Apakah yang patut dilakukan oleh seorang lelaki berumur 40 tahun, sudah berkahwin & bercahaya mata-mata & tidak mempunyai bibik, full time pengusaha dobi, tidak cukup training dan cuba nak masuk event macam dia masih berumur 5 tahun lebih muda?
Aku rasa aku telah buat sesuatu yang agak waras atau bijak. Yep, untuk KOM semalam aku amik diskaun ala2 Mydin warehouse. Instead of kayuh all the way up, and ride all the way down, aku telah menawarkan diri untuk menjadi pemandu bertauliah. Keh keh keh.
|
Part time kelendan :] |
Kisahnya bermula begini (konon...karangan alasan ler ni). Al-maklum sesi letihan kayuh yang tak berapa nak menggalakkan kestabilan stamina, maka pelbagai akal telah nak mengelat direka untuk menawarkan perkhidmatan menerusi skill jurujual aku yang dah sememangnya tak berapa bagus.
Dua kereta akan berkonvoi (ikut plan asal) tapi group kami terlewat sikit sebab trafik Sabtu di Lembah Klang tidak mengizinkan. Maka, Bahri, Sepol & Zakuan sampai lebih awal ke homestay di Seri Margosa. Kami berempat pulak (Azmar, Akmal, Jamil & aku) sampai hampir time Maghrib diiringi hujan lebat start dari Tanjung Malim. Banyak ler kelihatan kemalangan untuk mereka yang malang di sepanjang perjalanan.
|
Port popiah ni memang kena masuk dalam menu Ipoh |
Jamuan makan malam sememangnya salah satu intenari yang wajib. Aku panggil jamuan sebab makan tak hengat, mengalahkan orang nak buat Ironman Kona! Begitulah sebenornya matlamat roadtrip group kami kalau outing sekali sekala. Besorkan perut makan dari berlumba. Dengan bimbingan orang tempatan, Shaik Jamil, introduce Medan Selera Taman Permainan Kanak-kanak kat Ipoh. Terbaek.
First serving was popia S.S. Ali. Terbaek. Siap aku jangkau garpu ke pinggan hidang group sebelah bila pinggan group aku dah kosong. Keh keh keh. Pastu order sempoi je, nasi goreng paprik & telur dadar. Tapi sekali satu pinggan satay sampai dulu daaa....! Saper pulak yang order ni weiii?! Rezki jangan dibiarkan tak berusik, maka bermula lah perlumbaan. Eventually main course pun sampai & kami mengkhatamkan sesi malam tu. Tapi ada jugak yang jeles tengok air jagung meja customer sebelah, so kena lah tunggu kaum kita ni menikmati air jagung dulu, sat nanti kempunan pulak.
Hujan masih lagi drizzling tapi itu tak memadamkan semangat kami untuk jalan-jalan di bazar larut malam berdekatan. Dituruti on the way back ke homestay, shopping macam biasa di kedai serbaneka 7E yang memang menjadi teman di setiap kali event di mana jua. Aku rasa 7E kena jadi rakan penaja event la lepas ni. Pernah sekali dulu, 7E kat Kuala Kangsar habis stok air mineral & segala jenis roti sebab cyclist borong tak hengat untuk Kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar.
Malam tidur dah serupa kepompong, bergulung dalam sleeping bag. Cuaca sejuk basah kat luar ditambah lagi dengan aircon. Seawal 5.00 pagi almost semua dah bangun amik nombor giliran untuk perkhidmatan pelaburan Amanah Saham Wawasan. Berbagai-bagai taktik digunakan, bagi memastikan pelaburan tertunda tidak berlaku. Masa melahap malam semalam tak hengat pulak ye? Ada yang repeat 2 kali! Ada yang bancuh nescafe dulu baru dapat panggilan. Ada pulak yang kena keluar rumah dulu hirup udara nyaman pagi. Haish!
