Semalam dapat chart route baru kat playground belakang rumah. One thing yang aku suka & bersyukur aku dok sini sebab keluar aje gate rumah dah terus boleh pusing crank. Network jalanraya yang kurang sesak dari pemandu-pemandu Malaysia (assassins) dan pemandangan yang saujana mata memandang menanti.
Route Langat-Peres dah mula terasa mual. Maka kami pi recce route baru. Start dari BTHO ada 9 orang yang mostly The Orang Kampung dan bergabung dengan Azmar, Kabi & Jaja. Syiok.
Arah tuju pertama ialah menghala ke Lebuhraya Ekspres Kajang-Seremban atau lebih dikenali dengan singkatan LEKAS. Tapi knowing Malaysia ni maha kaya dengan lebuhraya & pemandu yang maha pemurah membayar duit tol, kami kena lalu Kajang SILK Highway terlebih dahulu. Lepas 1km kayuh terus masuk SILK dan di situ KOM#1 menanti di KM11. Since kaki masih segar bagai embun pagi & kudrat yang masih kental bagaikan daging fresh pasar tani, KOM#1 dengan selamba panjat dengan gelak-geli. Regroup dulu kat puncak KOM#1. Kalau tak regroup & kayuh berterabur ikut pace Sivaji, bukan group ride nama dia. Puiii...
Bagaikan Smart Tag, kami turus menuruni bukit yang menyusul tanpa segan silu & eventually sampai di LEKAS. Jalan yang terbentang luas, 3 lorong dan 1 lorong kecemasan merupakan syurga dunia untuk cyclists. Kena pulak trafik pagi yang sekali sekala aje memecah kesunyian, kecuali motorsikal berkuasa tinggi yang setinggi ego penunggangnya yang hampir menggegarkan awan di atas. Hampeh.
Kami selitkan sedikit aktiviti riadah main tarik-tarik. Kalau nak seronok join group ride, kena lah terer kayuh bersama-sama dan make full use of all the combined legs to get the train moving. Lagi sekali, kalau kayuh bersepah, baik jumpa minggu depan terus ye tak? Puiii...
Maka bermulalah kursus berbasikal dalam kumpulan 101. Mula-mula kami buat dua line. Lepaih tu tukaq ke single line rotation pulak. Isu paling ketara dengan penunggang basikal amatur ni ialah asakan-asakan yang unnecessary. Asal orang depan bukak line aje, masing-masing berkobar-kobar meluru ke depan macam nak tembak finishing line. Tanpa toleh belakang, pace terus bertambah secara mendadak. Ada lah jugak 2-3 laungan Tarzan terpaksa berkumandang untuk menginsafkan mereka yang kononnya Mark Cavendish itu.
KM35 kami susuri jalan keluar ke Mantin-Lenggeng. Jalanraya bertambah aman. Jalan lama la katakan. Mana ada pemandu pembunuh laju nak lalu. Level-level kereta cabuk je lalu jalan lama ni. Kehijauan dan kedinginan suasana hutan dah mula dirasai. Nyaman beb. Simpang masuk ke Lenggeng berada 100m di hadapan. Maka pendakian ke KOM#2 juga bermula. Tapi takpe. Jalan pilihanraya (baru turap) bercampur cuaca nyaman, kami mendaki dengan senyuman terpahat dari cuping telinga ke cuping telinga...macam ni :]
Tapi bukan untuk Ayob. Dia baru berkecimpung dalam dunia basikal jalanraya. Basikal gunung dia dah start tahun lepas tapi nothing yang similar dengan kepayahan Bukit Puyoh ini. Ayob terpaksa mencari ruangan R&R satelah mendapati degupan jantung menjadi ketidak keruan. Bijak. Tak sia-sia pakai HRM. Maka bermula lah aktiviti berkampung sebentar di lereng bukit itu. Macam biasa, aktiviti berkampung means aktiviti melambung. Tu dia, bergema suasana dengan sorang-sorang jual pantun jenaka.
Masa agak-agak sesuai sangat bila kami decide untuk cut short aktiviti berjenaka apabila alih-alih perut mula berkeroncong. Suddenly kami terbayang nasik lemak sambal ikan sembilang di pekan Lenggeng yang selama ni digembar gemburkan. Tu dia aih! Aku sampai kaki bukit semua rider dah hilang berdosup ke depan!
Tanpa rasa segan silu, kami buat kedai kakak tu dah macam rumah sendiri. Memang first time bedal nasik lemak berlauk kan begini. Layan beb. Even masa aku taip ni pun air liuq aku bertakung ni haa...
Kalau nak tunggu kakak tanak nasik putih pulak, mau petang kami sampai rumah. Jangan buat pasal. By 10.30 kami rasakan waktu yang paling sesuai untuk pulang. Laluan yang biasa kami ikut if kami buat Broga Pondan Loop, iaitu lalu Jalan N34 dari arah Negeri Sembilan dan Jalan B34 pabila merentasi Pekan Broga menandakan sempadan Negeri Selangor. Jalan macam biasa, rolling. Sekali sekala henjutan demi henjutan diselit tapi apa kan daya ikan sembilang dah tambah berat muatan maka peloton terpecah dua.
Aku, Khai dan Kepet bertindak untuk mengundur diri dari peloton keretapi laju dan menunggu gerabak belakang tiba untuk sambung balik di kaki Bukit Broga. Kepanasan dini hari kian terasa, begitu juga dengan kepanasan pemandu-pemandu di Pekan Semenyih. Kami terpaksa bersabung nyawa melepaskan halangan tersebut dengan penuh tawakkal.
Ayob terpaksa akur dengan serangan kejang otot sebanyak dua kali di sepanjang laluan pulang. Tapi jangan risau, kalau kayuh dengan kami InsyaAllah ada perkhidmatan sokongan moral dan persahabatan sejati, bukan setakat teman ketawa. Alhamdullillah Ayob berjaya khatam kayuhan pertama 88km nya.
Route ni boleh jadi option kepada Genting Peres. Sedang-sedang elok jarak & difficulty level untuk pulang ke rumah dengan senyuman & masih mampu punch-in syif kedai dobi pukul 2.00. Phew :]
Kami lalu pinggir gunung aje, itu pun dah cungap |
Carta cungap ikan sembilang |
Super like! Always admire the rides you take, go where the road never ends ...
ReplyDeleteThanks Yim. But my road always ends up at home la bro. Likewise, same like you too. You run where I can only dream of. Hehe. Happy riding to PD tomorrow!
ReplyDeletefuhh, jgn ada nanti yg nak berasa cam Tom Boonen, buat breakaway sorang2 sampai abis hehehe.
ReplyDeleteNtah bila dpt aku layan route baru ni tapi insyaallah satu hari nak merasa nasi lemak berlauk :)
Sure ada punya bai. Adat ler tuh. Tom Boonen, Cancellara, or even touke daging Contador pun ada.
DeleteKalau kau ada sign untuk ICR, boleh la pusing loop lazat ini :]