Monday, May 28, 2012

Kayuh Pot Diksen


Dengan semangat berkobar hasil dari excitement LeTua100 ride, kaum telah sebulat suara menyahut cabaran selanjutnya. Mula-mula ada yang lambung Broga! Memang yang dah mula meghoyan, akur aje. Tapi kami kena cater untuk kaum yang masih nak build milage. Oleh yang demikian, route yang sedikit kurang mencabar mental telah dipersetujui. Port Dickson that is. Rolling into the west coast, tanpa menyedari kepanasan yang bakal membakar jiwa.

As usual UNIKEB menjadi tempat permulaan. Dok collect kaum, ramai jugak yang join tolak tepi yang ponteng atas alasan kesihatan mahupun urusan atau isu ‘domestik’ (visa tak approve). Ngeh ngeh ngeh. Yang dok meghoyan nak last minute training untuk KL Marathon pun ada gak. Itu bahana cari penyakit nama dia. Aku pun tak faham. Tak serik-serik agaknya. Hmmm…dah tua-tua ni aku tak mampu nak cari penyakit memandangkan urusan keluarga yang lebih utama perlu difikirkan. Kot dah kengkang seminggu hasil penangan 42km, saper lah nak jadi super supir, saper lah nak layan dobi, saper lah nak terpekik-pekik kat budak-budak? Apatah lagi kalau kurang training?! Ishk! Stretch Jalan Ipoh mengimbau kembali. Sakiiiit…

Tanpa segan silu, kami memulakan kayuhan dengan control pace. Ada sorang newbie yang tanpa rasa penyesalan telah dijemput untuk meratap 120km untuk kali pertama. Kompom bentan macam orang bersalin anak sulong. Takpe, janji rock.

Memang selagi boleh, kami cuba maintain group tapi sekali sekala bersepah jugak hasil dari Rolling in the Deep & How Deep is Your Love dengan bukit bukau yang dihidang. Kena pulak Bukit Pelanduk yang dirasakan semakin subur kecuramannya.

Kadangkala kebijaksanaan dikaburi dek excitement kayuh. Begitulah tragedy yang menimpa newbie Nuhi pabila tayar pancit beberapa kilometer sebelum sampai Lukut. Oleh kerana group terpecah dua, rombongan Cik Kiah telah bergotong royong melakukan kerja-kerja menukar tiub yang terpaksa dipinjam di kalangan kaum sendiri. Moral nya, si Nuhi ni spare tube & pam pun tak bawak daaa…

Bukan aje berpeluh ketiak mereka yang membantu, kami yang menunggu di simpang Lukut pun berpeluh tengkuk. Nasib baik ada Caltex old skool untuk berteduh walaupun sekali sekala kami menerima jelingan sinis dari uncle touke. Garang pulak dia.

Maka berduyun-duyun lah kami memasuki pekan Port Dickson diiringi lagu Poei Pokan nyanyian beramai-ramai. Checked in dokek gerai dulu “Kapla Jingga” yang mungkin orang Penang migrate ke PD. Sumbat kerongkong dengan apa yang patut, walaupun plan asal hanya untuk quick pit stop tanpa santapan berat. Tapi tunggu punya pasal, perut jugak sudah berdendang.

Akibat dari nyanyian pic terlalu tinggi nafas semput, kayuhan keluar dari PD telah dibasahi hujan coastal. Amik ko! Tak pasal basah campur pasir masuk mulut. Alwin juga mengalami kepancitan tayar, tapi disebabkan skill me-repair was second to nature for him, kerja pembaikan dilakukan begitu pantas macam orang tebar roti canai aje.

Sebaik kami meninggalkan pekan Lukut, hujan coastal juga melambaikan senyuman dengan pesanan ‘padan muka korang lepas ni main panas panjat Bukit Pelanduk’. Memang benar & sebenar-benarnya cuaca tidak menyebelahi kami. Sekali lagi igauan Rolling in the Deep & How Deep is Your Love bertukar ke How Deep is Your Dig. Aku telah mengambil kesempatan dengan performance Ziff yang semakin menjadi-jadi apabila dia memulakan misi menarik di depan. Dengan Det yang mengekori (drafting) Ziff, aku telah disediakan dengan peluang mencangkuk peti ais 2 pintu berkembar lagi. Duduk diam di belakang memang terasa macam duduk depan freezer. Kagum dengan prestasi Ziff cecah 48km/j tuh!

Konsep ‘saper ajak dia babysit’ masa ni walaupun susah nak ditelan kenyataannya terpaksa jugak akur. Anuar dengan muka ibarat kena starlet terpaksa babysit Nuhi yang semakin mengalami sawan tak cukup milage.

Kami regroup di port biasa Shell Sungai Pelek & cuaca panas sudah mula bikin jiwa bergelora. Nuar checked-in sejurus kemudian tanpa Nuhi. Atas dasar sahabat Nuhi telah dengan rela mengizinkan Nuar mengejar impian lari dari momok hitam.

Kami bergegas meninggalkan Shell dan Nuhi, dengan persetujuan Nuhi akan tunggu di Shell untuk Nuar datang collect dengan kereta. Stretch LBJ macam biasa dibalun macam Pelesit Kota gigit handlebar tukau-tukau tarik cecah 40km/j. Ayob tercicir gerabak keretapi & terpaksa akur dengan kehebatan mentari, telah memilih untuk bertapa di Petronas pekan Sepang sementara Nuar pi balik amik kereta.

Dengan belen-belen kederat yang tinggal, kami kasi perabih kayuhan sampai simpang Bangi Lama di mana lamunan tengahari dilakukan beramai-ramai bawah gerai jeli kelapa. Sorang bedal 3 cawan, brader laki bini kaya RM30 dalam masa 15 minit. Lamunan Terhenti pabila kelihatan Nuhi melambai-lambai dari dalam lori 3 tan tersengih-sengih kegirangan.

Memang benar sangat keterikan matahari sejak dua menjak ni agak sedikit over. Hasil dari itu, badan setengah abad ini mengambil masa untuk recover. Begitu jugalah masa yang diambil untuk update blog.

Weekend yang berikutnya aku buat keputusan untuk chillax aje dengan family. Tambah pulak cuti sekolah, so kami perabih masa chillax di kawasan-kawasan berhampiran & di rumah. Sambil-sambil tu, since dua anak bujang aku dah aku sign kan untuk Putrajaya Junior Tri, aku pun sama-sama berdugong dengan depa dua hari berturut-turut. Sekarang kepak aku tengah sengal…

4 comments:

  1. huh?! drama bersiri?! mula-mula ingatkan nak jadikan cerekarama je.

    ReplyDelete
  2. seram aku baca pasal KL Marathon, nasib baik tahun ni aku x carik pasal lagik hehe.

    Wei, 48km/j tu rolling downhill ajer bai, kalau flat potong setengah, kalau uphill potong 3 suku hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kalau takde training memang patut seram. Kalau takde dalam calendar, buat dek je.

      Tak kisah bai rolling downhill ke apa. Yang nyato ekau dengan kaset ramlah ram koleksi super dah tersangat mantop! hehe.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.