Thursday, July 17, 2014

Ramadhan 1435H Ansari-an Style

Sudah 19 hari kita menjalani ibadah puasa untuk Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Menjelang esok, akan berakhir 2 peringkat bulan al-mubarak ini. Dan kita akan masuk ke peringkat terakhir, iaitu peringkat yang dikenali dengan perlepasan diri kita dari seksa api neraka. Mudah-mudahan kita semua telah lengkapkan dua peringkat yang telah berlalu pergi dengan penuh rahmatNya dan pengampunan dosa dariNya. If not, agak jauh sekali kita nak meletakkan atau melayakkan diri untuk ke peringkat terakhir.

Aku akui iman ini bagaikan yo-yo. Kejap ia melonjak tinggi dengan ketaqwaan. Kejap dia turun dengan kemungkaran. Inilah kita yang bergelar manusia akhir zaman, yang jauh sangat perbezaannya dengan golongan para Ambia' dan Syuhada. Tapi aku tak akan berputus asa untuk terus berdoa semoga iman dan aqidah ini terpelihara olehNya dari terpesong membawa kepada kefasikan.

Syukur Alhamdulillah di panjangkan umur dan rezki dapat berjumpa lagi Ramadhan pada tahun ni bersama keluarga. Aku tak tertanggung sedih dan simpati aku pada my brothers and sisters Islam ku yang telah di uji olehNya seperti anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalanraya sebelum Ramadhan.  Dan kini kita juga sedang di uji dengan penindasan saudara Islam kita di Palestin, Iraq, Mesir dan serata dunia. Inilah masanya untuk kita terus menerus berdoa untuk mereka, in a serious note, yes, keep on praying. Selain menginfak-kan harta kita untuk membela mereka. 

Aku cadangnya nak buat penambahbaikan dari yang tahun lepas. Tak dapat banyak, sikit pun Alhamdulillah. Kita ni hanya hamba biasa, bukan golongan Nabi. Sikit-sikit la kita upgrade. Bukan apa, aku sekadar berfikiran secara realistik dengan kemampuan diri. Allah maha mengetahui.

Secara automatik, lifestyle kami di bulan Ramadhan ni di adjust mana yang patut untuk adapt dengan environment. Al-maklum lah kita dengan keadaan cuaca akhir zaman yang semakin tak keruan, segala makan dan minum kena bersederhana. Dah masuk tahun ke-3 kami sekeluarga ber-iftar di surau qariah kami. Alhamdulillah. 

Aku tak kisah segelintir manusia yang berfikiran bongkak kononnya ber-iftar di surau atau masjid ni hanyalah mereka yang setaraf bangla atau yang sewaktu dengannya. Ada yang geli nak makan sedulang dengan tangan orang-orang lain. Ada yang tak selesa dengan duduk di lantai. Ada yang kononnya lebih selesa ber-iftar di rumah dengan sajian lebih enak baik di masak sendiri atau import dari PaRam. Common lah bro. Itu semua pemikiran kolot untuk umat Islam zaman silam. 

Daripada aku membazir dan membuang duit di PaRam dengan kualiti makanan yang belum tentu enak dan sihat, adalah lebih baik aku ber-iftar sekeluarga di rumah Allah swt, yang sudah pasti lebih barakah selain menjalin ukhwah sesama qariah. Tiada perbezaan pangkat di antara kami, duduk sama rendah di lantai, makan sama sedulang. Yang banyak sama-sama kami habiskan. Yang sedikit pun kami turut berkongsi barakah. Tidak pernah sekali kami mengeluh dengan apa yang terhidang. Dan tidak pula juadah berbuka puasa tak cukup. Itu lah namanya barakah.

Ber-iftar di surau atau masjid juga mendidik kami sekeluarga untuk lebih meletakkan solat berjemaah Maghrib dan Isya' itu sebagai priority. Lebih banyak masa kami habiskan di malam hari di rumah Allah swt, ternyata lebih dekat  hati kami ini untuk mengingatiNya. Kalau tak percaya, cuba lah. Allah swt telah berjanji, takkan kalian tak percaya?

