Last weekend kami jadi hantu runner. Hantu runner yang dah lama meninggalkan pekerjaan berlari. Asyik jadi hantu basikal je.
Sebaik aje aku turunkan basikal dari kereta setelah pulang dari Kuantan 2 minggu yang lepas, macam gitu lah lagi keadaannya di tepi tangga rumah. Terbalik, dan tayar di sisi. Nasib baik dah siap-siap basuh kat homestay. If not, mau bersemut saddle and bartape macam basikal Det. Tu citer dulu-dulu :P
Menjelang hujung minggu, rasa keinginan nak berkayuh tu tak mai langsung. Maybe aku dah muak dan jelak. Maybe badan aku memberi signal untuk merehatkan kaki kayuh & punggung ku yang dah hampir leper. Until dah sampai hari Jumaat yang kononnya selalu kami laungkan TGIF!, masih belum ada apa-apa plan. Actually dari tanda-tanda biologi, aku masih terasa penat agaknya.
Masa weekend aku diselamatkan dengan adanya kaum yang sedang training untuk Standard Chartered KL Marathon. Cantek sangat.
Geng Orang Kampung pakat-pakat lambung untuk lari berkumpulan sekitar kampung halaman dengan jarak siuman. Dengan window masa yang aku ada hanya sejam, aku petik untuk lari 5KM je, so sempat balik hantar anak pi sekolah. Ramai jugak yang menimang lambungan aku. Eventually, berlonggok lah kami berlari-lari macam zaman dulu-dulu seramai 5 orang.
Antara ungkapan dalam hati seorang customer nasi lemak tepi jalan sebaik terlihat kami, "Eh?! Dah lama aku tak nampak geng Kenya Sawo Matang ni. Ada lagi rupanya."
Pace sesedap rasa membuatkan kami langsung takde rasa penyesalan, walaupun dah berabad rasanya tak berlari. Itu tanda-tanda dah mula dapat feel agaknya.
La ni MWR dah jadi 16km. Fee seperti dahulu lagi, sejak aku last join secara halal, masih tetap mahal. Tapi dulu cuma 11km di UPM. La ni di Putrajaya, maybe depa nak justify distance & fee. Iyo lah. Aku sekadar nak ambik feel lari semula, so kemeriahan event macam ni cukup untuk kembalikan mood. Kalau lari kat kampung, kompom 1000 satu macam alasan nak mengelat.
Disebabkan dah lama tak berkejaran di hening pagi untuk ke race venue, maka pergerakan bowel aku juga mengalami masalah timing. Dah sampai PoJ baru dia nak 'panggil'. Maka dengan gimmick muka tenang aku merayau dari satu blok ke satu blok bangunan kerajaan mencari. Queue yang paling pendek aku pilih, so tak lah jenuh berdiri dalam ruang tertutup Alam Flora tu.
Tinggal lagi 4 orang depan aku, horn pun berbunyi tanda peserta 16km dah dilepaskan. Dua orang depan aku dah tunjuk muka cemas lantas depa teruih ciao. Maybe depa mau target podium. Yang lagi 2 terpaksa buat muka kelat sabar menanti, tak sanggup menghadap bala yang akan menimpa sekiranya hajat tak ditunaikan.
Eh?! Apa ni citer benda-benda gross?
OK. OK. Ada lah lebih kurang 5 minit baru aku terpinga-pinga sampai di start line. Anggapan aku, Det dan Zahrol dah ciao. Takpe, memang aku pesan kat depa tak yah tunggu. Rupa-rupanya depa tunggu jugak. Konon tanpa depa, aku nak mengelat & lari sama-sama kategori 7km udah ler.
Depa ajak belasah aje follow 16km dengan saki baki peserta yang baru nak start jugak. So kami pun cangkuk la ekor-ekor peloton yang ada.
Yang syioknya start dari belakang ni ialah kami dapat overtake runners sedikit demi sedikit. Lebih kurang macam motivasi la jugak, konon lajuuuu.
Di sudut hati aku masih berkira-kira nak khatam kan larian sampai 10km aje, lepas tu chicken loop kat mana-mana yang boleh. Pusing punya pusing, bila sampai di PICC, dah cecah 6km. Adeh. Kena lambung manja sikit dengan kaum untuk follow aje route depa sampai lokasi yang sesuai untuk memendekkan larian.
Water station semua kami skip, al-maklum la lanun. Alhamdullillah tekak boleh bertahan, maybe sebab cuaca yang agak sejuk pagi tu.
Kami decide untuk skip loop Pullman Hotel dan satu loop lagi di Masjid Besi, so kami safe 5km. Hasil distance covered cukup setakat 11km untuk larian amik mood. Kena banyak bersabar.
Yang paling girang, kul 10.00 a.m. dah sampai rumah!
Tapi 2 hari kaki sengal. Tanda-tanda untuk teruskan menimba sengal-sengal yang akan datang.
Aih menurut penyiasatan forensik kak pah, anda juga ada gaya akan jadi lanun lagi sekali di SCKLM tak lama lagi. Sekian...
ReplyDeleteMenurut ramalan ahli nujum diraja, siasatan forensik tersebut salah semata-mata. Ia adalah kerana lanun akan berada di perairan antarabangsa pada tarikh tersebut :]
DeleteThe King returns?
ReplyDeleteTak sabar saya menunggu ini thriller....
Asyik return je, tapi lepas tu u-turn.
DeleteTapi kali mesti kasi abis. Tapi jauh lagi perjalanan. Tapi ni bukan thriller, ni sitcom :]
Yay, comeback sudah muncul!
ReplyDeleteNi baru trailer, Deo. Cerita sebetuinya coming soon this summer.
Comeback? Hahaha. Harap2 boleh maintain, itu pun ada misi mustahil. Konon.
DeleteTrailer akan ada banyak version. Cerita betui bukan summer release. Autumn release :]
Huhuhuu
Delete