Hari ni 30 April birthday kawan baik aku. Itu pun sebab Nonie bagitau. Dett berumur 48 tahun, muda setahun dari aku. Dulu² aku & Det tak pernah pun ambil kisah pasal birth date masing² sebab setiap detik kami bersahabat sudah cukup istimewa untuk buatkan hidup kami menarik dan memorable.
Honestly, aku jarang nak recall berbagai moment persahabatan kami sebab secara tak langsung akan membuatkan tekak aku jadi susah nak telan air liur dan mata aku mula berair. Walaupun sekali sekala out of nowhere Allah akan ingatkan aku pada Dett. Ya masa tu kadang² aku akan tersenyum sendiri. Adakala juga aku boleh tergelak kecil.
Segalanya rezeki persahabatan kami bermula dalam gelap subuh sebelum flagoff Malakoff run di Taman Lembah Kiara. Nizam cuit aku, dan jari menunjuk ke arah Dett yang nampak sibuk stretching di celah-celah kelompok peserta lain.
"Jiran kita tu. Dia duduk Suakasih gak. Aku selalu nampak dia jogging area Suakasih."
"Betul. Aku pun perasan. Bulan puasa pun dia lari gak beb. Power brader ni."
"Aku kenal dia masa dia kat Maybank dulu."
"Jom! Jom! Kita pi tegur dia."
Kami broke the ice sebaik perjabatan salam pertama. Tiada kekok mahupun janggal walaupun pertama kali berjumpa dan berbual. Ibarat seperti sudah lama kenal dan kasual. Rupa-rupanya anggapan aku salah sama sekali! Persahabatan lebih dari kukuh disebabkan karakter masing² saling menerima. Tambahan lagi dengan sikap istimewa Det yang sentiasa menyokong dan bertolak ansur.
Dari minat sukan berlari yang sama, kami mula meneroka lebih ke sukan ni. Kami masuk banyak acara dan buat lebih ramai kawan. Ke mana saja kami berlari dan masuk acara, mesti kenal ramai. Ini disebabkan watak Dett yang mudah mesra dan Low profile.
Tahun 2009 aku ajak kawan-kawan yang dah giat berlari untuk cuba buat Marathon. Group latihan kami akan berjumpa di Lake Garden setiap petang selepas kerja dan berlari bersama. Dett antara yang paling rajin. Selain dia memang suka berlari, aku rasa dia suka sangat dengan camarederie group kami yang berbagai gelagat dan lawak bodoh. Selama 3 bulan kami berlatih bersama. Satu masa yang aku fikir sangat istimewa terutama bila dalam satu kumpulan kawan-kawan.
Sehari sebelum larian Marathon pertama dalam hidup kami, semua sudah mula terasa panik. Serba serbi tak kena. Walaupun aku kongsikan macam-macam tips pada semua untuk bersedia menempuh 'race day' tapi dengan aku sekali tak tenang. Paling aku tak boleh lupa, saat aku dah letak kepala atas bantal jam 1.00 pagi Dett mesej aku ajak 'kok-bok'.
"Kau gila ke bai? Dah kul berapa ni weiii. Kul 3.30 jap lagi dah nak kena gerak pi Dataran. Tinggal 2 jam aje nak tido."
"Wa tak leh tido siot. Suspen siot. Tadi wa dah belasah pasta 2 round. Takut bonk je esok."
Macam tu lah watak Dett paling lawak aku akan ingat sampai bila-bila. Itu lah jugak bahan aku mengusik dia. Kami berjaya habiskan Marathon pertama kami tahun tu. Dan tahun² berikutnya juga. Kami juga pernah berlari di Singapura Sundown Marathon.
Dah puas berlari, aku ajak Dett kayuh basikal pulak. Merata kami kayuh. Kami buat Century Ride pertama pun sama-sama. Kalau dikira bilangan kami 'bonk' bersama pun memang banyak. Dett pernah jatuh dalam longkang besar tepi jalan selepas SAMTEN sebab tayar depan terlanggar lubang cangkuk aku rapat sangat. Aku tak boleh bayangkan dia selamat tanpa cedera. Dett jugak pernah jatuh basikal dan patah bahu sebab mengelak anak anjing di jalan rumah dia. Kami sepatutnya kayuh sama petang tu sebab kononnya nak 'brick training' untuk Powerman. Bila jumpa di pondok pengawal, muka Dett dah menyengat tahan sakit. Aku nampak ada luka² kecil. Lepas pi klinik, sah patah bahu. 3 bulan Dett MC tapi aku nampak setiap pagi dia akan berjalan kaki keliling Suakasih. Bosan katanya duk rumah.