Kami sampai di venue serupa macam peserta-peserta lain tapi lagak cool kami membuatkan beberapa AJK penganjur tak senang hati. Emcee siap jerit banyak kali suruh kami cepat sikit & check-in tapi kami masih berlengah. Sehinggalah uncle emcee tu sedar yang kami hanyalah sekadar Ghost Rider (kerabat diraja lanun).
|
Splinters Geng Lanun Blue Valley (pic from Shirat Azree) |
Biorkan semua berangkat dulu, kami pun slow-slow follow belakang, jauh jer. Hehehe. Bahri decided to drive kereta dia & plan nak bergilir dengan Sepol later on. Kereta Azmar takde saper nak drive sebab 3 orang sahabat aku ni memang bukan kaki mengelat macam aku. Akmal & Jamil first time buat KOM, so memang kami galakkan dia complete. Azmar dah tentu lah nak revenge setelah malang "berbau" yang menimpanya pada KOM tahun lepas. So, aku terpaksa lah turut serta kayuh. Kalau kena kayuh sampai habis & turun semula pun aku redha. Janji aku tak terjebak dengan situasi menekan pedal & menaikkan heart rate.
Macam biasa, bila ada event dapat lah kami berjumpa dengan handai taulan especially yang kejauhan. Penang, Kedah, Perak mostly, ye lah sebab event pun belah utara. Posing bergambor sakan bila ada camera di tala kan ke arah kami. Macam biasa kami kayuh segerombolan, ikut plan asal. Setakat mana yang mampu. Takde saper nak breakaway buat lagak poyo. Pernafasan yours truly ni pun agak berat je untuk setengah jam yang pertama. Beberapa bukit pecah peluh yang pertama tu aku kerabat sesedap rasa.
|
First 20km climb matahari masih ada mercy |
Hampir KM20, nampak Bahri dah dok tepi jalan, siap untuk berkayuh. Tanpa rasa guilty aku offer diri untuk take over drive kereta dia. Terbaek! Maka bermula lah pengalaman pertama aku drive support car sepanjang hayat aku tercebur dengan sukan basikal ni. Bukan main seronok lagi dok belakang stereng sambil menikmati angin sejuk yang memenuhi ruang kabin Nissan X-Trail Bahri ni. Masih kelihatan ramai cyclist yang kental semangatnya.
KM25 aku stop tepi jalan plan untuk tangkap gambor kawan-kawan. Smabil aku bersembang dengan sorang driver support car Team Haluan Kiri BJCC. Kaum berlalu & dah mula terpecah. Alwin, Zakuan & Akmal nampak lebih gagah. Bahri belakang sikit. Jamil follow. Suddenly Sepol decided to join naik kereta. Maka kami berdua lah yang meneruskan perjalanan sehingga ke atas dengan pacuan empat roda. Dah lagi 5km tu memang dah tak nampak lah senyuman-senyuman di muka rider-rider. Buat lawak pun silap-silap kena baling dengan botol.
|
Posing Kumpulan Ekamatra kena ada beb :] |
Since dah hujan seharian & semalaman, hari ni memang langit cerah & matahari boleh tahan menusuk. Memang patut ler masing-masing muka liat bila dah nak habis. Tanpa berlengah, kami mulakan kayuhan turun kecuali Bahri, Zakuan & Sepol. Part turun memang antara yang paling tough untuk aku. Last year telah terbukti. Udara sejuk, angin lintang & speed yang laju. Pakej percutian tanah tinggi yang lengkap.
Hampir 55km downhill memang boleh memualkan. Tambah sikit lagi dengan rolling hills towards the end. Just nice untuk memedihkan quads & melenguhkan core yang dah memang tak kuat ni. Aku gagahkan jugak sampai ke habis...semata-mata untuk meraikan kayuhan ni dengan santapan di Nasi Vanggey Jalan Yang Kalsom.
|
Real Reward :] |