Memberi komitmen untuk dua acara besar dalam setahun boleh membebankan seseorang individu...sekurang-kurangnya untuk orang seperti aku yang semakin terasa hasil mamahan usia. Menjalani sesi latihan hanya pada setiap hujung minggu memang secara nyatanya, tidak mencukupi. Apatah lagi jika misi menyertai acara tersebut adalah untuk mencari kejayaan gilang gemilang.
Sesetengah pandangan masyarakat mungkin kurang bersetuju dengan prinsip aku. Dalam kehidupan sekarang, kita dibesarkan dengan kata-kata motivasi dan semangat dari iklan-iklan produk mahupun individu-individu berjaya terutama ahli sokan. Sebagai contoh yang dah sebati dengan kita seperti tema Nike 'Just Do It', atau Adidas 'Impossible Is Nothing', dan banyak lagi yang kononnya bertujuan untuk mengeluarkan seorang jaguh dari dalam diri kita. Tapi kalau hanya sekadar pegangan tanpa usaha, kita akan jadi seperti bertih jagung dan bukan jaguh.
Sedikit masa dulu memang aku juga terhanyut dengan tema-tema gimik pasaran. Bukan aku begitu taksub sehingga melampaui batasan adab dan tatasusila tetapi cara hidup juga sedikit sebanyak terikut-ikut.
Itu dulu. Sekarang aku sedikit bijak dan memegang prinsip yang berlandaskan akal yang mungkin sedikit rasional berbanding dulu.
Berbalik kepada tujuan post hari ni. Selepas sesi letihan temph hari ke Bentong, aku tidak lagi merindui akan pahit getir ketika kayuhan dan sengal-sengal badan selepas kayuhan. Malah perasaan ini mula sedikit menyesal. Bukan menyesal sebab segala kepayahan yang dialami tapi lebih kepada peluang dan kemampuan aku melaksanakan komitmen yang lain sedikit terkekang.
Seperti yang aku kerap nyatakan, ketika peringkat usia sebegini, priority komitmen sudah berubah. Aku lebih selesa dengan komitmen kekeluargaan, komuniti dan yang sewaktu dengannya.
Aku juga tidak mampu untuk mengulangi kesilapan dulu tatkala aku pernah membuat cubaan dua marathon dalam setahun. Ternyata sekali, marathon yang kemudian itu penuh dengan sesal dan seksa. Pada pendapat aku yang lemah ini, sekadar untuk menghabiskan sesuatu acara besar seperti marathon tidak mendatangkan kepuasan. Lebih kepada menjadi buah pulasan.
Begitu juga dalam dilema aku sekarang. Kayuhan Satu Abad Melaka akan berlangsung pada hujung bulan Oktober kelak. Aku telah menamatkan acara sebegini di Kuantan pada April yang lalu dan aku cukup bersyukur dengan keputusannya. Namun, tidak dengan cubaan di Melaka ini pula. Aku kurang semangat. Aku tidak mampu memberi komitmen yang lebih atas beberapa sebab seperti pengagihan masa latihan dan komitmen-komitmen lain. Malah, aku lebih selesa memberi komitmen kepada perkara-perkara lain.
...hmmm...terlintas sejenak. Kedudukan aku di persimpangan hidup ini semakin hari semakin nyata.
...hmmm...terlintas sejenak. Kedudukan aku di persimpangan hidup ini semakin hari semakin nyata.
Sebagai blessing in disguise, aturan yang kita susun bukan yang terbaik, sebab yang terbaik datangnya dari Allah swt. Tarikh acara bertembung dengan kelas ganti. Fuh! Walaupun agak kecewa sedikit tapi kelegaan bagaikan injap pelepas dibuka.
wah..karangan bahasa melayu saya bagi markah A!
ReplyDeleteTapi kan, itulah. Komitmen saya pun telah berubah. Dulu, satu bulan wajib ada satu race. Dulu, cemanantah boleh tinggalkan anak-anak kat parents berjam-jam sementara kami pergi berlatih. Bila pikir balik, rasa sedih pun ada.
Sekarang bila dah sedar diri, prioriti lebih kepada family dan anak-anak. Bersenam-bersenam jugak tapi takde la kalau tak buat latihan ikut mileage, rasa menyesal berguling-guling.
Bak kata mak saya, lex lex dulu. heh heh
keh keh keh...terima kasih dengan penilaian puan. Saya sedang dalam proses memartabatkan tatabahasa bahasa Melayu.
ReplyDeleteBegitulah kira-kiranya dengan kita semua. Mesti ada perubahan kepada kebaikan. Zaman univ depa duk guna perkataan 'anjakan paradigma'. Sat lagi hangpa cakap aku loq-laq gila bahasa pulak.
Mak kata saya kata...man, man udah ler ;]
Mak saya kata "bila nak berhenti?"
ReplyDeleteDan aku masih tercari-cari sinar harapan bagi meleraikan kekusutan fikiran mencari jawapan di sebalik persoalan tadi... entah bagaimana hendak aku nyatakan keadaan yang.... eh jap jap.. ini bukan blog aku rupanya...
Sorry ter-syok sendiri... :)
Maaf. Tuan boleh hantar hasil karya cerpen tuan ke Utusan Melayu untuk diterbitkan. Di sini hanya untuk hasil karya nukilan cerita-cerita dongeng semata-mata.
DeleteGudlak melanun di SCKLM ye ;]