rancangan kontinjensi. Terpaksa ‘pinjam’ balik basikal touring/mtb aku yang tuan imam kami pinjam beberapa bulan yang lalu...maafkan saya tuan imam. Oleh kerana tuan imam dah pasang balik suspension fork & tayar off-road, maka kerja aku nak convert balik dari basikal touring ke mountain bike tidak memerlukan banyak kerja. Aku cuma perlu turunkan ketinggian stem dan buka pannier rack untuk geometri dan berat basikal yang lebih sesuai untuk off-road. Kerja-kerja modifikasi siap dalam 30 minit. Alhamdulilllah.

Walaupun badan agak lemau tatkala aku tamat kelas pada petang Sabtu tersebut, aku kuatkan semangat untuk kayuh jugak esoknya. Jangan sampai menyesal jika tak kayuh ye. Sebaik aku tiba di lokasi rendevouz, sepantas kilat aku menggelungsur kembali ke zaman aku mula-mula kayuh dulu. Begini lah senarionya, cukup similar sekali.

Dengan attendance yang casual dalam menepati masa (tak tepat masa ler tu), ada yang baru nak pam tayar, ada yang baru nak adjust seat post, ada yang baru nak pi isi minyak kereta. Ada pulak yang terbawak abang punya wallet dalam kereta. Aduuuuh...nak nanges campur ketawa pun ada gak.

Janji 7.45 a.m., kul 8.15 a.m. jugak kami baru bergerak menuju ke Mardi. Layan kan aje. Dalam perjalanan tu pun, sempat lagi sebijik kereta tak alih-alih hilang...masuk segitiga bermuda agaknya. Tapi konvoi beramai-ramai macam ni lah yang aku dulu duk kerabat hampir setiap minggu ke seluruh pelusuk Lembah Klang mencari trail kayuh.

Sampai di Mardi, kami disambut oleh satu group lagi yang sepatutnya menjadi guide kami di dalam trail. Total rider semua dah hampir 20 orang. Cukup meriah. Iklan sat...ada member tertinggal kasut. Nasib baik member lain bagi pinjam Crocs.

Untuk 5km yang pertama kami menuju ke trail head yang masih maya. Puas jugak aktiviti ‘follow-the-leader’ mencari trail head ni. Dah masuk semak, keluar semula. Masuk yang lain, pun salah. Ada gak 3-4 cobaan, tapi cobaan terakhir membuahkan hasil. Tapi memang mesti jugak yang terakhir sebab sebelah tu dah Lebuhraya Selatan Lembah Klang.

Awal-awal dah bagi bukit ammah, so kena tolak basikal. Sikit je buat tegang otot & pecah peluh. Lepas tu kami dah mula off-road di lebuh hutan belakang Mardi ni. Ternyata banyak jaringan denai yang ada kat sini. Kami Cuma ikut aje orang depan, walaupun ada juga terkedu bila terjumpa persimpangan dan beberapa argument di kalangan leaders berlaku. Aku perati kan aje.

Separuh masa kedua kayuhan, kami dihidangkan oleh bukit yang lebih teruk dari ammah. Maybe aku kena panggil hat ni...ammmmaaah! Bukan aje bukit tapi bukit bukau, turun naik macam roller coaster kat Gold Coast. Skill tonggek atas basikal sangat significant untuk berjaya di setiap pendakian.

Hat yang muda-muda belaka, dah attack awal-awal bukit pertama dan kedua. Hat yang otai-otai macam aku, chill dulu sebab enjin disel memang lambat panas. Depa attack macam tiada esok bagi mu. Aku sedar aku siapa, sebab hari ni aku bawak kuda 7 speed aje...memang boleh jatuh kategori pecah gasket enjin kalau silap rammed.

Total semunya kalau tak silap ada 4 bukit. Serangan dari pejuang-pejuang terawal dah mula menampakkan casualties. Masing-masing dah mula menghembus nafas kerbau dan terkaku di tepi-tepi denai.

Bukit ketiga memang yang paling tinggi dan paling curam. Tak mampu aku nak memanjangkan dengung dan harakat perkataan ‘ammah’ di sini sebab tersangkut nafas bila tengok. Dari kakinya aku dah mula shift ke gear yang paling hujung dan tiada gunanya jika aku attack. Itu bukan strategi yang bagus.

Memang keluar manik-manik peluh di lengan dan dahi setiap kali pusingan crank dijana oleh kedua-dua kaki. Misi ialah untuk menghabiskan kayuhan sehingga ke puncak.

Aksi ketap gigi berakhir di puncak bukit ketiga. Memang kaki meronta & menjerit-jerit dengan beban kayuhan. Aku ambil 5 saat break sementara mengkaji bukit yang terakhir terbentang di atas dan menyambung semula pendakian. Hanya dua orang yang sampai dulu di atas. Hampir 15 minit selepas kami puas bersembang sambil berehat dan menunggu yang lain, tapi tak muncul-muncul. Pelik, sorang pun tak menjelma. Depa patah balik ke?

Nak puaskan hati, aku kayuh turun balik. Tu dia, semua duk berkelah sakan kat puncak bukit ketiga. Nasib baik aku jerkah awal sikit, if not aku rasa ada yang dah bentang toto atau tanak nasik. Adeh...

Suasana dah memang sebijik macam kenduri. Kecoh masing-masing sembang walaupun hidung dah bukak injap pelepas maksima. Tambah meriah lagi bila ada satu lagi group baru sampai. Tu dia. Pasar tani Mardi dah jadi macam pasar borong. Like.

Macam-macam kerenah, perangai, keluhan, luahan, sharing, pesanan, tazkirah...semua ada. Sampai kan tak alih-alih, ada sorang sedare pesan kat aku suruh aku bukak bar-end, dengan alasan merbahaya. Eh?! Beriya-iya dia suruh aku bukak. Dah satu abad aku kayuh dengan bar-end, dia pulak bagitau merbahaya. Memang la berisiko jika kayuh di tengah-tengah hutan tebal yang boleh terrrr-sangkut pokok, tapi jalan kat Mardi ni, kereta lembu pun boleh memotong. Tapi takpe, terima kasih dengan reminder. Nampak dari gaya, brader ni memang dah berusia tapi masih noobie dalam kayuhan. Maybe ada la 2-3 jamboree up his sleeves, tu yang merak semacam pagi tu. Kena plak ada makcik kat sebelah yang ride sama dalam group dia. Kelllass kau nyah!

Berakhirnya semua bukit, kami mendapat ganjaran downhill sejauh hampir 20 minit. Aku tak layan sangat sebab basikal guna v-brek dan suspension fork keras macam buluh lemang. Kalau ada niner, aku rasa aku pun akan merak macam brader tadi.

Tengah duk layan sentimental konar lipat, sorang geng MaChePe tayar bocor. Aku stop untuk bertanya khabar. Malang sekali, dia tak bawak spare tube dan spare tube aku tak menepati saiz wheel dia. Tak dapek den nak menolong. Sambil slow-slow aku continue kayuh meninggalkan dia, aku berasa pelik kenapa dia tak bawak spare tube sedangkan persiapan self-support dalam aktiviti kayuhan ni dah jatuh kategori mandatory.

Berakhirnya downhill, maka berakhirlah kayuhan kami pada hari tu. Kami singgah la kejap kat air terjun yang tersangat comel di situ sebelum kayuh balik ke parkir.


Jam masih awal, so kami menjamu selera untuk late breakfast di kedai mamak Seri Serdang sambil aku cuba mengenali lebih rapat sahabat-sahabat baru aku ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.