Banyak jugak citer nak gebang tapi macam feel tarak. Especially bila part nak bagi flow jari jemari ini menaip word after word. Tambah lagi 2 weekend berturut-turut sebelum Ramadhan tu aku isi kan dengan berbagai perisian menariks yang acap kali aku buat. Tapi takpe, ini sekadar menyentuh sikit lebih kurang untuk tujuan rekod dan bacaan santai. Boleh ke?
|
Mapmyride route log |
End of June yang lalu, aku telah menumpang geng peloton Northern Chapter untuk merentas sempadan negara. Kami kayuh masuk ke negara jiran, Thailand. Pengalaman pertama aku ke negara itu sekaligus pengalaman pertama kayuh di situ.
Kalau nak di kira, banyak la jugak tempat-tempat yang pertama kali jejak kaki dengan kayuhan. Contoh yang lain, beberapa tahun dulu Fraser's Hill buat pertama kali aku sampai & dengan basikal. Begitu jugak Swiss Garden Lumut ketika Interstate 2011. Kalau naik kereta belum tentu kot.
Semenjak kayuhan interstate anjuran PCC dah mula mengenakan yuran penyertaan yang kurang diterima dek akal, aku terpaksa meng-kuburkan hasrat untuk menjelajah dengan mereka. Kadar yuran setinggi itu boleh bawak satu famili ke local holiday spots & chill. Hilang akal ke apa depa tu?
Tapi kami ada jugak plan untuk buat bike tour of our own. Hanya setakat merancang. Execution nya sokmo tarikh menjadi isu utama. Bike tour ni boleh adjust kos perbelanjaannya mengikut kadar kemampuan.
Sehinggalah local kelab basikal Perlis ni anjurkan Epic North Ride 2013 dengan yuran hanya RM60 untuk penginapan di hotel selama 1 malam, selain goodies. Murah kan? Kos pergi Perlis & balik KL pun lebih mahal dari yuran! A few of us tidak melepaskan peluang apabila kami di offer untuk selitkan nama di bawah geng MKH (satu group cyclist termasyhur di Kulim).
Epic North Ride 2013 ni sebenornya by invitation especially untuk local northern groups only. So, ada la beberapa group lain yang aku perasan base pada jersey depa.
Alwin, Azmar & aku gerak from KL Jumaat petang lepas kerja. Melepaskan trafik Jumaat untuk exit KL memakan masa macam boleh sampai Ayer Keroh kalau trafik smooth. Padahal kami cuma nak bergerak dari Kelana Jaya dan masuk highway PLUS.
Berkat drive bergilir-gilir, kami sampai di homestay area Beseri, Perlis jam 1.30 pagi. Itu semua termasuk sesat barat di sekitar Perlis Indera Kayangan. Aku rasa kami pusing setiap simpang mesti ada tulis Kodiang. Hebat sangat ke Kodiang ni sampaikan setiap pelusuk jalan boleh pi sana? Trauma kejap beb dengaq nama Kokdiang...
|
Homestay. Neat. |
Homestay kami ni chill ni memang sempoi. Rumah kampung berkembar. Satu touke yang mempunyai beberapa rumah homestay lagi di dalam kelompok yang sama. So, homestay dia aje dah nampak macam satu mini kampung. Yang bestnya, breakfast boleh dihantar ke rumah dengan bayaran tambahan hanya RM3. Best.
Sampai homestay, syarikat adik beradik Azahari dah lena tidoq. Kami ber-6 in total pun tidoq la dengan nyaman di dalam kedinginan suasana larut malam kampung.
Esok pagi memang liat mau bangun. Suhu bilik tidoq kami memang perfect untuk dijadikan alasan tidak bangun. Tapi Hatyai menjadi misi utama kami. Kelam kabut sikit la pagi tu since kami telah dimaklumkan bahawa acara akan bermula tepat jam 7.30 mengikut janji Melayu Utara. Bahaya...
Lebih kurang dalam 5KM memandu, kami sampai di IKM Beseri sebagai event venue. Ada lah lebih kurang 150 orang kaki kayuh tegar yang dah bersiap sedia untuk terkam. Suasana daerah Beseri ni tersangat lah aman & nyaman, jauh sangat dari hiruk pikuk angin bandar. Sukar untuk aku lupakan feel dia.
|
At IKM Beseri, Perlis. Pinjam gambaq Kakikulenguhlagi |
OK. Lets leave Perlis and let us stay on the road to the border please. Kayuhan ala santai dalam our small group of 6 menuju Wang Kelian, salah satu pintu sempadan seperti Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Cuma Wang Kelian ni lebih kecil dan kurang sibuk dengan trafik. Kebanyakannya pejalan kaki dan motorsikal...dan basikal seperti kami. Tapi sebelum sampai Wang Kelian, kami diberi bonus dengan bukit Wang Kelian dulu. Jarak 3.3KM dengan average gradient 12%. Sebutir-sebutir peluh jantan membasahi badan tatkala dingin pagi masih terasa.
