Friday, January 25, 2013

Broga Pondan...Power!


Kononnya momentum kayuhan dah OK selepas buat 2-3 trip naik turun bukit bukau. So, bila ada kaum petik untuk kayuhan yang sedikit lebih mencabar, hati ini teruja untuk ber-jimba dengan kaki yang gatal ni. Depa pi petik Broga Pondan, tapi start dari BTHO. Itu bermaksud extra hampir 30km from the original loop. Maka, ride Broga Pondan Power diberi nama. Siap…!

Walaupun hanya laungan di kalangan kaum TOK aje, tapi plan kayuhan telah didengari para pengayuh basikal tegar sekitar Lembah Klang. Dapat dikumpul pada pagi tersebut hampir 15 orang yang akan menduga ketabahan jiwa. Boleh tahan jugak sambutan. Ada beberapa muka yang baru dikenali selain yang regulars.

Aku tak tau kenapa, tapi jarang kali aku attempt Broga dengan hati yang betul-betul tenang & penuh  keyakinan. Ada la satu kali aje kot yang betul-betul aku puas hati, tapi most of it memang suffer ala-cendol basi. Maka, pagi tersebut debaran kembali & hati mula goyang sebaik sahaja melepasi Gerai Anje Batu 18. Kaki rasa kurang respon positif dan pernafasan bergelora bagai tsunami. Petanda kurang bagus.

Sebaik mendaki laluan Genting Peres, pace yang boleh dikatakan sesedap rasa beberapa hari lepas aku buat sudah agak sukar untuk aku kekalkan. Memantul je rasa kaki & breathing. Halfway up, aku lepaskan tali cangkuk dari Alwin dan decide untuk follow pace se-kelat rasa.

Group of 15 ini hampir sama pace, maka regrouping di puncak Peres tak mengambil masa yang terlalu lama. Less than 5 minutes, kami berduyun-duyun turun ke arah Titi melepasi titik penyesalan yang bakal tiada noktah.

Jelas terbukti aku masih dalam mode training, di mana tatkala aku duduk dalam peloton, aku mampu mengukir senyuman dengan speed 37km/j. Tetapi sebaik aje terima giliran untuk menarik, kaki bagaikan kelu dan bertahan untuk 1 minit sahaja dah bagaikan penyeksaan yang teramat panjang.

Cabaran yang lebih tegar menanti sebaik kami ‘refuel’ di Petronas Kuala Klawang dan mengharungi turun-naik Kampung Jelebu menghala ke kaki Bukit Tangga. Papantanda tempat perkelahan Jeram Toi menandakan perkelahan kami bakal bermula dengan penyesalan.

Kaki masih dalam mode protest. Seorang demi seorang melepasi aku dengan perancangan untuk hanya melayan respon kaki yang masih dalam pembikinan. Cuaca agak damai tatkala memulakan pendakian, namun bertukar menjadi tikaman menusuk jiwa dalam separuh perjalanan naik. Seingat aku, zaman mula-mula aku dapat C24 dulu, pencapaian terbaik aku di sini. Selamba aje naik dengan senyum. Tapi itu je sekali. Pencapaian lain diibarat macam terkapai-kapai hado!

Regrouping di kaki bukit di simpang sebelum ke Lenggeng. Hanya Alwin & Nizam kelihatan di puncak Bukit Tangga menunggu aku selain mengambil nafas recovery. Aku hanya lalu tanpa berhenti sambil mengajak depa turun terus bagi menjimatkan masa.

Bukit kedua ialah Bukit Mandom. Bukit ini juga yang tiada belas kasihan (tatabahasa aku pun dah caca-merba). Sudah mula kedengaran beberapa keluh kesah dari kawan-kawan yang melepasi aku. Termasuk juga aku, penyesalan dah tiada gunanya tapi sebaik sampai di pekan Lenggeng, it should be a bit better…kot.

Aku layan mendaki Bukit Mandom tanpa perasaan. Malas dah nak fikir. Mental hanya lebih focus kat nasi lemak ikan sembilang yang menanti perut yang sedikit berkeroncong.

Timing ride kami untuk kali ini agak cantek. Ketibaan kami di Kuala Klawang sekitar 10:30 pagi, dan kami Berjaya sampai di pekan Lenggeng sekitar jam 12:15 p.m. (itu pun waktu aku nak mula suap…maybe 5 minit awal). Alhamdullillah.

Perut kembali naik! Argh! Akibat nikmat suapan hidangan masakan kampong yang sejati. Lately memang aku banyak concern pasal perut ku yang dulu nya hanya sekadar sindiran sinis tapi bila berdiri depan cermin, memang saling tak tumpah macam kuali gulai kawah. Puiii…!

Bagi me-maintain-kan timing yang cantek, makan serupa bas express, 12:30 p.m. kami dah duduk atas basikal untuk meneruskan perjuangan ke stage yang seterusnya, iaitu mengharungi rolling route of Broga sehingga pekan Semenyih sekitar 20km. Kami cuba untuk berada dalam satu group sebaik mungkin dan ia agak berjaya. Tapi tatkala peloton bertukar menjadi tiupan angin ribut, memang kaki ini menjerit-jerit keperitan menahan untuk terus cangkuk bersama.

Seperti biasa Shell Semenyih menjadi refuel stop terakhir. Bukit bukau terakhir juga di Lebuhraya SILK bakal menambah jiwa yang sedang luka. Tahap bonk belum tiba tapi kaki masih seperti yo-yo dengan sekali sekala memberi respon positif dan sekali sekala respon manja nak kena ketuk baru dia nak pusing.

Kayuhan khatam dengan mengambil masa 5 jam 46 minit dengan jarak 146km! Mak aih! Patut la aku nyawa-nyawa ikan. Milage increase dengan drastic sekali boh! Tapi Alhamdullillah takde difficulty kronik dan semua sampai dengan muka puas. Aku perlu menambah kekuatan lagi…ngeh ngeh ngeh… ;]

The rolling hills between Selangor & N9

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.