Thursday, September 17, 2015

Konvoi Jentera Marhaen - Balakong ke Sungai Klah

Weekend baru ni aku buat benda baharu. First time. Dapat pengalaman baharu.

Kami berkonvoi dengan motor kapchai. Plan dah setahun lepas cuma part nak execute je payah sikit sebab timing orang berkeluarga memang susah nak dapat yang ngam. Finally kami decide untuk be realistic which is ambil date selepas selesai Syawal dan sebelum musim exam anak-anak.


Dah puas kayuh basikal pusing sana-sini, jelajah segala ceruk (belum habis lagi), hutan belantara dan jalanraya. Kali ni kami cuba menjelajah dengan kenderaan berenjin, so dapat pi jauh sikit dan menjimatkan masa. Nak bermotor besar yang berkuasa tinggi dan ekzos bagai halilintar sehingga tersedak pak haji yang sedang meneguk kopi di gerai sarapan, namun kami belum ada kemampuan. Kapchai pun jadi lah. Lagi pun orang kata, sedang menjadi trend konvoi jentera rakyat marhaen ni.

Boleh dikategorikan hampir kesemua tujuh ahli KJM ini memang rider/bikers tegar. Penunggang motorsikal tegar yang milage purata 50-100km sehari. Kalau dijumlahkan, 1000-2000km sebulan rakyat marhaen ini clock milage. Dan ini semata-mata bertujuan untuk mencari rezki sesuap nasi.

Ini bukan bikers tegar yang simpan motor on weekdays dan keluar hanya pada hujung minggu sekadar untuk panaskan enjin sambil pekena nasi lemak di Changlun daytrip lepas tu posing di Facebook gambar tripmeter atau gambar jaket bernilai RM2.6 billion ka-ching! Nak nanges pun ado, nak berhabuk mato pun ado bila baca.

Peserta KJM ke Sungai Klah, Sungkai, Perak ini mostly geng jiran aku, geng surau, geng yang sama jugak main basikal, yang sama naik turun bukit ber-trekking, geng yang sama mengeteh selepas Isya'. Pastinya kami status rakyat marhaen.

Objektif bermusafir mesti sesuatu yang bermotivasi. Tiada lain selain demi sesuap nasi buloh yang terkenal di Sungai Klah, Sungkai, Negeri Perak.

Perancangan route kami pilih paling mudah dan boleh ubah ikut kesesuaian. Konsep flexible tapi biar rasional dan tidak lari dari base plan. Dengan jentera berkuasa kecil, jajaran laluan menyusuri laluan tanpa tol dan lebuh raya. Trafik yang sepatutnya dijangkakan sangat kurang dan predictable serta berhemah.

  1. Bandar Tun Hussein Onn
  2. Lebuh raya Grand Saga 
  3. Jalan Cheras - berhadapan Leisure Mall
  4. Jalan Lingkaran Tengah II
  5. Pit stop di Petronas Taman Melati berkumpul
  6. Batu Caves
  7. Sungai Tua
  8. Ulu Yam
  9. Ulu Yam Baru
  10. Batang Kali
  11. Rasa
  12. Kerling
  13. Tanjung Malim
  14. Behrang
  15. Slim River
  16. Trolak
  17. Sungkai
  18. Sungai Klah
Anggaran jarak perjalanan sehala sejauh 160km. Anggaran masa sekitar 3 jam sehala.

Sebaik kami meninggalkan kesibukan Sungai Tua dan memasuki kawasan Taman Negeri Selangor di Ulu Yam, kami sudah mula mengukir senyuman. Senyuman kedamaian tatkala dingin pagi meraut pipi-pipi gebu kami. Nyaman adalah perkataan paling tepat.

Route berbukit bukau dan berkelok-kelok cukup untuk kami hargai nikmat alam semula jadi yang masih kekal tidak terusik oleh pembangunan. Tambahan lagi pemandangan di persisiran Empangan Batu yang cukup cantik dan damai.


Posing senyum sampai ke telinga ini berlanjutan sejauh 20km. Ulu Yam terkenal dengan kawasan perkelahan kerana sungai, jeram dan air terjunnya. Hujung minggu memang penuh dengan picnickers.

Kami hanya kekalkan kelajuan average 80 km/j, kelajuan cruising dan sesuai untuk semua jenis jentera kapchai.

Tanggungjawab sunnah jangan diabaikan. Kami singgah untuk bersolat Dhuha di Masjid At-Taqwa, Kampung Kalumpang, selain meluruskan pinggang yang dah mula lenguh dan punggung yang dah mula kebas selepas hampir satu jam lebih perjalanan.



Satu kelebihan bermusafir macam ni sambil menyusuri kawasan-kawasan terpencil memang sangat unik. Travellers sebut "off the beaten track". Satu keadaan yang menjadi saksi kepada peninggalan masa yang harmoni. Jika mampu dilakar, saya yakin koleksi vintage "Laluan Lama" ini sangat tidak ternilai.