Proses imigresen Alhamdullillah berjalan lancar kecuali kereta Subaru Forester Azahari yang mengambil sedikit masa untuk lepas sebab dalam rekod Siam, kereta buatan dan model tersebut takde. Hahaha! So, depa terpaksa la download dari jaringan & dengan kelajuan internet di tempat terpencil macam ni, aku tidak surprise kami boleh habih sepinggan mee hun sup sempadan.
|
Paspot! Paspot! |
Aku dapat rasakan barang jualan di bazar sekitar sempadan memang murah jika dibanding dengan tempat lain, walaupun di Hatyai sendiri. Memang ramai lah. Orang Malaysia & orang Thailand dah susah aku nak bezakan. Depa keluar masuk sempadan jalan kaki macam biasa je. Aku ada dengar during weekend memang depa boleh cross each other's side tanpa dokumen perjalanan. Agaknya la kot.
|
Wang Kelian belah Thailand. Will come again |
Sebaik selepas minum pagi, kami memulakan kayuhan di bumi Maharaja Siam. Zaman sekolah aku hanya faham cerita pasal Raja Siam aje. Masa zaman berlari aku dengar banyak cerita pasal major events seperti Hatyai dan Bangkok Marathons. Malah ada jugak Phuket Ironman. Lepas tu dengar pulak citer seram pasal perang saudara di daerah Pattani.
Weekend kali ni, aku cuma tau kami akan beramai-ramai kayuh sejauh 130KM dari Wang Kelian ke Hatyai melalui jalan entah mana aku langsung takde idea. Janji kami ikut aje signboard.
Buat permulaan, kami kayuh di jalan ala kampung yang agak cantek dan lebar dan kurang trafik lebih kurang 22KM. Lepas tu kami dah kayuh di jalan utama. Kira macam federal trunk road menghubungkan antara Daerah Satun dan Hatyai sehinggalah beberapa rangkaian jalan ke daerah-daerah lain. Jalan mirip Jalan Kuala Selangor ke Sungai Besar tapi lebih kemas dan keadaan baik. Pemandangan sepanjang jalan masih lagi disajikan dengan suasana rumah kampung dan pekan-pekan kecil yang terdiri daripada beberapa baris kedai di kiri dan kanan jalan.
|
Our feveret store |
Antara tempat termasyhur yang kerap kali kami stop untuk refuel ialah rangkaian pasar mini Tesco Lotus Express. Adik beradik 7-Eleven gak nih tapi pilihan barang aneka jenis yang lebih banyak. Paling kami gemar ialah air mineral produk Nestle dengan harga hanya 5 kupang!!! Haaa...kat Malaysia, air minum sumber paip SYABAS pun dah RM1.00. Sedap pulak tu rasa air mineral ni. Pelik pulak kami kenapa Nestle tak jual air mineral ni di Malaysia.
Kenderaan di jalan Siam ni lebih banyak berbentuk pick-up seperti Toyota Hilux, Isuzu Dimax, Ford Ranger dan macaam-macam lagi. Dah paling sempoinya ialah, most of them dah modified. Yang rendah, tinggi, lebor, terkangkang...semuo ado! Cantek-cantek pulak tu. Bas perantaraan bandar pun tu dia punya tinggi dan meriah decoration luar. Tak sempat aku nak capture deco Dragon Ball untuk tunjuk kat my kids.
|
Panas dan kering by Kakikulenguhlagi |
Approaching Hatyai, trafik dah mula sibuk dan beransur sesak. Kami tiada panduan untuk ke arah hotel yang di booking penganjur. Tambahan lagi lokasi para peserta yang dah berterabur sepanjang jalan membuatkan kami tiada tempat rujukan untuk bertanya. Beberapa stoppings di kedai dan tanya orang tempatan tepi jalan untuk lokasi dah akhirnya berjaya melalui perbincangan dengan touke 7E berpandukan peta. Nasib baik ada peta.
