Alhamdullillah. Kalau rezeki tu Allah kurnia gak untuk ngayuh, pusing tang mana pun InsyaAllah dapat. Minggu lopeh memang kepala ni tak dapek nak tune untuk plan kayuh weekend sebab orang rumah kena bertugas hari Ahad. Peluang hanya Sabtu, itu pun agak tipis memandangkan tugas kebangsaan super supir tidak boleh diabaikan & juga kekurangan kaum yang available untuk kayuh.
Puas aku perah-perah otak ni untuk mencari akal. Tentatif terbaik ialah untuk cangkuk PCC Interstate 2012 yang akan bermula dari Kajang pada Sabtu pagi tu & akan berakhir di Kuala Pilah. Akan tetapi, aku perlu fikirkan isu logistik, iaitu cara nak balik Kajang.
Cilok sana sini mikirkan saper lah yang available untuk join sekaligus dapat provide transport balik. Tadaa! Terus aku sms Lias atas sebab-sebab berikut:
1. Dia memang kayuh Sabtu aje sebab Ahad cannot
2. Setiap kali long ride, mesti orang rumah akan drive support car.
Keh! Keh! Keh! Dan Lias jugak amat gemar kayuh dengan aku sejak kisah Ipoh Century Ride tahun lepas. Begitu lah adat resam manusia, kita buat baik sampai bila-bila orang ingat. Kita buat hampeh sekali, sampai bila-bila orang mengata.
Lias responded dengan positif. Terus ku khabarkan kat orang rumah & mintak favor dia amik alih tugas supir. MoU la konon. Aku kena cover dia untuk 3 hari yang berikutnya. Dia pun faham aku dah gigil la tuh. Muahaha!
Dah syiok layan senyum sorang-sorang sambil recce route map Kajang - Kuala Pilah, Jumaat petang Lias call bagitau ride kena cancel sebab member kena kerja. Argh! OK bro! No problem. Letak phone, aku sebak. Uhuks! Takpe lah, apo kan daya bukan kita yang menentukan. Terus aku buat peta minda untuk aktiviti-aktiviti backup bersama famili untuk sepanjang weekend.
Waktu dinner yang agak lewat dengan famili di luar, tetiba Lias call lagi. Ler....jadik pulak kayuh sebab kerja cancel. Sedikit cemas aku meng-kompom-kan kembali sebab satu apa barang pun aku tak prepare lagi sedangkan dah masuk pukul 10.00. Maka, berlangsunglah pencak silat pulut menghumban basikal & yang sewaktu dengannya ke dalam kereta tatkala anak bini dah masuk tidur.
Routine pagi macam biasa lah & met up dengan Lias & Azahari sebelum check-in di Prescott Metro Inn, Kajang untuk tempat berlepas PCC Interstate 2012. Macam tahun lepas, masih ramai. Registered 250 orang, campur dengan lanun macam kami, maybe cecah 300 kot. Huru hara la kejap pekan Kajang yang dah sememangnya huru hara itu. Melopong je motorists Kajang bila nengok kan beratus cyclists membanjiri Jalan Kajang - Semenyih tu seawal 7.00 pagi.
Maka bermula lah sesi catching up dengan kawan-kawan lama dari PCC Interstate tahun lepas. Mana yang sempat aku perasan aje di sepanjang jalan. Geng Penang. Geng KL. Geng BJCC. Geng Singapore. Tu yang syiok nya sebab merata geng ado!
Route hari pertama depa susun & set sebagai route gunung ganang. Maka telah terpateri dalam minda aku ni pendakian Bukit Mandom di Kampung Mandom selepas pekan Lenggeng dan juga Bukit Tangga. Since lokasi kedua-dua climb ni di peringkat awal kayuhan, maka aku tidak perlu risau dengan available balance supaya tak insufficient credit balance kemudian.