Kuala Kubu Road ni memang klasik. Sangat perfect. Permukaan jalan yang cantik, pemandangan hijau, selekoh yang lembut. Cukup ideal untuk mereka yang sangat menghargai nikmat travelling di laluan lama.

Sekali sekala jalan akan melebar apabila mendekati kawasan-kawasan pembangunan baru dan menghampiri pekan seperti Tanjung Malim, Bandar Behrang dan Slim River.

Kita atau anak-anak mungkin hanya sekadar tau nama pekan-pekan ni melalui signboard di exit lebuh raya. Langsung kita terlepas untuk menyaksikan life yang lebih slow pace di daerah-daerah macam ni. Suasana serene aje.

Menghampiri destinasi perut kami, beberapa signboard sudah jelas kelihatan. Hanya perlu berpandukan signboard Felda Residence Hot Springs Sungai Klah. Simpang di sebelah kanan, hanya sepelaung aje selepas Institut Latihan Statistik Malaysia di sebelah kiri.

Sebaik sahaja membelok ke kanan di signboard Felda Residence, kami disambut pula dengan banner dan signboard nasi buloh Sungkai. Dalam 100 meter, kedai makan nasi buloh menanti. Timing kami sangat cantik. 11.30 pagi waktu paling ideal untuk menjamu perut yang dah bergoyang selama 3 jam dan pelanggan masih belum ramai.


Paling cergas ialah, initiatif untuk pi amik nasi dan lauk sendiri. Untuk menu special kambing bakar dan Ayam Kampung Bunian. Oleh kerana kami big fan kambing, buh ayam apa pun kami tak pandang dah. Selain tu, kami tambah lagi dengan lauk ikan baung asam pedas, telur asin dan kuah gulai. Air sirap order satu jug. Kenduri kahwin pun tak macam ni punya levish.

12:30, cuaca dah mula panas sedikit tapi kehijauan estet kelapa sawit masih mampu mengawal kenaikan suhu. Kami decide untuk melawat Felda Residence Hot Springs Sungai Klah. Yuran masuk RM15, jadi kami hanya mampu melihat dari luar disebabkan kesuntukan masa dan agak tidak berbaloi. Mungkin ini sebagai projek pemantauan untuk membawa keluarga kemudian.

Nampak kemudahan penginapan dan kolam-kolam mandi cukup rapi. Pastinya anak-anak kecil akan enjoy bermain air. Pernah juga terjadi, mereka yang keliru dengan Felda Residence Trolak. Main booking aje online. Sekali pi, takde hot spring.

Menjelang zohor, kami jamakkan sekali di Masjid Sungkai. Lepas tu landing kejap atas karpet di verandah masjid. Kalau dibiarkan, ada possibility lena sampai Asar.

Perjalanan balik menyurusi laluan yang sama. Bahang matahari dah mula terasa kurang selesa. Gegaran enjin sudah mula menambah kelesuan badan. Kami mengumpan motivasi untuk terus enjoy dengan memburu gerai cendol. Tiada rezki untuk menjamah cendol sehingga kami tiba di pekan Batang Kali. Rojak mamak bagi mengganti cendol pun jadi.

Lagi satu perkara unik yang kita boleh jumpa di kembara macam ni ialah masyarakat setempat. Sebaik kami melabuhkan punggung, datang seorang lelaki, anggaran umur 50-an yang agak peramah. Baru selesai membeli kek hari jadi untuk anak kembarnya 3 orang. Sekarang sudah berumur 16 tahun. Unik. Pakcik membuka kemesraan dengan teka teki orang utara. Tambah pulak diketahui salah seorang dari kami berasal dari Semeliang.

Kami bersembang panjang sambil mencuba Buah Jentik dan Buah Katak Puru (nama agak seksi sikit bunyinya) yang pakcik jamu untuk kami. Jumlah anak pakcik 11 orang. Mungkin berkahwin di usia muda dan kini mungkin masih bertugas di hujung-hujung waktunya sementara menanti waktu pencen. Tapi anak-anak masih bersekolah. Begitulah hakikatnya rezki kita masing-masing.

Pakcik minta diri untuk beredar kerana kek hari lahir anak-anak perlu dibawa pulang. Kami sambung perbualan sambil menyuap rojak mamak dengan selingan buah jentik.

Saki baki perjalanan pulang ke rumah dihabiskan dengan senafas kerana kesesakan di setiap laluan utama pada petang hujung minggu sudah bermula.

Bermusafir untuk melihat tempat orang cara marhaen begini memang mode terbaik. Yang pastinya, aku pening kepala memikirkan proses pengagihan segugus petai RM40 yang aku borong di Sungkai penuh dalam bakul motor.