Monday, October 3, 2011

Road to Manjung

Tatkala tengah off-season ni macam-macam nostalgia mai bergolek. Adakala aku imbas kenangan zaman gemilang ber-mountainbiking 6 tahun yang lalu. Lantas aku korek semula journal wordpress aku. Maka tersengeh lah aku sorang-sorang dok layan kerja-kerja giler bermain selut & tergolek bagai.

Dah selesai part terkonang & tersengeh, mai pulak part masa akan datang. 2012 konon dah ada beberapa benda yang bercadang nak buat dan...juga tak ketinggalan benda-benda yang aku masih buat sekarang ni. Adakah aku akan terus maintain? 

Gedebak gedebuk tersengeh, berkerut dahi berfikir, bakal menjelma depan mata juga aku kena prepare. Officially, minggu ni bermulalah aktiviti riadah aku. Alhamdullillah. Ye, insyaAllah akan bermula journey untuk ke Seri Manjung selepas ni. Kira macam Batman Begins la, or X-Men Origins: Wolverine or X-Men First Class. Nak buat Iron-man Origins kang macam overated pulak. keh keh keh.

Rabu petang cubaan secara runcit berlari pusing lap area rumah. 1.34km aje. Kata pun runcit kan? Adizero CS sombeng jugak aku suka pakai. Sarung terus tanpa stokin, semangat track bottom Adidas & vest CAR. Nak laju aje kerjanya. Bila tekan je mula lah teraso sendi lutut & kaki mula menjerit. Degil betul orang tua ni ye? Part incline first loop boleh ler dada tinggi control poyo. Part second loop dah ada kengkang sikit. Masa mencemburui ku, maka dapat complete third loop dengan adegan fart-lek buang angin. Berdosup sampai depan rumah...malam sampei, rakaat ke-3 Isya' kat surau aku dah sangap 10 kali. 

Khamis cobaan ke-2 untuk runcit menjadi minimarket. Plan nak tambah lap sikit lagi. Kali ni berbekalkan motivasi Polar RS300x beli second hand ehsan kawan-kawan. Dah setahun aku tak guna HRM, perhaps ni masa terbaik untuk menangani gelojoh orang tua ini. Terkial-kial gak aku menggodek Polar ni. Tak straight forward macam model S720i yang dah arwah dulu. Ada gak 2-3 kali aku kena stop tepi jalan main tekan butang-butang yang ada. Alhamdullillah hari ni dapat 4 lap dengan last lap tu macam biasa interval sikit kasi build LT level. Akibatnya, malam sampei...lactate menyebabkan aku tidur macam Keluang-man.

Jumaat rest day, sebenornya sebab aku jadi supir Kumon. keh keh keh.

Sabtu baik punya plan dengan Azmar. Lari berganti-ganti (berganti sumpah seranah & kerut dahi meranduk milage) di Putrajaya. Sebenornya motivasi aku nak lari pagi tu sebab nak swim lepas tu. Ziff sudi meluangkan masa meninggalkan episod kambing-kambing golek dan sama-sama berkeringat. Route cadangan Azmar memang gred 'A'. Tak kena tempias trafik, bertemankan pemandangan lake yang tenang & architecture jambatan yang unik. Sempat lagi trespassed kat jambatan empangan & menerima jeritan dari pak guard. Tapi kami buat derk je berlari terus sehinggalah tiupan wisel pak guard dah kejauhan. Azmar lambung 10K tapi bantahan secara sinis Ziff & aku hanya akur dengan 8.6km. Matlamat asal memang nak lari sejam je tak kira la jauh mana....KONON! Pooo rah! 

Part paling syiok is main air. Best! Warm up 200m. Heat up 300m followed by 500m tahap golek dugong. Setiap 100m permulaan memang cantek. Sekali pull teraso berdosup aku glide. Tapi yang lebih-lebih tu dah sah serupa macam tarik pelepah kelapa. Sampah je. Hehe. Takpe lah...dah lama tak berdugong. Slow-slow la nanti repeat ye tak? Akibat tarik pelepah, lengan aku dah sengal...tapi sedap :]

Ahad, walaupun tersangat liat aku nak berkayuh bagaikan tangkai petai, berjanji dengan Azmar, Bahri & segala kaum Bukit Hantu memotivasi kan aku. Hujan renjis-renjis masa solat Suboh menggoncang determination. Takpo, den larong gak. Motivasi item kayuhan ialah legging 2XU baru sambau semalam. Alasan...tutup aurat daaa. Kalau nak podium dunia jauh sekali, kita usaha lah lebih sikit untuk menang akhirat ye tak?