Macam biasa, kayuhan rolling melalui Broga sampai ke Lenggeng sekali sekala meghoyan sikit bagi kaki terkejut sebelum naik bukit. Alhamdullillah dapat naik masih dengan senyuman & basikal mampu memberi prestasi unggul. Begitu juga dengan di Bukit Tangga di mana sepanjang pendakian dihabiskan dengan sesi berceloteh dengan Zakuan. Sedar-sedar aje dah sampai atas.
Petronas Kuala Klawang seperti biasa menjadi iconic pit-stop untuk semua. Dah macam pasar karat jual barang carbon! Hahaha! Route yang selanjutnya adalah baru untuk aku. Unknown territory. Tak pernah venture ke arah sini. Perhaps boleh consider selepas hasil kayuhan hari ini. Mostly jalan rolling turun naik peringkat runcit-runcit aje tapi keadaan jalan agak kurang baik di sesetengah kawasan. Maybe ADUN or AP masih belum peka dengan kewujudan kampung halaman sendiri sejak pegang jawatan. Maklum lah, busy kejor projek tempat lain kot. Sedangkan aku perasan bendera-bendera parti politik dah mula berkibar.
Dari jalan besar N19 kami alih-alih cilok masuk jalan kampung Geylang. Huh? Ingatkan kat Singapore je ada Geylang. Lantas terus terbayang sup tulang merah & secara automatik perut mula menyahut. Sedang sedap layan imaginasi makanan, lobang hidung ini tertusuk bauan organik segar. Maka berlatih lah kami menajamkan skill mengelak ratusan jerangkap samar haiwan ternakan Kampung Geylang di sepanjang laluan. Kalau kena frame carbon, kompom boleh luntur cat.
Tetiba dirasakan laluan semakin lama semakin menaik. Sekaligus juga diperhatikan kuantiti jerangkap samar semakin berkurangan. Kau tengok tu! Lembu pun bijak takmo panjat bukit tau?! Iyo lah Jang. Maka bermula lah pendakian yang ketiga yang dinanti-nantikan itu. Milage dah cecah 80km & kami disajikan dengan Cat 1 Climb! Memang kejam. Curam gitu Jang! 3km pulak tuh jarak dia. Nasib baik lah laluan agak ber-canopy sikit, so tak lah terasa sangat tikaman cahaya matahari menusuk kulit tengkuk. Average gradient 11%. Boleh tahan merecik peluh & menyengit muka memanjat.
Jalan menurun boleh tahan mencabar disebabkan curam, panjang & keadaan jalan yang kurang elok. Nasib baik jumlah cyclist dah berkurangan disebabkan pendakian tadi maka penurunan trafik menurun agak tidak sesak. Setibanya di bawah, kami decide untuk check in di kedai makan pertama yang kami jumpa. Gerai kecik di tepi jalan diserang oleh hampir 15 orang cyclists. Terkamjat kejap la kakak touke kedai menguruskan kami. Hidangan istimewa Batu Kikir ialah nasi berlaukkan lemak pucuk paku & sambal ikan sembilang. Aduhai. Peloton besor lalu pun tak perasan. Sempat lah kami buat PR dengan beberapa brader locals & adik-adik yang teruja dengan kemunculan kami. Banyak jugak lauk pauk kat situ, rupanya stok lauk untuk cater kaum penoreh yang kejap lagi pulang dari ladang. No wonder lah.
Hari semakin panas, begitu juga dengan peha & keting. Angin juga tidak segan silu meniup bahang hari ke muka kami yang semakin legam. Laluan seterusnya tiada yang menarik selain dari kesinambungan jerangkap samar & laluan kampung. Sehinggalah sampai di pekan Kuala Pilah. Melang Inn menjadi finishing line untuk kayuhan PCC Interstate Day 1.
Tanpa berlengah, kami terus ke masjid berdekatan untuk membersihkan diri & solat lantas terus pulang ke Kajang dengan perkhidmatan transport dari Lias. Chop! Sebagai tanda penghargaan kat Lias & family, kami open table Nasi Arab Barada kat BTHO. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Memang ceria semuanya bila perut dah berisi.
Prescott Metro Inn, Kajang |