Tuesday, July 8, 2014

Angan-angan Fakir Kota

Angan-angan 1

Lately sejak habis season kayuh selepas KCR, hampir mencecah sebulan lebih aku tak beriadah. 3 minggu selepas KCR aku cuba kembali masuk hutan dengan Niner. Kembali melawat trail Kemensah dengan sahabat-sabahat off-road yang lama tak jumpa. Trail masih kekal kemas dan cantek tapi kaki dan jantung aku tak dapat nak adapt pada style kayuh off-road yang lama aku tinggalkan sejak training untuk KCR....blergh!

29 X 2.1 should be lighter
Apa-apa pun aku cuba merangkai teori kenapa aku jadi penat sangat? Selain kekurangan stamina, aku mencari 1001 alasan untuk menyolek Niner untuk tambah UMPH! Puas juga aku kaji beberapa hari apa yang perlu aku susun untuk mengemaskan lagi spesifikasi Niner. Dengan beberapa nasihat dari sahabat, upgrade paling ekonomik ialah mengecilkan saiz tayar dari yang sedia ada Onza Carnis 29X2.25 kepada Schwalbe Rocket Ron 29X2.1. Pengurangan sebanyak 200 gram setiap tayar (total 400 gram depan dan belakang), amat difikirkan efektif. Kena pulak ianya adalah "rolling weight". Harga seketul tayar RM139 paling murah pernah aku jumpa. Average market price RM170.

Ini ialah Masterpiece
Teori kedua upgrade ialah kepada groupset. Sekarang cuma 9 speed kombinasi Shimano XT di depan dan SLX di belakang. Agak kurang upaya untuk kaki dan badan tua ini menjinakkan trail dengan kombinasi gear ratio sedia ada. Sekarang riders dah pakai 10 speed, even racers dah mula pakai 11 speed! Pergh! Tapi aku bukan racer, sekadar ingin melayan trail dengan senyuman tanpa bisikan-bisikan kesal. Advise terbaik ialah upgrade ke SRAM X1 10 Speed yang walaupun akan berada di pasaran tak lama lagi, harga maybe pada aku agak mampu di miliki dengan penabungan berhemah beberapa bulan. Harga yang di jangka ialah RM2000.

OK la. Hutang motor LC135 pun baru aje habih langsai. Boleh lah di salurkan dana tu ke tabungan Rocket Ron dan X1 kot. 

Angan-angan 2

Impian yang ini memang dah lama berputik. Since aku ni memang rider cari makan yang tegar (read rider motor ye bukan rider basikal), menunggang motor ni dah kira hampir 80% dalam konteks pemikiran logistik dan logik akal aku. Especially lifestyle zaman la ni selain faktor ekonomi yang terus mendorong untuk aku menunggang motor ke kerja. Nombor keramat tu ialah 18 tahun! Pergh! Hampir 20 tahun aku menjadi rider tegar. Walaupun sekali sekala badan season ni manja jugak nak drive aje kereta ke pejabat, tapi akal yang lebih bersifat praktikal ni menolak bida'ah kelesaan aircond dan kerusi empuk kereta.

OK memang selesai installment LC tu aku bercadang nak betulkan apa yang patut. Al-maklum motor second hand tapi aku tetap kagum dengan prestasi dan kehenseman motor cari makan aku ni. Dana juga diperlukan untuk tukar "clutch plate" dan "clutch housing" serta "meter panel" yang jarumnya dah tunduk ke bumi sejak 4 bulan yang lalu.

Tabungan kasar yang diperlukan boleh mencecah angka RM500. Tidak setinggi dana yang diperlukan untuk Niner kan? Tapi kalau dah hobi berbasikal, stokin kerja yang koyak di ibu jari pun sanggup tangguh sampai 5 jari.
Clutch Plates












Angan-angan 3

Impian yang ini paling lama di antara angan-angan yang di atas. Yang ini dia sekadar touch n' go aje. Bila nampak, dia mula berangan. Bila takde, kita duk diam aje. Faktor impian masih di awangan ni ialah sebab ia menelan kos yang paling tinggi. Angan-angan menjadi rider superbike. Pergh! Tu dia!