Lepas lari dan kayuh, kami buat aktiviti masuk hutan pulak. Habis hutan belakang Suakasih kami masuk. Lepas tu kami ke Bukit Apek pulak. Cuma Det dan aku. Sekali sekala ada kawan lain ikut. Lepas tu ke Gunung Nuang. Sampailah ke peringkat wujudnya group Suakasih Outdoor Quest dan pengembaraan kami jauh hingga ke Gunung Kinabalu dan Gunung Rinjani.
Pejabat Dett menjadi tempat persinggahan aku bila² selesai tugasan luar pejabat. Kedai mamak di hujung barisan pejabat Dett jadi tempat kami lepak bersembang. Dett seorang pendengar. Aku selalu kongsi macam² idea dan cerita. Tak pernah sekali pun dia beri pandangan sebaliknya. Semua dia sokong. Malah kami boleh bersembang pasal apa jua topik tanpa ada prejudis.
Ada sekali aku tumpang solat di pejabat Dett. Ruang solat di dalam bilik server. Bukan main sejuk aircond. Dett gelakkan aku sebab kurus sangat takde lemak. Lepas tu dia bercerita pasal kerja pasaran saham dia sambil ditunjuk pada skrin komputer ratusan nombor berkelip-kelip. Sampai sekarang, bila aku lalu di Seputeh, memori aku akan dibawa ke sini.
Persahabatan kami ibarat tak pernah cukup. Dah jumpa lunch atau di pejabat Dett, petang jumpa lagi masa jogging. Malam jumpa di surau. Lepas tu di mamak. Nama Dett dah biasa Fida dengar sampaikan dia mengusik sama ada aku ada apa² ke dengan Dett? Aku pun akan jual nama Dett kalau ada nak pergi mana².
Tarikh paling sedih tanggal 2017 Dett pergi, aku betul² bersama dia pada hembusan nafas terakhir. Kami sepatutnya kayuh Broga Loop sebab nak 'training' untuk Kayuhan Raub. Seminggu sebelum tu, Dett ada cerita dada kurang selesa. Kami suruh dia beli dan telan Gaviscon. Masa tu macam biasa di Restoran Al-Sahil. Dett tak pernah makan Gaviscon. Kami gelak mengusik bila dia telan dan keliling mulut dia putih. Pada malam sebelum kayuhan, Dett mesej kata gigi sakit tapi dia dah telan 'pain killer'.
Aku buntu masa di tepi jalan menunggu bersama Dett. Aku bisik pada Dett untuk dia bangun, sedar semula. Nafas Dett agak berat dan sekali sekala hilang. Aku nak buat CPR tapi ditegah oleh salah seorang brader yang ada di situ. Dia bertugas di Hospital Kajang katanya. Aku percaya. Tapi aku tiada kuasa untuk ambil tindakan lain untuk bantu Dett masa tu kecuali memaklumkan berkenaan musibah yang terjadi kepada kawan-kawan lain melalui wasap. Honestly, bila sesiapa kongsikan tentang CPR aku akan terasa bersalah dan sometimes offended menganggap ianya ibarat menuding jari pada aku kerana kehilangan Dett.
Walaupun persahabatan kami singkat tidak genap 10 tahun tetapi kami rasakan tempoh masa tu seperti eternal. Beberapa hari selepas Dett pergi pun, kadang-kadang aku tanya dia kenapa mesti dia pergi cepat sangat? Kita belum puas buat banyak benda lagi. Tapi aku yakin Dett akan tunggu aku. Kami akan sambung persahabatan istimewa kami nanti. Menyambung semula berbagai aktiviti dan senda gurau yang terhenti seketika. Aku doakan moga Allah pelihara kau sebaiknya dan Allah juga pelihara aku supaya jadi insan baik macam kau.
Al-Fatihah.