Hotel Ambassador yang terletak di tengah bandar Hatyai memang mengingatkan aku dengan suasana Geylang di Singapore. Deretan kedai-kedai yang padat di dalam network jalan yang sangat serabut. Tambah lagi dengan kehadiran penunggang motorsikal tanpa helmet yang menderu tanpa henti. Tapi street depa kat sini aku sangat kagum dengan rate kebersihan. Boleh kira la sampah tepi jalan, almost setiap masa bersih. Cuba korang pi Chow Kit, nak termuntah ler kalau berdiri tepi jalan dalam seminit. Bukit Bintang or KLCC lain ler citer. Itu tempat exclusive. Tapi Hatyai ni tak exclusive pun, tapi bersih. Tabik. Itu pandangan aku je.
Selesai check in, freshen up dan rest sekejap, kami terpaksa akur dengan program free & easy yang di cadangkan oleh beberapa self appointed tourist guide. Adegan tawar menawar dengan pengusaha tut-tut berjaya membawa kami seramai 16 orang (dalam 2 buah tut-tut) ke Hatyai Floating Market. Sempat lah kami menjamah beberapa jenis makanan dan masakan dari mereka. Sodap.
|
Ini bukan Red Light District ye. Ini dalam chopper nak pi
Operasi Vietkong Tour of Duty cari pulut mangga :] |
Malam menjelang tiba dan kami dikenalkan kepada restoran tom yam berdekatan hotel. Orang Kelate pulok touke nya. Terkam sampai pitam segala apa yang depa bawak ke meja. Kalori yang dah guna hampir seharian atas basikal perlu di top up.
Since dah sampai sini, pergi lah jugak jenguk Night Market yang disebut-sebut tu. Memang padat, dan mostly dengan Malaysians. Depa kata over the weekend, Hatyai memang penuh dengan Malaysians. Mau jalan pun susah. Sesak banget. Nasib baik terjumpa port pulut mangga yang sangat enak di layan di tepi jalan tu. Balik jalan kaki ke hotel senyum je. Sambil layan Stage 1 Tour de France ulasan bahasa Siam, aku dah terlolap.
|
Pulut mangga secured. Setup perimeter. Lai lai lai |
Ahad, kami kayuh gerak balik Malaysia. Start kayuh lewat sikit since dijangka jarak kayuhan tak sejauh semalam. Kami masuk Malaysia melalui Padang Besar. By 1.00 p.m. dah menjejakkan kami di bumi Malaysia semula dan tanpa segan silu kami terkam kat first gerai kami nampak lepas border. Maka bermula lah serangan saka makan kembali dengan hidangan mee hun sup, rojak buah dan bagi melepaskan rindu, kami order lagi pulut mangga.
|
Mini train back to Beseri, Perlis |
Maka, kayuhan balik ke IKM Beseri penuh dengan kelembutan dan lemah gemalai since jarak hanya lebih kurang 20KM aje lagi.
Selesai lah sudah kayuhan Inter-country dengan perbelanjaan kos rendah dalam masa 2 hari tanpa perlu aku menggadaikan ayam itik lembu kerbau dan pokok manggis di kampung.
Kalau nak sambung baca citer hikayat saka makan, boleh teruskan...
Plan kami untuk bermalam pulak di Selama, kampung Azahari dan adik beradik. Highway dari utara dah mula sesak menjelang peak hour orang balik kerja campur rider balik dari Hatyai (macam ramai rider...hehe). Next target kami ialah nasi ketam di Juru. Memang jurupandu kami cekap mengambil setiap selekoh tepat ke destinasi dan tepat tatkala perut dah mula berkumandang masuk waktu makan. Ketam cili, udang dan ikan bawal goreng cecah sambal kicap. Apa lagi mau citer? Bedal aje...
|
Ketam kecut. Aku attack udang & ikan bawal |
Overnight di Selama juga aman macam di Beseri. Maklum lah, suasana kesibukan kota metropolitan langsung tak menunjukkan bayang. Paling dekat pun Kulim...kot. Terus aje kepala ni berat tatkala suhu persekitaran sesuai untuk aku melabuhkan kepala di bantal.
|
Orang Selama panggil 'market'. Amboi. Cakap omputih |
Esok pagi lepas sarapan dan lawatan mencari durian di market Selama, kami terus bergerak pulang ke KL. Tapi sebelum tu sempat lagi pi recce jalan untuk next ride plan iaitu Sri Gandos Century Ride. Stay tune untuk kayuhan sakan makan bulan September nanti. Insyaa Allah.
Selamat berpuasa :]