Nope, bukan superbike yang macam kelajuan peluru tu. Itu hobby tahap bangsawan langit ke-7.

Trend sekarang orang refer superbike kepada semua jenis motorsikal berkuasa tinggi. Betul ke macam tu? Pada aku superbike ni yang 1000 c.c. ke atas tu ye la. Tapi since market sekarang dah mula banyak dengan variant c.c. dari pengeluar, maka range 600-800 c.c. tu lebih banyak pilihan dari 1000cc. Oleh yang demikian, penggunaan superbike dah jadi kurang eksklusif. Tambah pulak lagi trend naked bike yang berkuasa tinggi jugak, padahal sekadar untuk town use. So, aku pun agak pening jugak memikirkan praktikal atau tidak guna naked bike dengan 600-750cc di KL ni? Unless kita commute pada jarak yang lebih 40km sehari, laluan lebuhraya maka mungkin idea itu sesuatu yang di terima akal aku. Tapi kalau setakat nak pusing KL ni tambah lagi dengan sesak jalan hasil projek MRT sana sini, motor kapcai aje la solution yang paling tak "poser" untuk aku.

Sorry, berbalik kepada impian so called superbike aku tu ialah motor yang kuasa yang tidak terlalu tinggi tapi cukup untuk aku pi travel hujung minggu sama ada sekadar amik angin atau pulang ke kampung halaman secara solo tanpa family untuk cost and time effective travelling. Konsep touring bike or dual purpose menjadi pilihan selera.

A few years down the road, aku anticipate routine aku mungkin akan mengalami sedikit perubahan yang memerlukan kepada adanya sebijik motorsikal berkuasa sederhana yang mampu di miliki...dan of course hensem. 

Antara design yang menepati citarasa ialah Kawasaki Versys 650. Cukup la. Versys 1000 tak terdaya badan ni nak handle, apatah lagi poket nak menampung kos. Berat oooo motor besar-besar ni. Harga pasaran RM38k. Harga terpakai RM20-25k bergantung pada aksesori yang diberi. Tapi secara honest, jumlah dana ini masih terlalu tinggi untuk aku komit, maka sebab itu impian itu datang dan pergi tanpa berfikir secara serious. Hah?! Installment? Hmmm...sistem kehidupan kita zaman ini tidak aku fikir bijak untuk menambah hutang.


Balik kampung, pisang 3 tandan boleh settle

Tapi 1-2 hari yang lepas gigil tu mai semula. Anak buah mai iftar di rumah dengan motor baru. Aku perhati aje dari jauh. Sementara tunggu azan, aku merayau ke depan rumah membelek motor apa dia beli ni. Yang pasti jenama Kawasaki tapi kelihatan saiz yang tidak begitu besar, aku memberanikan diri untuk duduk di atas seat. Macam best je. Bila aku cuba untuk menegakkan motor dari stand nya, kagum aku dengan weight dia. Ringan! Tak seberat moto anak buah aku yang lagi sorang yang 850 tu. Risik punya risik, rupanya ni keluaran terbaru Kawasaki untuk mid range capacity. Z250 yang memakai design Z800 sebijik tapi lebih kecil dan comel. Depa panggil baby Z.

Baby Z
Lepas iftar, anak buah aku offer test ride tapi alangkah terkedunya aku sebab aku dah siap berkain pelekat untuk ke surau. Tak berani aku tanggung risiko kain pelekat terbang tengah aku memecut dengan kelajuan bunyi. Harga pasaran RM21k. Hensem. Kita perhatikan Baby Z di jalanraya dulu.

Tiba-tiba aku tersentak bila lirik lagu Hattan "terhenti lamunan, bila ku dikejutkan..."

Kesemua angan-angan yang tersebut di atas hanyalah sekadar syair dan gurindam tatkala melayan mata yang mengantuk di bulan Ramadhan. Angan-angan ini ada mungkin akan di realisasikan mengikut priority dan kemampuan semasa. Oleh kerana Syawal bakal menjelang dan tabungan sedekah jariah lebih mengambil tempat utama, maka aku berdoa semoga Barkallah sentiasa bersama ku.