Ternyata kaki bagaikan batu. Berat yang amat! Spin cadence pun terasa macam pakai big crank. Pergh! Azab! Kena pulak ada Razif (nickname Panjang leTua). Rider kebangsaan tu beb. Dia memang berjanji dengan Azmar nak join. Aku amik kesempatan berkenalan dengan dia. Maka bersembang lah kami seiringan rider tua lagi pongeh dengan rider letua/Malaysia yang hanya berbasikal kan mountainbike berbanding geng lain yang pakai roadbike....itu pun dia steady je.

Skipped panjat Peres (mengelat) and terus ke Tekala. Aku cangkuk geng Wan Joo Ngan (pomen kedai Joo Ngan). Tertinggal keretapi peloton Geng Bukit Hantu sebab kami lambat sampai Batu 14. Memang halfway aku dah terasa kayuhan hari ni tak akan gilang gemilang. Nasik lemak sebungkus kat Tekala, geng Bukit Hantu pun sampai. Ternyata azab Bukit Hantu hari ni menyebabkan aku tukar nama jadi Bukit Nanges! Sebak dada square pedalling sampai ke atas.

Part balik from Batu 14 ke Batu 9, kaum-kaum hantu sudah floor throttle sampai 40kph. Mak aiiii! Dengan trafik yang dah mula bz, aku cangkuk bullet train ni sambil mengetap gigi cuba nak bertahan sejauh & selama yang mungkin. Sampai satu incline ciput je cukup dah untuk aku tewas dengan kaki yang dah mula masuk angin kus-kus. Aduh! Sakit tapi puas...

Maka bermula kayuhan dondang sayang aku, Azmar & Razif pulang ke BTHO. Tetamu kehormat rider Malaysia mai lepak rumah aku. Bangga. Hehe. Kami sembang sambil terkam apa je yang wife aku bawak keluar dari dapur. The beginning is always the most painful. Pain KOM akan teraso weekend 9-Oktober nanti. Takpe, road to Powerman have to begin somewhere kan? Sign!

Kami ni setakat Rider Semputan je, bukan jemputan :]

13 comments:

  1. selamat berKOM inche Diket..jgn lupa layan guitar letrik main lagu Gary Moore :)

    ReplyDelete
  2. cantik legging baru! sedondon sungguh. mengenangkan dah bayar powerman, redah la apa jua rintangan yang bakal ditempuh. good luck!

    ReplyDelete
  3. Sebab rider kebangsaan dtg melepak rumah kau... boleh la kau jadi rider kebanggaan yek..

    Bila kau nak mai melepak rumah aku lak?
    (sambil melepak, sambil tolong cari mana aku letak basikal aku...)

    ReplyDelete
  4. keh keh keh. rider kebanggaan utk anak aku boleh la, itu pun kena sogok aiskrim dulu :]

    bukan ke kau dah jual basikal & nak beli buggy? (jap aku nak tahan gelak)

    ReplyDelete
  5. yay! masuk pawang-man. kalau kami rajin kami pi nyokong

    ReplyDelete
  6. Terima kasih June & Julai. Chewah! In sequence pulak ye? RBU tak berapa ramai tahun ni yang pi pawarmang. Tapi ada batman yang akan pi. Kompom bergegar Seri Manjung :]

    ReplyDelete
  7. Aku tau ini feberet event kau kan? Enjoy and good luck bro!

    ReplyDelete
  8. hehehe, i jam lari cukup lah buat starting hehe. Brick treneng next week wa kene skip pasal nak jadi highlander jap.

    ReplyDelete
  9. Zack, bukan feveret tapi tu je yang termampu nak bayor & mampu nak training. Nak fill up time menjelang year end. Thanks bro. Gud luck kat hang gak ye...apa jua bidang yang diceburi :]

    Ziff, cari jam kambing lari terus. keh keh keh.

    ReplyDelete
  10. Good luck for KOM, Diket. Hati2 jika mengambil foto sambil menunggang. Think of it, KOM, it just fits you, dude... King of Menchanak ;p~

    ReplyDelete
  11. Thanks Deo dude! Hmmm...aku jarang buat aksi stunt amik gambor sambil menunggang. Tak berani dude. Dah tuo2 ni kalau crash, lambat betol recovery :]

    Mana ada king daaa? Aku anticipate it will be King of Me-nangessss! Hahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.