Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu lagi Eid Adha 1435 Hijrah. Entah tahun ke berapa aku decide untuk beraya di Selangor aje instead of balik kampung, walaupun raya jatuh pada long weekend break. Announcement kenaikan harga minyak sebelum raya membuatkan semangat terbantut untuk pulang ke kampung.
Seperti biasa, jemaah kawasan kami tidak akan ketinggalan untuk merebut keberkatan dari ibadah qurban, 7 ekor semuanya. Aku kena lead lembu no. 3. Sedangkan aku bukan terer sangat pun hukum hakam ibadah qurban tapi dengan tanggungjawab yang dipikul, aku cuba sedaya upaya menjayakan amanah diberi. Just nak kena make sure ibadah qurban untuk lembu no. 3 ni berjalan lancar dengan tenaga kerja yang cukup, kemudahan tempat menyembelih, peralatan, tempat pembahagian daging dan pengagihan daging qurban mengikut syariat dan tidak lupa, kebajikan petugas-petugas. Level task macam project manager jugak lah ni.
Alhamdulillah solat raya di surau seperti biasa. Penuh tapi tak melimpah, maybe sebab ada yang pulang ke kampung. As usual teks khutbah tidak pernah tinggal dengan pesanan dan peringatan tentang tujuan hidup kita di dunia. Hopefully kita sentiasa dibuka pintu hati oleh Allah swt untuk menerima pesanan khotib.
Aktiviti kemuncak memang ibadah qurban. Kami takde nak tunggu or ikut protokol. Group mana yang dah sedia, dah cukup korum, lembu akan ditumbangkan dulu. Lembu group aku yang kedua ditumbangkan sebaik aje geng koboi dah cukup. Dah siap tumbang dan ikat kaki dan dah ready di lokasi, kami cuma panggil je specialist sembelih untuk menjalankan tugas.
Tunggu sampai condition lembu dah betul-betul nyaman (lebih 4-5 minit), geng melapah pun memulakan tugas. Setiap tahun aku cuma menggunakan pisau blade besar beli kat kedai alatulis aje. Dah tentu tajam, nak pegang pun senang & lepas pakai boleh buang je blade tu. Kalau cukup dengan bantuan memegang kaki-kaki lembu, yang melapah kulit serta yang expert mengeluarkan isi kandungan dalaman, semua boleh settle tak lebih 20 minit (anggaran aku). Kali pertama aku terlibat dalam aktiviti qurban 2-3 tahun lepas, kami ambil masa lebih sikit sebab belum terer.
Stage ke-3 is memanggil tukang kapak. Tugas dia standby on-call (sebab kapak tak banyak). Sampai masa untuk membahagikan lembu tu ke lebih kurang 6 bahagian supaya senang dibawa ke kawasan pengagihan daging. 6 bahagian bermakna (4 kaki termasuk peha + 2 bahagian badan kiri kanan). Kepala satu je la. Memang kapak diperlukan untuk lebih mudah memisahkan bahagian-bahagian tersebut.
Stage ke-4, panggil pick-up untuk membawa bahagian-bahagian lembu no. 3 ni naik ke surau, untuk dipotong-potong daging dan pengagihan. Sampai di stesen pengagihan, plastik-plastik agihan dah stand-by ikut nombor lembu. Plastik untuk daging ke fakir miskin 15kg. Plastik untuk daging ke peserta qurban, 1 bahagian 2kg. Untuk masak 5kg. Yang selebihnya untuk agihan petugas dan jemaah, packing sekilo. Aku terpaksa delegate tugas ni kat member sorang lagi sementara...
...aku kena make sure kawasan sembelihan lembu no. 3 bersih dan lubang takungan darah siap dikambus semula demi kebersihan. So, aku pi balik ke tempat sembelihan & kambus & bersihkan apa yang patut. Then lari balik ke surau untuk join kerja pengagihan.
Sampai di surau semula, Alhamdulillah cepat aje dah almost selesai menimbang dan membungkus mengikut timbangan agihan. Masing-masing cekap menjalankan tugas. Aku kena pastikan bahagian agihan sampai ke penerima yang sepatutnya. Tulang-tulang juga kami bungkus sekilo untuk pengagihan. Kepala & kaki, kami serahkan ke pihak Pengarah qurban untuk membuat apa yang sepatutnya.
Wakil dari fakir miskin pun sampai untuk collect bahagian mereka. Aku juga menyerahkan bahagian-bahagian qurban untuk para peserta lembu no. 3. Yang selebihnya, anggaran lebih kurang dalam 25kg yang dah dibungkus sekilo, dikumpulkan bersama-sama dengan daging lembu-lembu lain. Then pengarah buat announcement untuk pengagihan daging sorang sekilo & tulang sorang sekilo. Or satu rumah sekilo aje, untuk petugas dan jemaah.
Alhamdulillah majlis selesai by 12.30pm. Setiap tahun kami dipermudahkan oleh-Nya based on pengalaman merancang dan perlaksanaan. Bab penutup ialah aktiviti membasuh perkarangan surau. Wifey & anak aku dah pi beraya ke rumah parents dia dulu selepas stage sembelih tadi. So tinggal aku & my eldest son yang involve aktiviti qurban. Balik mandi, solat & baru aku ke rumah in-law untuk menyelamkan diri ke dalam lauk pauk raya yang disediakan. Kurang selera sikit sebab maybe penat sangat. Sebelah petang bateri badan dah mula nak kong, so aku bergegas pulang semula ke BTHO untuk melabuhkan diri di atas sofa...zzzzz
Itu semua pengalaman aku involve aktiviti qurban di surau kami. Tempat lain maybe lebih kurang sama or maybe ada sedikit kelainan. Yang pasti, objektif kami sama iaitu menyahut seruan agama seperti dalam firman Allah swt:
Bismilllahir rahman nirrahim
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3) - surah al-Kauthar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.