Tatkala dunia sekeliling sibuk berlumba-lumba mengejar
impian masing-masing, aku hanya akur dengan kehendak Illahi dalam
menatang tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNya. Satu tanggungjawab yang
di dalamnya mengandungi proses pembelajaran untuk pengalaman baru yang secara
dasarnya merupakan titik permulaan untuk cabaran-cabaran yang akan datang.
Lumrah dunia dan lumrah manusia, evolusi hidup perlu
dilalui mahu atau tidak. Orang yang disayangi akan lebih membawa pengertian
dalam perjalanan hidup kita, lantas mengorek setiap inci komitmen dalam diri
ini demi untuk melihat kejayaan.
Sesungguhnya segala ketentuan yang hakiki adalah ketentuan
Illahi, namun seperti yang diriwayatkan, kita adalah kita yang kita bentukkan.
Kecintaan dari Yang Maha Esa merupakan titik perubahan sama ada ketentuan kita
akan menerima anugerahNya atau tidak.
Jiwa kehambaan dan senantiasa redha dalam mencari ilmu
Allah digalas dengan penuh cermat agar tidak sekali terlondeh dari pegangan.
Tatkala bahu dan tangan terasa lemah, tatkala itu seruan Illahi menyeru kembali
agar perjuangan diteruskan demi mencapai ketaqwaan sebenar. Begitulah yang
dirasakan hubungan kasih sayang dari Pencipta Yang Maha Penyayang.
Hari-hari yang berlalu diambil sebagai pengajaran. Hari
yang ditunggu-tunggu muncul tiba dengan penuh rasa sayu dalam kegembiraan dan
kesyukuran. Genangan air mata berkaca seketika, memikirkan kebesaranNya dalam
memberi nikmat dan balasan tatkala suasana hingar bingar di institusi. Segunung
tahniah dan syabas dari hasil perjuangan yang tidak berbelah bagi.
Jazaakumullahu Khairan Kathira
Allahuakbar
Genggam bara api biar sampai jadi arang |
Tahniah Kak Long! Semoga menjadi anak yang taat dan solehah kepada Ibu & Ayah, Amin...
ReplyDeleteThanks Kak Pah! Amiin ya rabbal alamiin. InsyaAllah mudah-mudahan semua anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh :]
Deletewah..tahniah buat adik2 tu semua
ReplyDeleteOn behalf of adik2 tu semua, pakcik ni ucap terima kasih kat Uncle Ijam :]
Delete