Kononnya
momentum kayuhan dah OK selepas buat 2-3 trip naik turun bukit bukau. So, bila
ada kaum petik untuk kayuhan yang sedikit lebih mencabar, hati ini teruja untuk
ber-jimba dengan kaki yang gatal ni. Depa pi petik Broga Pondan, tapi start
dari BTHO. Itu bermaksud extra hampir 30km from the original loop. Maka, ride
Broga Pondan Power diberi nama. Siap…!
Walaupun
hanya laungan di kalangan kaum TOK aje, tapi plan kayuhan telah didengari para
pengayuh basikal tegar sekitar Lembah Klang. Dapat dikumpul pada pagi tersebut hampir 15 orang yang
akan menduga ketabahan jiwa. Boleh tahan jugak sambutan. Ada beberapa muka yang
baru dikenali selain yang regulars.
Aku tak tau
kenapa, tapi jarang kali aku attempt Broga dengan hati yang betul-betul tenang
& penuh keyakinan. Ada la satu kali
aje kot yang betul-betul aku puas hati, tapi most of it memang suffer
ala-cendol basi. Maka, pagi tersebut debaran kembali & hati mula goyang
sebaik sahaja melepasi Gerai Anje Batu 18. Kaki rasa kurang respon positif dan
pernafasan bergelora bagai tsunami. Petanda kurang bagus.
Sebaik
mendaki laluan Genting Peres, pace yang boleh dikatakan sesedap rasa beberapa
hari lepas aku buat sudah agak sukar untuk aku kekalkan. Memantul je rasa kaki
& breathing. Halfway up, aku lepaskan tali cangkuk dari Alwin dan decide
untuk follow pace se-kelat rasa.
Group of 15
ini hampir sama pace, maka regrouping di puncak Peres tak mengambil masa yang
terlalu lama. Less than 5 minutes, kami berduyun-duyun turun ke arah Titi
melepasi titik penyesalan yang bakal tiada noktah.
Jelas
terbukti aku masih dalam mode training, di mana tatkala aku duduk dalam
peloton, aku mampu mengukir senyuman dengan speed 37km/j. Tetapi sebaik aje
terima giliran untuk menarik, kaki bagaikan kelu dan bertahan untuk 1 minit
sahaja dah bagaikan penyeksaan yang teramat panjang.
Cabaran
yang lebih tegar menanti sebaik kami ‘refuel’ di Petronas Kuala Klawang dan
mengharungi turun-naik Kampung Jelebu menghala ke kaki Bukit Tangga. Papantanda
tempat perkelahan Jeram Toi menandakan perkelahan kami bakal bermula dengan
penyesalan.
Kaki masih
dalam mode protest. Seorang demi seorang melepasi aku dengan perancangan untuk
hanya melayan respon kaki yang masih dalam pembikinan. Cuaca agak damai tatkala
memulakan pendakian, namun bertukar menjadi tikaman menusuk jiwa dalam separuh
perjalanan naik. Seingat aku, zaman mula-mula aku dapat C24 dulu, pencapaian
terbaik aku di sini. Selamba aje naik dengan senyum. Tapi itu je sekali.
Pencapaian lain diibarat macam terkapai-kapai hado!
Regrouping
di kaki bukit di simpang sebelum ke Lenggeng. Hanya Alwin & Nizam kelihatan
di puncak Bukit Tangga menunggu aku selain mengambil nafas recovery. Aku hanya
lalu tanpa berhenti sambil mengajak depa turun terus bagi menjimatkan masa.
Bukit kedua
ialah Bukit Mandom. Bukit ini juga yang tiada belas kasihan (tatabahasa aku pun
dah caca-merba). Sudah mula kedengaran beberapa keluh kesah dari kawan-kawan
yang melepasi aku. Termasuk juga aku, penyesalan dah tiada gunanya tapi sebaik
sampai di pekan Lenggeng, it should be a bit better…kot.
Aku layan
mendaki Bukit Mandom tanpa perasaan. Malas dah nak fikir. Mental hanya lebih
focus kat nasi lemak ikan sembilang yang menanti perut yang sedikit
berkeroncong.
Timing ride
kami untuk kali ini agak cantek. Ketibaan kami di Kuala Klawang sekitar 10:30
pagi, dan kami Berjaya sampai di pekan Lenggeng sekitar jam 12:15 p.m. (itu pun
waktu aku nak mula suap…maybe 5 minit awal). Alhamdullillah.
Perut
kembali naik! Argh! Akibat nikmat suapan hidangan masakan kampong yang sejati.
Lately memang aku banyak concern pasal perut ku yang dulu nya hanya sekadar
sindiran sinis tapi bila berdiri depan cermin, memang saling tak tumpah macam
kuali gulai kawah. Puiii…!
Bagi
me-maintain-kan timing yang cantek, makan serupa bas express, 12:30 p.m. kami
dah duduk atas basikal untuk meneruskan perjuangan ke stage yang seterusnya,
iaitu mengharungi rolling route of Broga sehingga pekan Semenyih sekitar 20km.
Kami cuba untuk berada dalam satu group sebaik mungkin dan ia agak berjaya.
Tapi tatkala peloton bertukar menjadi tiupan angin ribut, memang kaki ini
menjerit-jerit keperitan menahan untuk terus cangkuk bersama.
Seperti
biasa Shell Semenyih menjadi refuel stop terakhir. Bukit bukau terakhir juga di
Lebuhraya SILK bakal menambah jiwa yang sedang luka. Tahap bonk belum tiba tapi
kaki masih seperti yo-yo dengan sekali sekala memberi respon positif dan sekali
sekala respon manja nak kena ketuk baru dia nak pusing.
Kayuhan
khatam dengan mengambil masa 5 jam 46 minit dengan jarak 146km! Mak aih! Patut la aku
nyawa-nyawa ikan. Milage increase dengan drastic sekali boh! Tapi
Alhamdullillah takde difficulty kronik dan semua sampai dengan muka puas. Aku
perlu menambah kekuatan lagi…ngeh ngeh ngeh… ;]
The rolling hills between Selangor & N9 |