Dah nak masuk Q4 2011, perjalanan beriadah tidak menampakkan tanda-tanda nak bersungguh-sungguh. Tatkala jerebu menyelubungi, faktor kesihatan diutamakan dengan alasan kalau batuk-batuk nanti boleh memudaratkan sesi latihan yang akan bermula kelak. La ni, hujan tiba bagaikan musim tengkujuh yang sampai awal sikit than usual. Terus duduk diam layan karipap panas or saki baki kuih raya dalam balang atas meja dengan air kosong. Idea untuk kayuh ka, lari ka, swim ka...hanya setakat terapung-apung di dalam kotak fikiran yang tak berapa nak fokus ni.
Genap 12 bulan yang lalu, aku training yang boleh dikatakan intensif jugak. Sebaik puas beraya (yang disingkatkan atas sebab nak training), almost setiap hari aku bekerja keras untuk improve kat Powerman. Hasilnya agak memuaskan. Alhamdullillah. Malah, teori program latihan endurance Powerman tu, yang peak dekat Gentingg Trailblazer sungguh menakjubkan.
Adakah aku dah jadik malas? Or lack of motivation? Or simply lost interest? No idea. Aku masih cuba mencari rasional di sebaliknya. Errr...dah cecah 4 series memang macam ni ke? Hehe.
Last Sunday second attempt aku berlari (dah bunyi macam non-ritual pulak). Sebaik selesai Suboh di surau, aku terpinga-pinga tak tau nak buat apa. Hantar mesej kat pelari-pelari kampung semua tak berbalas. Last attempt, aku join Bahri & Sepol berlari kat Taman Tasik Pemaisuri. It was a good decision. Slow pace with these guys was all I need to shave the lazy thoughts.
Aku test idea baru. Hehe. Lari pakai track bottom macam Doc Julin...bukan yang kelabu tu! Akhirnya jumpa gak kat kedai Adidas. Tak senang gak nak cari sebab mostly yang jual semua saiz besau untuk football or jual complete set dengan windbreaker. Cecah RM200+. Mampuih! Yang comel-comel untuk aku jarang ada. Kononnya akan digunakan untuk larian di kampung, al-maklum la cover line & cover aurat. Nak berlari separuh togel or berseluar ketat kat kampung dah tak berapa nak relevant pulak rasanya.
Bahri & Sepol agak melopong seketika bila melihatkan attire aku pagi tu. "Ni mesti ada dapat ayat-ayat bagus agaknya lu dressing macam ni bai." Keh keh keh. Macam biasa Sepol punya lambung memang selalunya tak hengat.
Alhamdullillah larian OK. Selagi tak kena bengkok lutut lebih-lebih, seluar tak akan sangkut tatkala peluh dah mula kuyup. And tak jugak rasa panas macam sauna. Hmmm...boleh cuba try test kat event kendian & perhaps larian yang lebih panjang seperti route BA to Seri Hartamas. Huhu! Kalau Abang Yim boleh siapkan wardrobe larian dia dengan baju Melayu siap samping & kain pelekat yang tutup aurat, kenapa aku tak boleh ye tak?
Lagi sekali aku ber-alah untuk tidak join latihan KOM Cameron weekend ni. Kaum akan kayuh ke Titi pada hari Sabtu. Perasaan ni dok bermain-main antara nak join kayuh or nak assist wife aku babysit the kids. Aku decide untuk let go of Titi. Ahad pun sama. Weekend 1-2 Oktober akan digunakan sepenuhnya untuk persediaan apa yang patut bagi mengelak "nangesss..." di Simpang Pulai. Lepas tu KOM 9.10.11. Sebulan lepas tu baru Powerman. Lama lagi...keh keh keh.