La ni, tahap adrenalin ada tinggi sikit. So, aku tak sabar nak channel out ke dalam blog kisah-kisah weekend aku yang sangat memuaskan hati. Ye la, selepas hampir 3 minggu hidung tersumbat & mood yang berbuai ikut angin panas KL. Minggu ni baru dapat feel utk training balik.
Sabtu pagi, geng2 bas sekolah semua ada program masing2. So tak boleh nak set utk bersama. Ada yang pi main tanah kat FRIM, ada yang layan road & ada jugak yang hari keluarga ofis. Aku ikut schedule yang dah set seminggu yang lalu....lari beb. Last Monday masa try berlari-lari anak lepas 2 minggu tinggal, agak merisaukan...kaki ada lembik sikit. Pagi semalam, dengan mp3 yang dah siap charge, 7.15 aku dah berdiri depan gate utk test power. Sekali terjumpa sparing partner daaa....Nizam, jiran aku baru lepas 1 lap. Apa lagi...henjut ler. Sembang baik punya...Nizam 8 lap, aku 7. Puas hati. 1 hour solid maintain at 70-80% HR. Part paling best, aku sempat utk pi hantar kids ngaji & breakfast dgn wifey. Susunan yang sungguh manis. The rest of the day was cool quality time chill kat rumah sebab cuaca kat luar panas yang amat. Aiskrim connetto & coke pukul 4.00 ptg memang menu paling lazat. 6.00pm dok layan neighbours main takraw. Part layan EPL mlm tu je ada kantoi sikit. Arsenal dah leading 2-1, bleh plak bagi penalty kat Birmingham. Full time 2-2.
Ahad pagi dah set dengan Red Robbie, Awe & Waklah utk revisit route Langat...konsep santai...konon...hehe. Waklah yang pulak down with selsema, terpaksa akur dengan keadaan dia. Kayuh from Batu 14 to Tekala with 2 pit stop tunggu waklah. Balik 1 pit stop. Since kayuh yang takde pressure, the 3 of us henjut bila ada bukit & maintain bila kat flat...sambil jaga HR. Puas hati gak. Kena pulak jalan lengang sebab maybe ramai orang pi check out penamaan calon...hehe. The ultimate part of the weekend was petang tadi....gelanggang takraw menjadi saksi. Menjadi pulak aku hari ni. Almost semua bola boleh sambut. Entah mana skill aku dapat daaa...hahaha. Tu yang la ni tak ngantuk2. Part nak mengenangkan esok kerja tu yg letiiiih :(
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.