Dengan semangat berkobar hasil
dari excitement LeTua100 ride, kaum telah sebulat suara menyahut cabaran
selanjutnya. Mula-mula ada yang lambung Broga! Memang yang dah mula meghoyan,
akur aje. Tapi kami kena cater untuk kaum yang masih nak build milage. Oleh
yang demikian, route yang sedikit kurang mencabar mental telah dipersetujui.
Port Dickson that is. Rolling into the west coast, tanpa menyedari kepanasan
yang bakal membakar jiwa.
As usual UNIKEB menjadi tempat
permulaan. Dok collect kaum, ramai jugak yang join tolak tepi yang ponteng atas
alasan kesihatan mahupun urusan atau isu ‘domestik’ (visa tak approve). Ngeh
ngeh ngeh. Yang dok meghoyan nak last minute training untuk KL Marathon pun ada
gak. Itu bahana cari penyakit nama dia. Aku pun tak faham. Tak serik-serik
agaknya. Hmmm…dah tua-tua ni aku tak mampu nak cari penyakit memandangkan
urusan keluarga yang lebih utama perlu difikirkan. Kot dah kengkang seminggu
hasil penangan 42km, saper lah nak jadi super supir, saper lah nak layan dobi,
saper lah nak terpekik-pekik kat budak-budak? Apatah lagi kalau kurang
training?! Ishk! Stretch Jalan Ipoh mengimbau kembali. Sakiiiit…
Tanpa segan silu, kami memulakan
kayuhan dengan control pace. Ada sorang newbie yang tanpa rasa penyesalan telah
dijemput untuk meratap 120km untuk kali pertama. Kompom bentan macam orang
bersalin anak sulong. Takpe, janji rock.
Memang selagi boleh, kami cuba
maintain group tapi sekali sekala bersepah jugak hasil dari Rolling in the Deep
& How Deep is Your Love dengan bukit bukau yang dihidang. Kena pulak Bukit
Pelanduk yang dirasakan semakin subur kecuramannya.
Kadangkala kebijaksanaan dikaburi
dek excitement kayuh. Begitulah tragedy yang menimpa newbie Nuhi pabila tayar
pancit beberapa kilometer sebelum sampai Lukut. Oleh kerana group terpecah dua,
rombongan Cik Kiah telah bergotong royong melakukan kerja-kerja menukar tiub
yang terpaksa dipinjam di kalangan kaum sendiri. Moral nya, si Nuhi ni spare
tube & pam pun tak bawak daaa…
Bukan aje berpeluh ketiak mereka
yang membantu, kami yang menunggu di simpang Lukut pun berpeluh tengkuk. Nasib
baik ada Caltex old skool untuk berteduh walaupun sekali sekala kami menerima
jelingan sinis dari uncle touke. Garang pulak dia.
Maka berduyun-duyun lah kami
memasuki pekan Port Dickson diiringi lagu Poei Pokan nyanyian beramai-ramai.
Checked in dokek gerai dulu “Kapla Jingga” yang mungkin orang Penang migrate ke
PD. Sumbat kerongkong dengan apa yang patut, walaupun plan asal hanya untuk
quick pit stop tanpa santapan berat. Tapi tunggu punya pasal, perut jugak sudah
berdendang.
Akibat dari nyanyian pic terlalu
tinggi nafas semput, kayuhan keluar dari PD telah dibasahi hujan coastal. Amik
ko! Tak pasal basah campur pasir masuk mulut. Alwin juga mengalami kepancitan
tayar, tapi disebabkan skill me-repair was second to nature for him, kerja
pembaikan dilakukan begitu pantas macam orang tebar roti canai aje.
Sebaik kami meninggalkan pekan
Lukut, hujan coastal juga melambaikan senyuman dengan pesanan ‘padan muka
korang lepas ni main panas panjat Bukit Pelanduk’. Memang benar &
sebenar-benarnya cuaca tidak menyebelahi kami. Sekali lagi igauan Rolling in
the Deep & How Deep is Your Love bertukar ke How Deep is Your Dig. Aku
telah mengambil kesempatan dengan performance Ziff yang semakin menjadi-jadi
apabila dia memulakan misi menarik di depan. Dengan Det yang mengekori (drafting)
Ziff, aku telah disediakan dengan peluang mencangkuk peti ais 2 pintu berkembar
lagi. Duduk diam di belakang memang terasa macam duduk depan freezer. Kagum
dengan prestasi Ziff cecah 48km/j tuh!
Konsep ‘saper ajak dia babysit’
masa ni walaupun susah nak ditelan kenyataannya terpaksa jugak akur. Anuar
dengan muka ibarat kena starlet terpaksa babysit Nuhi yang semakin mengalami
sawan tak cukup milage.
Kami regroup di port biasa Shell
Sungai Pelek & cuaca panas sudah mula bikin jiwa bergelora. Nuar checked-in
sejurus kemudian tanpa Nuhi. Atas dasar sahabat Nuhi telah dengan rela
mengizinkan Nuar mengejar impian lari dari momok hitam.
Kami bergegas meninggalkan Shell
dan Nuhi, dengan persetujuan Nuhi akan tunggu di Shell untuk Nuar datang
collect dengan kereta. Stretch LBJ macam biasa dibalun macam Pelesit Kota gigit
handlebar tukau-tukau tarik cecah 40km/j. Ayob tercicir gerabak keretapi &
terpaksa akur dengan kehebatan mentari, telah memilih untuk bertapa di Petronas
pekan Sepang sementara Nuar pi balik amik kereta.
Dengan belen-belen kederat yang
tinggal, kami kasi perabih kayuhan sampai simpang Bangi Lama di mana lamunan
tengahari dilakukan beramai-ramai bawah gerai jeli kelapa. Sorang bedal 3
cawan, brader laki bini kaya RM30 dalam masa 15 minit. Lamunan Terhenti pabila
kelihatan Nuhi melambai-lambai dari dalam lori 3 tan tersengih-sengih
kegirangan.
Memang benar sangat keterikan
matahari sejak dua menjak ni agak sedikit over. Hasil dari itu, badan setengah
abad ini mengambil masa untuk recover. Begitu jugalah masa yang diambil untuk
update blog.
Weekend yang berikutnya aku buat
keputusan untuk chillax aje dengan family. Tambah pulak cuti sekolah, so kami
perabih masa chillax di kawasan-kawasan berhampiran & di rumah. Sambil-sambil
tu, since dua anak bujang aku dah aku sign kan untuk Putrajaya Junior Tri, aku
pun sama-sama berdugong dengan depa dua hari berturut-turut. Sekarang kepak aku
tengah sengal…